CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amyra Rosli Tolak Semua Job, Duduk Rumah Masak Je

24-6-2021 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7700| Komen: 42

Pelakon, Amyra Rosli, 29, tidak kisah menolak tawaran lakonan, selagi kes penularan COVID-19 tidak menunjukkan penurunan meyakinkan.

Amyra atau nama sebenarnya, Nur Amira Izzati Rosli berkata, dia lebih mengutamakan keselamatan dan kesihatan keluarga pada ketika ini.


Foto: IG

"Buat masa ini, saya tidak akan menerima tawaran lakonan. Drama terakhir, Sabarlah Duhai Hati ditayangkan Mei lalu.

"Bukan tiada tawaran, tetapi saya belum 'lock' mana-mana projek drama lagi. Saya nak tunggu hingga kerajaan memberi kebenaran penggambaran. Bagaimanapun, ia juga bergantung kepada situasi semasa.

"Saya tidak boleh memikirkan diri saya sahaja. Saya kena memastikan orang sekeliling seperti suami, anak, ibu bapa dan keluarga selamat. Sekarang, saya hanya aktif menjayakan kempen dalam media sosial dan duduk di rumah memasak untuk keluarga," katanya kepada BH Online.



Amyra berkata, melihat rakan pelakon yang dijangkiti COVID-19 membuatkannya lebih berhati-hati.

Kongsi isteri kepada pelakon, Amar Baharin itu, dia dan suami juga pernah diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri berikutan beberapa artis yang terbabit dalam penggambaran bersamanya disahkan positif COVID-19.

"Mei lalu, saya terbabit dengan penggambaran filem arahan Feroz Kader yang membabitkan 25 artis. Dalam file itu, adalah Nora Danish dan Reen Rahim yang disahkan positif terbabit sama.


"Sebelum itu, saya bersama dengan mereka dalam adegan di kafe. Jadi, apabila Nora mendedahkan dirinya positif dan minta sesiapa pernah bertemu dengannya membuat ujian calitan, saya dan Amar tidak berjumpa anak-anak.

"Kami terus buat ujian calitan dan kuarantin kendiri. Saya dan Amar dinasihatkan menjalankan kuarantin kendiri selama 10 hari. Kami akur dan Alhamdulillah, disahkan negatif," katanya.

Pelakon yang mengukir nama menerusi drama Nur dan Cemburu Seorang Perempuan itu berkata, dia tidak menyalahkan sesiapa apabila terbabit dengan kontak rapat COVID-19.



"Tak guna nak menuding jari, menyalahkan sesiapa, apa yang penting, kena jaga diri. Menyalahkan orang bukanlah satu sikap yang baik. Jadi, saya perlu menjaga diri kerana jika terjadi apa-apa, anak-anak yang masih kecil dirisaukan," katanya.

Disebabkan itu, Amyra memohon orang ramai menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan akur dengan arahan duduk di rumah bagi kebaikan bersama.

"Kita tidak boleh mementingkan diri pada saat ini. Kita semua orang rindukan orang tua di kampung, tetapi nak buat macam mana? Anak kedua, Ayra Aryssa hingga hari ini belum bertemu keluarga sebelah suami.




"Ini kerana selepas habis berpantang terus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan hingga sekarang. Ayra belum sempat diperkenalkan kepada saudara mara," katanya.

Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Aqeef Anaqi, 3, dan Ayra yang lahir pada 1 Februari, tahun lalu. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 24-6-2021 11:31 AM
Ayra muka ketat btol
Quote mawar_mustika 24-6-2021 11:41 AM
pinggang die size 25 wow
Quote cheezel 24-6-2021 11:44 AM
bosan plk tgk dia lps bertudung ni
Quote KIM.K 24-6-2021 12:00 PM
signal suh bini kerja kot. better amar gi keje kalau tak kena serai dgn laki
Quote Normabaru 24-6-2021 12:17 PM
Dia ni lawa yg bosan... Xde aura mcm ratu
Quote makneng 24-6-2021 12:30 PM
Apa gossip nya jebauk???
Quote bankerpencen 24-6-2021 12:49 PM
Dia ni dulu cantik tapi lately nampak macam... tak bermaya sangat. Tak selawa dulu. Sayang
Quote LadyCarefree 24-6-2021 12:55 PM
mawar_mustika: pinggang die size 25 wow


Dia serupa a walking skeleton irl
Quote LadyCarefree 24-6-2021 12:56 PM
bankerpencen: Dia ni dulu cantik tapi lately nampak macam... tak bermaya sangat. Tak selawa dulu. Sayang


Dan semakin poyo statementnya. Perbuatannya. Yg main krim kek tu. Aura hamster dan jangkit
Quote helicornia 24-6-2021 01:37 PM
ada laki, biar je la laki keje cari duit
Quote ImpianSeroja 24-6-2021 01:39 PM
Amyra ni cantik tp tak minat dia berlakon..cam xde aura yg boleh buat meolls melekat nk tgk dia..ntah lah
Quote AshkieLa 24-6-2021 03:24 PM
dia ni makin lama mcm makin hilang aura walaupun tak dinafikan lawa..
bosan je tengok dia skang..
aritu masa promo kat TV3 citer kul 7 dia tu..
disuruh citer sikit la pasal drama dia tu..
gaya intonasi suara dia semua masa cerita tu ya rabbi menguap skala 8...
siap si Awal berseloroh.. aaa amyra nak citer drama ni drpd awal smpai habis ke? lebih kurang gitu ayat awal..
Quote karamell 24-6-2021 04:12 PM
Pencen berlakon terus pun tak per.. Lakonan pun rasa kosong & membosankan.. tak ada aura nak melekat kat tv
Quote rosmahisham 24-6-2021 04:17 PM
Aku suka dia dlm Isteri Tuan Ihsan & Nur je ..drama dia yg lain aku x tau pon.dia cantik yg boring..cantik yg kita cpt jemu mcm kita tgk set2 paki lofa tu.mula2 tgk cantik dh lama2 npk bese.tp x dinafikn dia mmg cantik dlm Isteri Tuan Ehsan..mcm anzalna kita tgk x jemu.
Quote TerataiMelur02 24-6-2021 04:22 PM
rosmahisham replied at 24-6-2021 04:17 PM
Aku suka dia dlm Isteri Tuan Ihsan & Nur je ..drama dia yg lain aku x tau pon.dia cantik yg boring.. ...

Setuju. Pada iols kalau cantik saja memang boring. Dia kena cantik+manis. Baru la tak jemu mata memandang
Quote purplelilac 24-6-2021 04:23 PM
Haha jmp dia kat klia dulu, biasa je x makeup kot time tu
Quote kerz 24-6-2021 05:42 PM
Ah tiberr amyra ada hater pulak...sblom ni jd sweetheart acik2 forum...
Tapiii meols pun tak minat lakonan dia
Quote sukekucing83 24-6-2021 05:58 PM
die lawa cun tapi x minat tgk die berlakon..ntah la napa eh

nak nak pas kawen dgn si hamster ni..attitude bosan
Quote ariellin 24-6-2021 06:35 PM
Walu org ckp dia pndai berlakun tp x suka tgk lakonan dia pastu sejenis cantik yg membosankan ke sbb dh ramai sgt org cantik2 la ni

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 1.137270 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top