CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dr Amalina "pembelot" sebab tak balik kerja di Malaysia? Dr Rafidah bidas "suara-suara sumbang"

19-6-2021 02:50 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 68194| Komen: 388

Description: Baru-baru ini, terdapat suara-suara tidak sedap didengar dari pihak tertentu yang menyifatkan pelajar-pelajar perubatan yang menyambung pengajian di luar negara sebagai ‘pembelot’ kerana mereka tida ...



Baru-baru ini, terdapat suara-suara tidak sedap didengar dari pihak tertentu yang menyifatkan pelajar-pelajar perubatan yang menyambung pengajian di luar negara sebagai "pembelot" kerana mereka tidak pulang menabur semula jasa di tanah air sendiri.

Antara nama yang paling disebut-sebut adalah Dr Amalina Che Bakri yang sudah pun 15 tahun menetap dan bekerja di United Kingdom.

Kredit foto : IG Dr Amalina Bakri


Tidak mahu Dr Amalina terus diperlekehkan, Dr Rafidah Abdullah yang juga merupakan pakar buah pinggang dengan lantang membidas semula di laman Facebooknya mengenai kenyataan kononnya doktor warga Malaysia yang berkhidmat di luar negara sebagai pembelot.


Menurut Dr Rafidah yang nyata terkilan apabila mengetahui ada pihak yang "sedap mulut" mengata juga terdiri daripada golongan profesional. 


Pernah ditanya oleh Dr Amalina tentang bekerja di Malaysia, beliau memberi pendapat agar doktor muda tersebut tidak pulang atas sebab apresiasi.



"Dr Amalina juga tiada sebarang kontrak biasiswa dengan mana-mana badan berkaitan malahan kini menerima biaya dari kolej luar negara untuk pengajian pHD. Ini sekali gus menepis dakwaan meleset yang mengatakan beliau ada hutang dengan Malaysia", tambahnya lagi.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya tampil memberi pendapat masing-masing.
 




Malahan tak kurang juga yang menganggap gaji bekerja di luar negara jauh lebih setimpal berbanding di Malaysia. - CARI



2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • cmf_ctrl

  • Bosan

    Anonymity

  • Tinot7

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 19-6-2021 03:50 AM
Edited by tumpanglalu74 at 19-6-2021 03:53 PM

Merantau ney amat menyeronokkan.  Tapi bukan bende yang selamat.  Tiap2 hari aku sana dulu tiap2 hari aku fobia takot terkene peluru sesat.  Walopon aku di sebuah bandar antare yang paling selamat.  Jaman tu henfon pon orang tak pake lagi.  Pake public fon aje call family.  Takde wasap.  Belom ade Windows 95.  Tersangat la aku tercampak.  Tapi tiap hari aku bersemangat sebab nak tunjok kat orang sana yang orang Malaysia itu hebat.  Otak aku berpusen 24/7 walopon dalam tido.  Malaysia, Malaysia, Malaysia saje aku ingat.

Bila aku balek aku tengok orang sini apepon tatau.  Syukorlah sekarang ade Youtube.  Sume ilmu ade di internet ney.  Tak payah fizikally pegi universiti jauh.  Lain la jaman aku dulu baru ade UM, USM, UKM, UPM, UTM & UIA aje.  Kitorang terpakse berambos nak kasi tempat kat yang takleh berambos.  

Bila balek kitorang hanye nak orang respek kita.  Tapi ade yang tak.  Dengki ke, ape ke, perasan terer ke tapi kitorang gelak je tengok sekor2 manusia tu.  Menggedik sangat nak recognition.  Menggedik sangat nak naik pangkat.  Aku pecaye geng balek dari oversi ney sikap lebih laidback je berbanding yang tingin sangat nak ke oversi.  

Yang penten, Been There Done Dat.
Quote jiwarasa 19-6-2021 03:58 AM
tumpanglalu74: Merantau ney amat menyeronokkan.  Tapi bukan bende yang selamat.  Tiap2 hari aku sana dulu tiap2 hari aku fobia takot terkene peluru sesat.  Walopon a ...


Wow sis pun doktor ke.. Untunglah dapat merasa stay di negara orang. Banyak pengalaman dapat.tapi kat mana pulak peluru sesat tu. Negara bergolak ke. I teringin juga nak belajar oversea dulu but rezeki kat uni local je. Apapun syukur je rezeki masing2 kan.. Dapat kerja ok than sampai juga ke negara orang akhirnya walaupun just travel beberapa hari
Quote TOPwind 19-6-2021 04:02 AM
ramai juga yg IQ low sangat, tapi ada hati nak  komen pasal Dr Amalina ni.

Quote me12345 19-6-2021 04:17 AM
Sepesen kan muka depa dua...
Quote me12345 19-6-2021 04:18 AM
Sepesen mula depa berdua...ada iras
Quote sekngucing 19-6-2021 05:02 AM
aku.masih ingat lg paper pasal.amelina ni pelajar terbaik spm 2004...pakai tudung..pakai baju oengawas biru (ke pustakawan) terswengih tgok rwsult
Quote otai_g 19-6-2021 05:24 AM
Keje kat msia ni full of shit tau x.
Kalo keje dgn gov ada kerenah dia, keje dgn swasta pun ada kerenah dia.
Dah la Gov msia Takut dan tunduk dkt cmpny2 swasta ni.
Rmi je pekerja yg kena tindas dkt swasta tp gov x leh wat pape pun. Jbtn buruh semua ni umpama jbtn lawak msia jer.

So kalo ada peluang lbh baik kat luar negara, elok pg je la.
Quote Catpaw 19-6-2021 05:29 AM
Iya nampak sepesen, ada bau2 bacang ka mereka
Quote Catpaw 19-6-2021 05:34 AM
Lawak pulak baca komen net, nak jugak.... khen...
Quote rogayahtop 19-6-2021 06:11 AM
yg komen psl dr amalina rata2 personal attack. org tu kawin matsalleh pun jadi isu. lmaooo.

ye lah dah dr amalina ni antara yg berani dok sound ponder produk sampah dr jenis pemutih kulit ke pembasuh cik v ke supplement sampah berapa ramai ponder dah kena tu yg duk gatal lubang bontot menggeletis kena sound  





Quote famri7 19-6-2021 06:35 AM
Oummah meleis jeles sebab amarona jadi a person that they will never be
.
Pandai, kaya, femes, kahwin dgn mat saleh..ummah yang kutuks heshe pun sama2 masuk neraka kelak..jd korang xda beza pun
Quote sukacactus 19-6-2021 06:59 AM
Biar la dia nak dok keje sana pun
Yg mengata tu kalau ada peluang pun akan buat benda yg sama jg
Quote noor2 19-6-2021 07:05 AM
Sapa nk kerja kat Malaysia ni sangat kalau gaji kat sana lagi tinggi....suka hati dia la...
Quote chandrahusin 19-6-2021 07:07 AM
Rata2 yg attack sbb Amalina tak pakai tudung
Bila pakai tudung baru ada adap katanyaaaa
Selayaknya selalu kena tipu dgn penunggang agama
Quote TuntungReturn 19-6-2021 07:14 AM
si rafidah ni x kawen ke? aku tgk dlm fb dia xda pun gambar suami dia,anak2
Quote xpdckelate 19-6-2021 07:20 AM
apala doc nasihat camtu...patut kepakaran digalakkan pulang dan berkhidmat di malaysia
siapa yg mampu pi luar negara,bukan semua kaya kayan..kayap ramai la
Quote Suchi 19-6-2021 07:31 AM
Doa lah suatu hari nnt dia balik malaysia juga kot mcm doc imelda tu

Atleast dia nih amik tau gak apa jd kat malaysia masih nak sibuk2 gak la
Maknanya hati tu masih kat malaysia lagi berbanding yg lupa terus tanahair terus acah2 jd mat saleh, cakap melayu pun dah taktau apatah lagi nak makan nasi ngn tgn.
Agama pun samar2 bayangan je, kawen pun tak pasti nikah depan tok kadi atau “yes, I do “


Quote xpdckelate 19-6-2021 07:36 AM
Suchi replied at 19-6-2021 07:31 AM
Doa lah suatu hari nnt dia balik malaysia juga kot mcm doc imelda tu

Atleast dia nih amik tau ga ...

ye betul...bawa pulang kepakaran beliau dan berkhidmat utk rakyat malaysia
Quote ina_na 19-6-2021 08:02 AM
tumpanglalu74 replied at 19-6-2021 03:50 AM
Merantau ney amat menyeronokkan.  Tapi bukan bende yang selamat.  Tiap2 hari aku sana dulu tiap2 har ...

Cousin aku penah ckp lantak p la org nk kata pe.. Belajar luar negara sampai master, phd.. Tp bl blk Malaysia jd downgrade.. Dah la gaji skt.. X hargai org yg dah penat belajo lama2.. Kalo keje gan company ade yg berkroni.. Spm pun leh jd ketua.. So dia keje kejap je kat sini.. Lps tu keje kat luar negara.. Tp beli la tanah dan bt rumah kat kg tu.. Sama mcm ko ckp org Malaysia ni tau kondem je.. Tp x tau pun pe benda sbrnye.. Dia org ingat org belajo master, phd ni mcm sekolah menengah..

Lihat semua komen(388)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.057066 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top