CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tayar Bocor: Khianat Atau Kebetulan?

20-11-2013 09:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3474| Komen: 4


Nama mekanik dan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan.

SUBANG JAYA - Khianat atau kebetulan?

Itu persoalan sering bermain di minda penunggang motosikal apabila tayar kenderaan ditunggangi mereka bocor gara-gara melanggar paku.

Laluan motosikal yang kononnya digunakan bagi mengurangkan risiko kemalangan dakwa mereka kadang-kala lebih berbahaya daripada menggunakan laluan kenderaan biasa.

Difahamkan, setiap hari ramai penunggang motosikal berdepan risiko tayar pancit dan bocor, disamun atau tidak mempunyai tempat teduhan sempurna di lorong sempit itu apabila hujan.

Dakwa mereka pihak berwajib sering terlepas pandang dan jarang mengambil tahu mengenai laluan motosikal sama ada ciri keselamatan dipenuhi atau tidak.

Penunggang motosikal, Noor Aidil Adha Mahmud, 31 berkata dia sudah lebih 10 kali berdepan insiden tayar motosikal bocor ketika melalui laluan itu.

Katanya, dia lebih rela menolak motosikal ke bengkel dan tidak sanggup mendapatkan khidmat mekanik di lokasi kerana caj dikenakan tidak masuk akal.

Bayaran dikenakan mekanik yang sentiasa sedia memberi khidmat itu kadangkala dakwanya boleh mencecah sehingga RM35.

Caj akan menjadi lebih mahal sekiranya perkhidmatan menampal tayar  dilakukan pada hari Ahad atau tengah malam.

Bagaimanapun, ramai penunggang terdesak terpaksa menggunakan perkhidmatan mereka melalui nombor-nombor telefon yang biasaanya ditampal sepanjang laluan motosikal tersebut.

Tidak pasti sama ada paku-paku itu daripada kenderaan lain yang membawa bahan binaan atau sengaja ditabur oleh individu tidak bertanggungjawab.

Pernah juga tersebar berita, penunggang yang mengalami tayar bocor ini menjadi mangsa samun oleh penunggang lain yang pada awalnya seolah-olah mahu menolong.

Selain berdepan masalah tayar bocor, Noor Aidil berkata, penunggang terdedah risiko yang boleh mengorbankan nyawa mereka terutama di lokasi bawah terowong.

Katanya, ketika hujan penunggang akan memberhentikan motosikal dan berteduh di bawah terowong walaupun menyedari tindakan itu adalah berbahaya.

Disebabkan, bahu jalan bawah terowong terlalu sempit, penunggang berkemungkinan boleh terlanggar mereka yang berteduh di bawah terowong.

Justeru, katanya pihak berkenaan dicadangkan menyediakan  tempat berhenti untuk penunggang berteduh bila waktu hujan lebat.

Seorang lagi penunggang motosikal, Mohd Zamri Dahot, 29,berkata walaupun laluan itu hanya khusus untuk satu jenis kenderaan, ia tidak terlepas daripada risiko kemalangan.

Apa ang menjadi masalah katanya, bukanlah kemalangan akibat bergesel sesama penunggang namun lebih kepada keadaan jalan yang tidak diturap dan dipenuhi batu.

"Apabila mengelak, ia bukan sahaja membahayakan nyawanya sendiri tetapi juga keselamatan penunggang lain yang melalui laluan itu," katanya.

Mohd Zamri berkata, paling ditakuti laluan bawah terowong yang gelap dan hanya diterangi cahaya lampu malap.

Di situ katanya, pelbagai jenis objek tersembunyi termasuk paku yang dipercayai ditabur pihak tidak bertanggungjawab.

Apabila penunggang  tidak mengelak, akibatnya terpaksa menanggung kesusahan selepas tayar bocor dibenami objek tajam.

“Hendak harap lampu jalan memang tidak boleh menerangi lorong termasuk bawah terowong, laluan motor terpisah jauh dengan laluan kereta.

“Minta sangat pihak berkenaan tambah lampu di tempat bersesuaian,”katanya.

Jelasnya lagi, pihak berkenaan juga sepatutnya memantau keadaan longkang bersebelahan laluan motosikal.

Banyak antara saliran perparitan itu dakwanya tersumbat menyebabkan air bertakung dan melimpah ke laluan motosikal apabila hujan lebat.

Penunggang motosikal sering terpaksa mengalih laluan dan menggunakan jalan biasa yang katanya lebih bahaya digunakan pada waktu hujan.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AHMADVW 19-11-2013 03:35 PM


ketentuan
Quote Cik_Andak 20-11-2013 04:48 PM
nasib la cik dh pindah tempat keje.....

Dulu naik moto je g keje dr ampang ke USJ....

Quote BurningTimes 20-11-2013 04:57 PM
Kadang2 Elohim suka bayar cash. Kalau kena paku itu nasib lah kak.
Quote prettyuglybabe 20-11-2013 05:18 PM
kesiannya. semoga mereka yang aniaya orang dan amik kesempatan ni miskin selama-lamanya..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.044244 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top