CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Macam Mimpi Jadi Kenyataan! Aina Abdul Teruja Ditemu Bual TV Korea Selatan

15-6-2021 05:34 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 8463| Komen: 49|Original author: Oleh: LilRose

Ramai kagum dengan kebolehan Aina menyanyikan lagunya, Sepi dalam versi bahasa Korea.

Terbaru, penyanyi itu mengharumkan nama Malaysia apabila muncul dalam program televisyen Korea Selatan berjudul Simply Kpop Con-Tour.



Kredit foto: IG

Menurut Kosmo, dalam program yang disiarkan malam tadi (waktu tempatan) di stesen Arirang TV Korea itu, Aina ditemu bual dua pengacara iaitu Kevin dan Jacob daripada kumpulan The Boyz.

Berkongsi sedutan itu di Instagramnya, Aina berkata dia bangga dan bersyukur dijemput menjadi tetamu undangan untuk ditemu bual dalam program berkenaan.

Ketika ditemu bual, Aina mengakui teruja dapat ditemu bual. Bagai mimpi menjadi kenyataan, katanya.




Kredit foto: IG

Menerusi rancangan itu, Aina turut memukau penonton dan pengacara terbabit apabila diberi peluang menyanyikan sedikit lagu daripada penyanyi negara itu, Ailee yang berjudul I Will Go To You Like The First Snow.

Kelihatan seorang pengacara terbabit menggosok lengannya kerana meremang mendengar nyanyian Aina.

Malah, nyanyian lagu Sepi dalam versi Korea juga mendapat sambutan daripada penonton.



Melihat ruangan komen, ramai berbangga dengan Aina termasuk Ernie Zakri dan Janna Nick.


Kredit foto: IG

Kalau Aina dapat berinteraksi dalam bahasa Korea dengan Kevin dan Jacob mesti lagi mantap kan? - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 15-6-2021 06:45 PM
Pandai dia converse in english.
Tak ramai singer malaysia melayu yg pandai.
Quote fealefea 15-6-2021 06:56 PM
X malu Malaysia ada talent camni.
Quote anakkerengga 15-6-2021 07:31 PM
Lagu sepi tu berulang2 kali aku dgr… terutamanya korean version… sbb lg best dr malay version
Quote I.K.A888990 15-6-2021 09:15 PM
bangga gila aina. moga dpt jemputan ke show kpop lps ni
Quote MsKathryn 15-6-2021 10:05 PM
Suka semua lagu dia ..
Quote Aikiko 15-6-2021 10:23 PM
Congratz aina
Semoga mendunia di dunia kpop
Wakil singer Msia di korea, selepas Shila di China n Yuna di US
Quote wasssup27 16-6-2021 12:59 AM
Aikiko replied at 15-6-2021 10:23 PM
Congratz aina
Semoga mendunia di dunia kpop
Wakil singer Msia di korea, selepas Shila di China n Y ...

korea tak pandang foreigner biasanya. contoh, lisa.
Quote dudaberhias 16-6-2021 01:06 AM
iols memang suka je dia... lagu dan suara dia memang sedap... cuma lagu dia tak hit sangat je...

semoga laris la rezeki dek aina supaya dia boleh kumpul duit untuk buat laser kulit dia yang berlubang2 tu...
mesti nampak wangi berganda2...
Quote samshik 16-6-2021 01:15 AM
Tengkiu aina.. Atleast ada la jugak yg buleh mesia bangga dr dok jaja cter bipolar, meroyan ex laki atau cter pasal mengidan beg tgn elveh...
Quote Aikiko 16-6-2021 02:37 AM
dudaberhias replied at 16-6-2021 01:06 AM
iols memang suka je dia... lagu dan suara dia memang sedap... cuma lagu dia tak hit sangat je...

...

Bolehla sheols buat kat korea sinun
Tup2 ada talent company berminat nak sponsor
Bdw apa citer kaka rossa under sm...senyap sajork hanya dgar nak/collab ngan soju utk single
Tapi xpenah dgar pon
Quote Aikiko 16-6-2021 02:39 AM
wasssup27 replied at 16-6-2021 12:59 AM
korea tak pandang foreigner biasanya. contoh, lisa.

Yaka??
Bukan lalisa ni sangat mendunia ke kat sana?
Or just luar korea es.us sinun
Tapi3X lisa bukan powervocal punn
Quote Perawankota 16-6-2021 04:18 AM
Lagu aina ni sedap2 didgr
Quote TomyamPuteh 16-6-2021 07:49 AM
Tahniah. Suka. Suka. Suka.
Quote wirazam 16-6-2021 07:52 AM
Bagus Aina ni....semoga lebih berjaya Dan bersinar
Quote ketupatnasi 16-6-2021 11:10 AM
tahniah dek Aina n team pengurusan yang setia bersama2
Quote wasssup27 16-6-2021 11:44 AM
Aikiko replied at 16-6-2021 02:39 AM
Yaka??
Bukan lalisa ni sangat mendunia ke kat sana?
Or just luar korea es.us sinun

lisa lebih kepada international. banyak je artis yang kita rasa dia famousnya dekat SEA tapi penerimaan dekat korea biasa biasa. terutama foreigner la. dan dalam group memang boleh nampak jualan merch/solo project lebih memihak kepada korean member.
Quote hyie 16-6-2021 01:31 PM
wasssup27 replied at 16-6-2021 11:44 AM
lisa lebih kepada international. banyak je artis yang kita rasa dia famousnya dekat SEA tapi pener ...

even bayaran si lisa pon yang terendah berbanding BP yang lain tak silap...sebab dia bukan Korean je. Motif meols tau?
Quote wasssup27 16-6-2021 01:55 PM
hyie replied at 16-6-2021 01:31 PM
even bayaran si lisa pon yang terendah berbanding BP yang lain tak silap...sebab dia bukan Korean  ...

dah la ambil artis negara tu sebab nak famous kat SEA tapi diskriminasi amat ketara. tu belum lagi chinese member yang asyik la kena cancel dek knetz yang acah terpaling support america. huhuhu.
Quote pinksarah 16-6-2021 02:26 PM
tahniah aina abdul..

i mmg suka tgk malaysians menaikkan nama malaysia secara positif..

tak kira dorang di dlm negara atau luar negara..

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.098743 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top