CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Koma Dipukul Suami Kini Dijaga Keluarga

18-6-2021 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19428| Komen: 144

Seremban: Wanita hamil 12 minggu yang koma akibat dipukul suami kini dijaga oleh adiknya, Fazariah Nordin yang berasal dari Bandar Sri Sendayan dekat sini.

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) memaklumkan Jahidah Nordin, 43, kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban atas permintaan keluarga selain mendapat nasihat daripada pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Foto: Harian Metro

"Fazariah ketika ditemui tengah hari tadi memaklumkan Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HSA namun dipindahkan ke HTJ atas permintaan keluarga dan nasihat pihak HSA," menurut MAINS dalam kenyataan di laman Facebook, hari ini.

Kenyataan itu menyebut MAINS, melalui Unit Khidmat Kesihatan, memaklumkan agensi itu telah menghulurkan bantuan wang tunai sebagai permulaan dan mengambil beberapa maklumat lain bagi bantuan seterusnya.


Pada 17 Mei lalu, media melaporkan Jahidah, yang juga seorang penjawat awam dan bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor, dikejarkan ke HSA selepas dipercayai dicederakan suaminya.

Mangsa mengalami kecederaan parah dan sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak.

Bagaimanapun, suami mangsa iaitu Rosmaini Abd Raof, 38, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini, mengaku tidak bersalah mencederakan isteri ketiganya itu sehingga parah. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
2

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 17-6-2021 11:34 AM
Enaknya hidup sorang jantan. Berbini 4 tanggungjawab tolak tepi..eloklah penjara terus. Lepas ni jangan nak ngaku ada anak nak sara..sendiri cari penyakit
Quote Decaffeinated 17-6-2021 11:34 AM
Kahwin kerana seks macam ni la jadinya
Quote ifanonline 17-6-2021 11:36 AM
kawin 4 tu elok la ikut sunnah nabi...
Quote Minami2013 17-6-2021 11:40 AM
Dahsyat.. umur 38 isteri dah 4.
Quote chandrahusin 17-6-2021 11:42 AM
bini dia koma lagi kan
belum sedar lagi

dia bukan kawin bini ke 2 dlm tahun lepas ke
dh ada lagi 2 bini baru
Quote naina 17-6-2021 11:43 AM
Vavinyaaa 4 bini. Bini dah koma teruk cmtu penjara max 14 tahun je. Sewel
Quote auntieagony 17-6-2021 11:51 AM
Auntie confused - kenapa nama isteri kedua dia Jahidah Nordin @ Sylvester? Part Sylvester tu

Check google =>

Sylvester as a boy's name is pronounced sil-VEST-ter. It is of Latin origin, and the meaning of Sylvester is "wooded".

Female version is Silvia.

Bersangka baik => mungkin ibubapa dia tak tahu kot....
Quote LadyCarefree 17-6-2021 11:51 AM
Payahnya nak faham tajuk
Quote Suchi 17-6-2021 11:54 AM
Cuma nak tau kenapa dia pukul? Cemana org leh tau dia yg pukul bini tu? Kan bini dia koma?

Sapa yg jumpa dan bawak bini dia g hospital?

Mana lagi 3 bini yg lain tanak tumpahkan teh ke?ke sayang kat laki belaka.
Quote krustykrab 17-6-2021 12:00 PM
auntieagony replied at 17-6-2021 11:51 AM
Auntie confused - kenapa nama isteri kedua dia Jahidah Nordin @ Sylvester? Part Sylvester tu

Chec ...

Itu nama bapak dia sis, maybe pak dia org asli ke atau mualaf ke
Quote Tinot7 17-6-2021 12:08 PM
atas tuh gambar saspek ka gambaq polis mana tuh?
Quote Kitty_catz 17-6-2021 12:09 PM
potong konek dia...
Quote stingerboleh 17-6-2021 12:11 PM
krustykrab replied at 17-6-2021 12:00 PM
Itu nama bapak dia sis, maybe pak dia org asli ke atau mualaf ke

Maafkan la auntieagony...dulu sekolah atapnya bab @ ini takda dlm syllabus.
Quote stingerboleh 17-6-2021 12:12 PM
Kitty_catz replied at 17-6-2021 12:09 PM
potong konek dia...

boleh tumbuh balik la...

kahkahkahkahkah
Quote stingerboleh 17-6-2021 12:13 PM
Tinot7 replied at 17-6-2021 12:08 PM
atas tuh gambar saspek ka gambaq polis mana tuh?

Not bad deliciousnya khen tonot?

kahkahkahkahkah
Quote stingerboleh 17-6-2021 12:14 PM
LadyCarefree replied at 17-6-2021 11:51 AM
Payahnya nak faham tajuk

Kau nak suruh aku draw khen dan warnakan dgn poster colour?

kahkahkahkahkahkah
Quote makadek 17-6-2021 12:15 PM
Power tol nonek dia ...bebini ikut naa sunah
Bini2 lain tu bangang ke apa ..yih
Quote Friska 17-6-2021 12:15 PM
Edited by Friska at 17-6-2021 12:17 PM

Terpidana berusia 38 tahun, dan korban adalah istri ke 2 berusia 43 tahun, beda 5 tahun dari suaminya.

Syukur saya punya suami yang penyayang, sering manjakan saya, royal dan baik hati, tapi suami saya ndak romantis

Beda usia saya sama suami 19 tahun

Quote stingerboleh 17-6-2021 12:16 PM
ifanonline replied at 17-6-2021 11:36 AM
kawin 4 tu elok la ikut sunnah nabi...

Maaf yg arif, boleh kewww kita kategori mamat ini antara mereka mereka yg jari manisnya lebih panjang dari jari telunjuknya? kerana puan greentea belum nampak kelibatnya disini utk soalan ditujukan padanya...

Lihat semua komen(144)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.053642 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top