CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anis Suraya Berundur, Tak Mahu Aktif Lagi Dalam Bidang Nyanyian

25-6-2021 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7174| Komen: 19

Saban tahun setiap kali tibanya program realiti Gegar Vaganza nama penyanyi terkenal era 90-an, Anis Suraya pasti akan menjadi spekulasi dan ramalan peminat sebagai salah seorang peserta.


Namun, ketika diumumkan pasti ada yang kecewa kerana kelibat penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Tersimpul Rapi itu tidak kelihatan. Ini kerana Anis atau nama sebenarnya Tengku Ani Soraya Tengku Sulaiman,41 sudah membuat keputusan untuk tidak lagi aktif di dalam bidang nyanyian. Menurut Anis kepada Murai.my, dia sememangnya tidak mempunyai perancangan untuk sertai program realiti tersebut termasuklah aktif secara serius seperti dahulu.


Foto: IG

“Sebenarnya saya tak ada perancangan untuk masuk GV. Bagi saya, saya tidak akan aktif balik dah dalam industri nyanyian. Cukuplah sekadar di belakang tabir, untuk nyanyi dekat anak-anak, untuk di Pesona FM dan di YouTube saya” katanya


Akui rindu akan bidang nyanyian namun bagi Anis yang juga sepupu kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal, minatnya itu kini hanya terubat dengan bernyanyi buat anak-anak serta para pendengar Pesona FM, stesen radio Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tempat Anis menggalas tanggungjawabnya sebagai penyampai radio dan kakitangan universiti ternama itu.



“Rasanya sudah sampai masanya saya berundur dari industri muzik tanah air. Sebenarnya rindu untuk menyanyi itu ada, tapi rindu itu dilepaskan di media sosial. Jadi untuk GV itu memang tidak sebab selalunya GV untuk menempa dan menaikkan kembali nama bagi tujuan lagu dan album baru.

Saya sendiri tiada hasrat untuk buat album. Kita berikan peluang dan sokongan buat penyanyi yang ingin buat comeback” kata Anis kepada Murai.my ketika sedang mengendalikan slotnya pada pagi Rabu

Jelas adik kepada penyanyi Shawn Baharin ini, biarpun sudah membuat keputusan untuk berundur namun sebagai seorang anak seni dia akan terus memberikan sokongan pada industri muzik tanah air.



“Bukan anti pada industri, saya akan terus meminat industri muzik cuma tidak lagi pergi secara serius”

“Kalau dulu memang dikatakan nyanyian, saya jadikan sebagai kerjaya namun sekarang hanya sekadar hobi sahaja. Saya sekarang pun dah bekerja di Unisza dan syukur alhamdulillah saya enjoy dengan kerjaya saya” katanya lagi.


Sebagai info, Anis pernah bernaung di bawah label Suria Suria Records bersama-sama Noraniza Idris, Liza Hanim dan Datuk Seri Siti Nurhaliza. Menerusi perkahwinan keduanya bersama seorang anggota kerajaan, Azmaimi Mohamad pasangan ini bahagia bersama lima orang cahaya mata. -CARI

Sumber: Murai.my
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dejure 25-6-2021 03:27 PM
Dah ada kerjaya buat apa nak aktif balik..lgpn dia ni masih kuat darah diraja tu mungkin byk protokol kena ikut dari istana terengganu agaknya.
Quote Kurex 25-6-2021 03:38 PM
Lagu wajib member iols kalau karok.. cinta tersimpul rapi
Quote Perawankota 25-6-2021 04:18 PM
Nampak biasa2 je dia ni, tak nmpk mcm kerabat2
Quote sleepandream 25-6-2021 04:31 PM
lepasni mesti GV penuh peserta2 recycle AF,OIAM,Malaysian Idol khenn...
Quote mawarkhayalan99 25-6-2021 04:35 PM
baidewayyy abangnya itueee herlok kan lama tak nampak kemunculan heshe
Quote BoongaKertas 25-6-2021 04:36 PM
ok, iols nak tanya, taknak belanja gmbr abam ricky martin msia tu ke chuols? hahaha! helok heols dulu tu.
Quote uori 25-6-2021 11:00 PM
abam dia yang herlok tu aman2 tengah cuti2 sana sini sekarang nih

{:smile
Quote sakitperut 25-6-2021 11:33 PM
bagus la kalau tak masuk GV. Lagipun mcm pelik bila staf islamic univ masuk rancangan gitu. haha okbai
Quote awanysss 26-6-2021 12:51 AM
Dia kat terengganu masih femes lg..
Very cantik.. tak makan dek umur..
Meols masa dgr2 nama dia igtkan dah tua sbb dia femes masa meols baby lg..
Jumpa depan2 cantik sgt.. meols yg nmpk lg kertu 🤣
Quote ImpianSeroja 26-6-2021 02:49 AM
Anis antara penyanyi kita suka
Teringat pula abgnya shawn nyanyi lagu Rosemaria...very de sedap la..haha
Quote aechae 26-6-2021 07:42 AM
mawarkhayalan99 replied at 25-6-2021 04:35 PM
baidewayyy abangnya itueee herlok kan lama tak nampak kemunculan heshe

Last year ada blk mesia kn msa ayahanda dorg meninggal..ternampak kt ig..
Quote md_nana 26-6-2021 07:55 AM
muka dia ni maintain je dari dulu.
Quote ashilalat 26-6-2021 07:56 AM
Dah 2x kawen ke? Tak perasan plak.
Quote hayrin86 26-6-2021 09:11 AM
OK la tuh, lagipun dah pakai tudung la.. Apapun, layan juga lagu-lagu dia..
Quote purplelilac 26-6-2021 09:16 AM
Cantik dia ni, abg dia pon dh tua still handsome tapi abg dia terang2 sokong lgbt ek kt ig siap warning org dia akan block sapa2 komen pasal lgbt kt ig die huhu.
Quote MarissaOberlin 26-6-2021 01:39 PM
Hakak taste kat abang she ols. call me Mrs. Shawn now. Tiberhhhh
Quote nakkomenjugak 27-6-2021 04:43 AM
okay
baideway, mana ricky martin malay? iols ngefans dengan dia {:run
Quote scrocth 27-6-2021 06:51 AM
Meols sokong anis pny keputusan. Nak menyanyi blk dgn anak 5 bukan senang. Lgpn dunia seni dh xmenjanjikan apa2 rezeki yg besar. Baik dia fokus pd kerja tetap tu. Alangkan yg masih aktif pn sibuk berniaga.
Quote MissVixen 27-6-2021 10:02 AM
Cantiknya. Macam umur 23-24. Umur sebenar berapa?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.119094 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top