Kuala Lumpur: Raja-Raja Melayu sependapat bahawa tidak ada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos depan. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, Raja-Raja Melayu juga sependapat perlunya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta sokongan majoriti rakyat. Untuk itu, katanya, Raja-Raja Melayu menyokong pendirian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan Parlimen bersidang secepat mungkin dengan kaedah dan prosedur persidangan seperti diamalkan beberapa negara, yang terbukti berkesan dalam mengawal jangkitan Covid-19.
"Turut dizahirkan bahawa program vaksinasi hendaklah dipertingkatkan dengan mengurangkan kerenah birokrasi agar negara dapat mencapai matlamat imuniti kelompok 80 peratus secepat mungkin. "Nyawa dan kehidupan rakyat wajib diutamakan mengatasi perkara-perkara lain. Program menangani wabak hendaklah difahami dan mendapat sokongan rakyat tanpa menimbulkan keraguan, kaedah menangani wabak hendaklah bersifat inklusif. "Suhu politik yang semakin panas perlu diredakan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas sesi Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara, hari ini Syed Danial berkata, Raja-Raja Melayu mengambil maklum beberapa perkara antaranya negara sedang menghadapi wabak Covid-19 dengan angka jangkitan harian tinggi meskipun dalam pemerintahan darurat, keadaan ekonomi membimbangkan, suasana politik tidak stabil dan perpaduan rakyat semakin retak. Untuk itu, katanya, Raja-Raja Melayu berpendirian penting untuk semua pihak menghormati mekanisme semak dan imbang antara cabang eksekutif, legislatif dan kehakiman untuk menjamin tadbir urus telus, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat, terutama dalam hal ehwal kewangan serta perbelanjaan negara. Di peringkat negeri, raja-raja memerintah sembilan negeri itu turut berpendirian agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dibolehkan bersidang secepat mungkin. "Di peringkat negeri masing-masing baginda turut menerima menghadap pelbagai pihak yang menyembah kebimbangan terhadap keadaan negara ketika ini," katanya. Terdahulu, Raja-Raja Melayu menzahirkan penghargaan pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas sifat baginda mengamalkan budaya bermesyuarah, bersedia mendengar pandangan daripada institusi yang mewakili rakyat, dan pada hari ini mengadakan pertemuan untuk mendapatkan nasihat daripada Raja-Raja Melayu. Sumber : Harian Metro |
CatMiow replied at 17-6-2021 06:53 AM
Maksudnya boleh la pru ye?
Agak dah sebab agak kerap dengar dun2 turun padang bantu rakyat
Tinot7 replied at 17-6-2021 08:44 AM
So bila parlimen bersidang? Dlm parlimen ka online?
pu3_rania replied at 17-6-2021 09:06 AM
Tu lar pasal
Buat aje lah secepat mungkin
Tak kisahlah persidangan di adakan secara virtual @ ...
lipans replied at 17-6-2021 10:03 AM
Euro sana penuh staium dengan puluhan ribu penonton tengok bola.
Takkan sini nak kawal 222 orang ...
ADVERTISEMENT