LONDON: Seorang wanita didapati bersalah membunuh suaminya dengan menyimbah air panas mendidih yang dicampur gula ketika lelaki itu tidur di rumah mereka di Wirral, Cheshire.
Lapor Daily Mail, Corrina Smith, 59, bertindak demikian terhadap Michael Baines selepas satu pertengkaran tercetus antara mereka di rumahnya di Wirral . Dilaporkan, Smith sengaja mencampurkan gula ke dalam air panas itu supaya menjadi likat, sekali gus boleh menyebabkan kesan lecuran yang lebih teruk. Selepas insiden itu, Smith mengaku melakukan perkara itu kepada seorang jirannya. Sehari sebelum insiden itu, Smith dilaporkan berasa marah dan kesal selepas mendengar khabar angin mengenai suaminya sehingga dia mempercayai benar.
Pada sesi pendengaran Mahkamah Crown Chester dimaklumkan, Smith yang juga dikenali sebagai Corinna Baines merupakan penjaga suaminya yang berusia 80 tahun. Menurut polis, ketika kejadian, Baines dikejarkan ke Hospital Whiston pada awal pagi 14 Julai tahun lalu dalam keadaan serius. Baines dilaporkan meninggal dunia sebulan kemudian iaitu pada 18 Ogos tahun lalu. Smith pada mulanya berdepan dengan tuduhan menyebabkan kecederaan badan serius namun sejurus selepas kematian suaminya, dia didakwa atas kesalahan membunuh. Smith akan dijatuhkan hukuman pada 9 Julai depan. -CARI Sumber: Utusan Online
|
supernaturalee replied at 18-6-2021 09:04 AM
Ni lh yg p ramlee kata
Dh tua pun bodoh
TomyamPuteh replied at 18-6-2021 11:55 AM
Org putih ni klau romantik, romantik sungguh. Klau kejam, kejam smpai x terjangkau dek akal.
ADVERTISEMENT