Warga maya Indonesia digemparkan dengan penularan beberapa gambar wanita yang dibungkus dengan kain oleh suaminya sendiri. Menurut TribunNews, ramai warganet yang terkejut dengan foto berkenaan memberi reaksi pelbagai terhadap hobi si suami membungkus sekujur tubuh isterinya. Menerusi hantaran di laman sosial lelaki yang mengaku suami kepada wanita itu, dia mengakui memang dia yang membungkus isterinya. "Yang dibungkus, isteri sendiri jadi tiada yang dirugikan," tulisnya. Difahamkan, gambar itu sebenarnya hantaran lama yang dibuat pada November 2020 di Facebook. Namun, baru-baru ini gambar berkenaan ditularkan. Seperti yang dikongsikan di Instagram @ @smart.gram, terdapat beberapa gambar menunjukkan wanita itu dalam keadaan berbungkus. Tidak hanya itu, ada juga gambarnya menyarung pakaian di luar tubuhnya yang sudah berbungkus. Bagaimanapun, kesemua gambar itu sudah dipadam dari akaun Facebook lelaki terbabit. Mungkin lelaki itu mengalami gangguan mental parafilia iaitu ketagihan seksual terhadap sesuatu objek. Seram juga melihat gambar tu semua! - CARI
|
Gomea replied at 18-6-2021 08:26 PM
Dia bungkus bini dia pakai ape tu?
misc: Bini pun bodoh ikut sekali.
Jitu replied at 18-6-2021 10:17 PM
sakit mental lah ni
boleh tahan jugak bini dia buncit
I.K.A888990 replied at 18-6-2021 10:42 PM
seram giler kalau mlm2 nih
ADVERTISEMENT