CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Tahan Lelaki Ugut Wanita Sokong Ain Husniza

23-6-2021 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6190| Komen: 41

Description: Polis menahan lelaki disyaki mengeluarkan ugutan bunuh terhadap seorang wanita, yang menunjukkan sokongannya kepada pelajar Tingkatan 5, Ain Husniza Saiful Nizam.
Polis menahan lelaki disyaki mengeluarkan ugutan bunuh terhadap seorang wanita, yang menunjukkan sokongannya kepada pelajar Tingkatan 5, Ain Husniza Saiful Nizam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek berusia 20-an yang berasal dari Kulim, Kedah, ditahan dan telefon bimbitnya dirampas bagi membantu siasatan.



Gambar hiasan

"Suspek yang baharu tamat lepasan universiti di United Kingdom itu diberi jamin sementara menunggu proses siasatan dilengkapkan," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

A Asmadi berkata, Ain Husniza dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes yang dilaporkan oleh pengadu pada 10 Mei lalu di Putrajaya.

"Ia berpunca daripada komen pengadu tentang isu kes Ain Husniza yang dibalas oleh suspek tersebut seolah-olah membuat ugutan terhadap pengadu melalui Twitter.


"Kewajaran kenyataan Ain Husniza diambil adalah untuk melengkapkan siasatan berkaitan kes tersebut," katanya.

Asmadi memaklumkan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Ain Husniza sebelum ini menjadi perhatian apabila mendedahkan tindakan gurunya membuat jenaka lucah. Dia turut menerima ancaman rogol daripada pelajar sekolahnya susulan pendedahan terbabit.


Sumber: Sinar Harian

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BabyOnEarth 23-6-2021 05:05 PM
apa masalah jantan ni nak ugut2 orang?
cikgu tu pakcik beliau kah?
belajar jejauh sampai UK nun, balik sini masuk lokap. padan muka mendapat la ko
Quote white_musk 23-6-2021 05:17 PM
selayaknyalah dik
Quote Artemesiaa 23-6-2021 05:19 PM
Sendiri cari masaalah kan sendiri juga yang susah
Quote haruslah 23-6-2021 05:25 PM
Padan la muka
Keybod warrior AKU je yg betul, org lain salah....
Kalau baca fb mulut2 lelaki2 ni boleh tahan hansuang kalah pompuan
Quote white_musk 23-6-2021 05:26 PM
Belajar di UK balik2 jadi pangganas
Quote Ciktiekus 23-6-2021 07:35 PM
Gigih aku komen setiap post..berapa point baru naik lebel ni ekk {:run
Quote sekngucing 23-6-2021 08:27 PM
uk. ramai sangat ke. org islam/ kaum. coklat? balik. malaysia. ja nak. jd teroris
Quote mclaren 24-6-2021 08:20 AM
Edited by mclaren at 24-6-2021 08:27 AM

Omg apa bodoh sangat lelaki ni??

Penat2 hantar pergi study kat UK (taxpayers' money or privately sponsored?)  tapi otak kat tumit (pinjam tern one member here). Ugut bunuh and bagi middle finger kat budak 17 years old?
Padan muka now dah ada rekod jenayah. Nak jadi rider pun tak boleh kot nanti?
Quote mclaren 24-6-2021 08:29 AM
Screenshot_20210624-082447_Samsung Internet.jpg Screenshot_20210624-082540_Samsung Internet.jpg Screenshot_20210624-082558_Samsung Internet.jpg 20210624_082641.jpg
Quote ImpianSeroja 24-6-2021 08:32 AM
Takde masalah dicari masalah..donia donia
Quote mclaren 24-6-2021 08:34 AM
Grad UK.. but what?? "Rapers??"

Apa menatang rapers tu

Quote mclaren 24-6-2021 08:35 AM
Kesian ibu ayah kat Kulim harap anak kembali dengan segulung ijazah dapatlah jadi anak harapan.

Malangnya boleh diharap jadi penjenayah je lah kot
Quote OmJualGas 24-6-2021 08:38 AM
Padan muka
Quote Timortimur 24-6-2021 08:49 AM
mclaren replied at 24-6-2021 08:34 AM
Grad UK.. but what?? "Rapers??"

Apa menatang rapers tu

Rapers ke rapists?
Quote mclaren 24-6-2021 08:51 AM
Timortimur replied at 24-6-2021 08:49 AM
Rapers ke rapists?

Tu lah kan....

Quote xpdckelate 24-6-2021 10:11 AM
kerana jari jemari badan binasa
Quote sukacactus 24-6-2021 10:24 AM
mclaren replied at 24-6-2021 08:29 AM

Hahaha, ayat2 meminta sgt ni
Alhamdulillah dapat ye apa ko nak
Quote aku_ker 24-6-2021 10:29 AM
Polis x bole detect lol, tgk ip ko pun dah tau ko Kat mana, cross check dengan telco, unifi memang checkmate. Ko buat profile palsu pun x guna.
Quote True-X 24-6-2021 10:35 AM
grad oversea ni...... pakai duit mak bapak ka.. duit gomen ni?


Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.153312 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top