CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibunuh 4 Individu Termasuk Remaja 15 Tahun Kerana Konsol Permainan Video

23-6-2021 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1560| Komen: 1

Description: Empat individu termasuk seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, didakwa kerana memukul seorang lelaki hingga mati selepas dipercayai mencuri konsol permainan video.
Empat individu termasuk seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, didakwa kerana memukul seorang lelaki hingga mati selepas dipercayai mencuri konsol permainan video.

Pendakwa raya Perancis Michel Garrandaux berkata, John, 31, tidak dapat dihubungi ibunya hujung minggu lalu.



Gambar hiasan

Maklumat orang hilang dikeluarkan dan rekod lokasi telefon mangsa membawa kepada sebuah rumah di bandar Chatellerault.

Penghuninya membuat laporan terhadap John, Mei lalu, selepas mendakwa permainan video kanak-kanak dan konsol dicuri dalam kejadian pecah rumah.

Pada Ahad, seorang wanita yang mengenali suspek memberitahu polis bahawa mereka bercakap mengenai pembunuhan seorang lelaki yang kemudiannya dikebumikan di hutan.

Polis menyerbu sebuah rumah dan menahan dua lelaki, pasangan kepada seorang daripadanya dan seorang budak lelaki berusia 15 tahun.


Lelaki berusia 44 dan 35 tahun itu mempunyai rekod kesalahan mencuri, merosakkan harta awam dan dadah sebelum ini.

"Pasangan berkenaan disyaki menculik mangsa, menyerangnya kemudian membawanya ke rumah seorang rakan lain di mana mereka mengikatnya di kerusi, menendang serta dan memukulnya.

"Mereka mengaku hanya ingin memaksanya supaya mengaku," kata Garrandaux.

Mangsa meninggal dunia Sabtu lalu kerana kecederaan di kepala dan dada.

Dua daripada suspek dipercayai mengebumikan jenazah di hutan 15 kilometer dari bandar dan polis menggali semula kubur itu pada hari Isnin.

Ketiga-tiga suspek dewasa itu ditahan sementara menunggu perbicaraan, manakala remaja berusia 15 tahun berkenaan yang disyaki membantu membersihkan tempat kejadian, akan diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa.


Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 23-6-2021 05:30 PM
Kerana permainan nyawa melayang kerja sia2

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.075248 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top