CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Bagi Anak Lima Bulan Minum Arak Ditahan

23-6-2021 09:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7095| Komen: 39

BALIK PULAU: Polis menahan seorang bapa yang dipercayai memberikan anaknya yang baru berusia lima bulan meminum arak daripada bekas di dalam tin yang videonya tersebar menerusi laman sosial media.


Lelaki berusia 19 tahun itu ditahan di sekitar Teluk Bahang di sini kira-kira pukul 1.30 petang selepas polis menerima laporan berhubung kejadian yang tular tersebut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan turut mempunyai 14 rekod jenayah lampau selain merupakan orang pengawasan polis (OPP) di kawasan Teluk Bahang.

“Bayi berkenaan pula dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut walaupun kelihatan berada di dalam keadaan sihat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Kamarul Rizal, polis akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Balik Pulau bagi membantu siasatan kes itu yang dibuat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Awal hari ini, pengguna media sosial dikejutkan dengan penularan video yang memaparkan seorang lelaki memberi minuman tin dipercayai arak kepada seorang bayi.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang lelaki sedang memangku bayi sambil menyuapkan minuman berkenaan yang tertera label jenama minuman keras.

Turut kedengaran di dalam video itu adalah suara seorang wanita.

Ekoran itu juga, Ketua Pergerakan Anti Arak Murah Malaysia, David Marshel membuat laporan polis di Perai di sini hari ini selepas melihat video tersebut. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 22-6-2021 03:03 PM
Idea bangang mak bapa bagi anak liquor sebab anak catch a cold and flu...
Quote lattehazelnut 22-6-2021 03:05 PM
Bukan ckt dari dulu bg anak arak kan, xnak bg anak melalak..
Quote Artemesiaa 22-6-2021 03:14 PM
Kecik2 dah diasuh jadi kaki botol ke macam mana
Quote tungkai 22-6-2021 03:23 PM
Pergerakan Anti Arak Murah..Ooo..ada jugak persatuan camni ye...
Quote haruslah 22-6-2021 03:27 PM
tungkai replied at 22-6-2021 03:23 PM
Pergerakan Anti Arak Murah..Ooo..ada jugak persatuan camni ye...

Kalo arak mahal kira boleh la kot
Quote Skuau 22-6-2021 03:27 PM
Perbezaan Penang ngn Kelantan...@pyropura.....
Quote dodolgemok 22-6-2021 03:33 PM
Biasanya yg bodoh sebegini puak antivax xnak makan ubat hospital. Ujong2 percaya ckp makcik bawang flatearth kat group alami fesbuk. Bebal!
Quote doubleA 22-6-2021 03:42 PM
Kesian baby dapat makbapak bodoh, kenapa la puak bodoh ni membiak, dapat anak membahayakan anak pulak. Semoga puak tak layak jadi parent ni mandul sepanjang hayat
Quote Babai 22-6-2021 03:49 PM
Dah la miskin dok flat, perangai pulak macam harommm.
Quote any42 22-6-2021 04:09 PM
Kesian ank lahir2 kna hdup dgn mnusia2 bodoh bangang
Quote laradelara 22-6-2021 04:10 PM
Parents yg tak guna camni tak patut membiak. Dah kaki minum ngn budak pun nk aniaya bg minum
Quote meteorspeed 22-6-2021 04:16 PM
Sapa, parent bodo tue.. Org lain nak ada anak ko pun nak tp bodo
Quote yebit157 22-6-2021 04:24 PM
apa benda la aku baca ni
Quote rikiruj 22-6-2021 04:27 PM
Bagus lah ada social media.. baru tau betapa ramainya manusia2 sewel kat dunia ni.. buat benda bukan2 satu hal, boleh pulak record & share...
Quote sharlenetexas 22-6-2021 04:47 PM
Kak rina o kak rina. Dah2 lah tu tilik cermin.

Quote sparkly 22-6-2021 04:47 PM
lahaiii kesiannya baby tu
Quote manehnya 22-6-2021 04:55 PM
Bnagsa apa ni
Quote isbritneybich 22-6-2021 05:01 PM
adakah todi, tiger beer, atau ketum. nak teka berdasarkan warna lengan, bukit mertajam pulak. nama dan agama mungkin berubah tapi perangai todi masih menebal yah
Quote Lengkong 22-6-2021 05:32 PM
Ajar lah segala yang tak elok tu

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.074615 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top