CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

14 Jam Dah Hebat Mandarin- Homeschool Je, Berbaloi Nabila Huda Berhentikan Anak Dari Sekolah

17-6-2021 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7464| Komen: 31

Keputusan pelakon popular Nabila Huda, 36, berhentikan anaknya, Keisha Laila, 11, dari sekolah dan meneruskan persekolahan di rumah atau 'home school' sejak setahun lalu disifatkan berbaloi.


Nabila berkata, selain belajar mata pelajaran asas seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris, Keisha juga sudah mahir bertutur dan menulis dalam bahasa Mandarin.

Foto: IG

"Selepas ambil keputusan berhentikan Keisha dari sekolah dan teruskan belajar di rumah secara 'home school' dengan Cikgu Lenny Rahman, kemudian tercetus idea saya nak lawan dengan Keisha untuk belajar bahasa Mandarin pula.

"Pihak Fasih Mandarin menghubungi kami ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 lalu, tapi saya tidak dapat teruskan kerana terbabit dengan penggambaran. Jadi, Keisha belajar sendiri sehinggalah dia pandai bercakap dan menulis. Kalau ikutkan dia baru belajar 14 jam dan dia sudah hebat.


"Sebelum PKP 3.0 Cikgu Nadia datang rumah mengajar, tapi apabila ia dilaksanakan, mereka sambung secara dalam talian saja," katanya.



Menurut Nabila, walaupun Keisha tidak mengikuti persekolahan seperti biasa, dia tetap berbangga dengan pencapaian anaknya itu.

"Dalam pada tak pergi sekolah, ketinggalan banyak perkara, tak dapat nak belajar dengan sempurna, tapi Keisha dah boleh cakap Mandarin. Saya bangga dengan dia.

"Terima kasih Cikgu Nadia dan Fasih Mandarin. Kepada ibu bapa lain, beri peluang anak anda belajar bahasa Mandarin dengan mereka. Kalau tak dapat sekolah dengan sempurna, sekurang-kurangnya boleh cakap Mandarin. Jauh perjalanan hidup mereka nanti," katanya.




Nabila juga sempat berseloroh jika sudah dibenarkan ke luar negara boleh pergi ke China untuk membeli-belah dan bawa mereka bagi memudahkan urusan.

Menerusi hantaran di Instagram, Nabila turut berkongsi keputusan peperiksaan bahasa Mandarin Keisha yang mendapat 74 daripada 80 markah bagi ujian dalam talian dan 19 daripada 20 untuk ujian lisan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote perembes 17-6-2021 03:28 PM
ko dah kritik skola.. mlu la ank dia nk skola balik kat situ
Quote sparkly 17-6-2021 03:35 PM
propa je dia ni, attention seeker sgt
Quote hotmak 17-6-2021 03:38 PM
yg kes fee mahal tapi tak pergi sek ye, lepas tu terus tak sek? tahlah kalau nak homeschool mak pak pandai ajar ok lah kot, tapi dia pun panggil tutor kan

sukatilah, yg i tau i suka anak pergi sek sebab belajar kt rumah jadi serba tak pandai
Quote KucingBiru 17-6-2021 03:39 PM
Kalau tak dapat sekolah dengan sempurna, sekurang-kurangnya boleh cakap Mandarin. Jauh perjalanan hidup mereka nanti," katanya

Jauh perjalanan ke mana? Ke China ke?
Quote supermum 17-6-2021 03:41 PM
Belum la mahir tu. Kalau dah mahir cakap laju je. Still learning tapi good job 14 jam dah boleh borak sikit-sikit
Quote tembamgirl09 17-6-2021 03:42 PM
hotmak replied at 17-6-2021 03:38 PM
yg kes fee mahal tapi tak pergi sek ye, lepas tu terus tak sek? tahlah kalau nak homeschool mak pak  ...

gi sekolah best kan? dpt belajar ramai2, belajar kerenah manusia, bersukan.. eh rindu pulak
Quote slyfynx 17-6-2021 03:49 PM
Sukati la.
Ko x pernah salah kan.
malas nk cakap pape
Quote djzara81 17-6-2021 03:55 PM
OT jap…Smlm aku ikut free parenting class dgn cikgu jinggo. Topik psl didikan utk anak2. Cikgu jinggo ckp nak didik anak2, kene tau apa matlamat anak2 tu belajar. Sit down & talk with kids. Ask them what do they want in life, but not we as parents wanted them to be. Betul gak ape cikgu Jinggo ckp..Nak anak berjaya, aku tak bole paksa diorang jadi apa yg aku nak or expect. But kita bole guide & dorong apa yg anak2 minat & suka. So kalo anak minat masak & nmpk talent ke arah culinary, bagi je galakkan. Jgn paksa jadi doctor or engineer demi nak jaga standard or legacy. Byk real story anak2 blame the parents bila dah start kerja baru sedar diorang tak minat dgn profession tu.
Quote kakigojes 17-6-2021 04:35 PM
Bapak pinjam duit anak??
14 jam belajar fasih Mandarin??
Unbelievable. Lepas ni belajar dengan mak 14 jam berlakon, and make sure dapat award finas satu.

Btw the correct term is upah, bukan gaji. Kalau gaji aku dah nak report labor law. Tetapi bagus la terapkan unsur berdikari.
Quote TomyamPuteh 17-6-2021 04:36 PM
Tah la. Aku dr dulu x penah suka cara si Nabila didik anak. Dipakaian seluar smpai terang2 nmpk tundun. Tp lantak la anak dia.
Quote kaseh80 17-6-2021 05:46 PM

Next
Quote MissYouSayang 17-6-2021 05:50 PM
Dia x tau biasenya iq mak menurun dekat anak.kalau dah mak pun benak so paham2 je la
Quote Gumball 17-6-2021 06:19 PM
Nak anak ikut macam dia la kot
X amik SPM tapi mampu hidup la gitu
Maknya pun bodoh sombong kemahen lagi
Quote LadyCarefree 17-6-2021 07:28 PM
Oh nabila ni xde spm ke?
Memang dia cakap kasar camtu dengan anak eh?
Quote Tinot7 17-6-2021 09:56 PM
Kesian tgk kisha kena marah2.. tapi rupanya dpt besday gift.. tapi tetap kecian..
Quote awexgaban7 18-6-2021 01:18 AM
Ilmu lain pon tak rugi belajar… tp dah anak sheolz gasak hg la aben
Quote daiman 18-6-2021 01:27 AM
sikit2 mandarin. banyak lagi bahasa utk dibanggakan.
Quote clarizsa 18-6-2021 01:36 AM
Biasa je xde hebat mana pun
Budak tu hafal je
Bnda dok ulang2 belajar kan
Tapi good effort la
Tahniah
Quote sharlenetexas 18-6-2021 01:50 AM
Sohai bumi datar no komen ke?

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.410428 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top