CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesawat Patah Balik Penumpang Berebut Tempat Letak Tangan

18-6-2021 05:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3781| Komen: 21

Dua penumpang lelaki terpaksa dihalau keluar dari sebuah pesawat United Airlines selepas terlibat dalam pergaduhan kerana merebut untuk menggunakan tempat letak tangan.

Akibat insiden itu, pesawat United Airlines yang dalam penerbangan ke Las Vegas, terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco selepas 15 minit berlepas.



Kredit foto: Twitter

Lapor Daily Mail, kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu.     

Selepas pesawat mendarat di San Francisco, kedua-dua lelaki itu diminta untuk meninggalkan kapal terbang tersebut.

Dua penumpang itu kemudian ditahan polis dan mereka dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

Berdasarkan laporan SFGate, kedua-dua lelaki itu tidak didakwa dan mereka kemudiannya dibebaskan, namun tidak dibenarkan menaiki semula pesawat United Airlines.    


Seorang penumpang yang dikenali sebagai Jack Krawczyk memuat naik sekeping gambar berkaitan insiden berlaku dalam pesawat itu di laman media sosial.



Gambar itu menunjukkan seorang anggota polis cuba mengeluarkan dua penumpang lelaki daripada pesawat berkenaan.

“Pesawat kami terpaksa berpatah balik hanya kerana dua penumpang bergaduh berebut tempat letak tangan,” katanya di Twitter. 

Ciapan penumpang itu menjadi tular dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet mengenai tempat letak tangan.


Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AyaqMeloSuam 18-6-2021 05:14 PM
Aiyoooo.. tmpt letak tgn jah pun.. baik 2-2 jgn pgang.. cobitt..
Quote uori 18-6-2021 05:22 PM
ni kalau nak bagitau kat orang pun buat malu je

bayangkan kalo mak aku tanya kenapa tak jadi naik kapal terbang?
kena halau sebab berebut tempat letak tangan

mau mak aku pelengkung aku cecukup
Quote Firenzza 18-6-2021 05:25 PM
Dok tepi tingkap lg syok, kot2 blh nmpk ufo terbang kt sebelah
Quote Skuau 18-6-2021 05:45 PM
uori replied at 18-6-2021 05:22 PM
ni kalau nak bagitau kat orang pun buat malu je

bayangkan kalo mak aku tanya kenapa tak jadi n ...


wan tu som@O-som la...
Quote delia3003 18-6-2021 05:51 PM
Edited by delia3003 at 18-6-2021 05:53 PM

Dua2 panas baran ke ape ni? Ke sorang lagi tu kuat provoke. Malu kalau ada budak2 dalam tu, tunjuk contoh tak baik

Paling nyampah bila naik AA duduk sebelah lelaki badan besar, mmg penuh wei, kita pulak naik lenguh rasa badan sbb control tak boleh nak gerak sgt. Nak2 pulak kalau duduk kat tgh
Quote rosmahisham 18-6-2021 05:54 PM
Pprt nya pangai.
Quote dani-rox 18-6-2021 05:58 PM

Quote matamata 18-6-2021 06:00 PM
org US ramai gumuk....pastu duduk ekonomi pulak...just imagine
Quote sparkly 18-6-2021 08:00 PM
kampung ppl detected on board{:laugh
Quote xpdckelate 18-6-2021 08:04 PM
kepelikang tanpa batasang
Quote samperit 18-6-2021 08:34 PM
Nasib kat us. Kalau kat sini mesti jantan tu dituduh org Kelantan
Quote LadyCarefree 18-6-2021 10:01 PM
Jangan duduk ekonomi la. Adoi.
Quote sukacactus 18-6-2021 10:55 PM
Dah mampu kat ekonomi je, terima la seadanya
Quote I.K.A888990 18-6-2021 11:02 PM
baik sewa private jet je. buat je la apa2 nk pun dlm tu
Quote Tinot7 19-6-2021 07:16 AM
Apa rupa 2 penumpang laki tuh?
Quote pxlbb 19-6-2021 08:33 AM
Teringat masa kecik-kecik dulu parents iols tinggalkan tepi jalan sebab suka bergaduh bertumbuk dan menjerit kat seat belakang. Lepas 20m gitu ayah iols patah balik ambil
Quote Kurex 19-6-2021 08:44 AM
Apalah berebut tempat letak tangan. Ce tgk kurex, berebut2 orang nak jadikan badan dorang utk kurex letakkan tangan
Quote Carcosa 19-6-2021 09:01 AM
Passengers ni kengkadang ingat masing2 ada telekinetic power sesama sendiri Yg tgh2 assumed dia boleh letak arm dkt both armrests, sbb yelah, dia tersepit kan. So dptlah kelebihan tu Window pax dpt tgk luar, aisle pax dpt kemudahan pegi toilet
Apalah salahnya letak arm dkt riba je, or peluk tubuh tido Kan senang. Idok ler kena halau Lower down your expectations, and you'll be happier!
Quote any42 20-6-2021 03:24 AM
mnyusahkn org btul. dr bgaduh baik korang gusti lengan ke tntukn sapa menang. xpun sorang mngalah pastu ltak tgn sndri ats kpala bg org sbelah pengsan bau ketiak tengik tungkik tu

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.139693 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top