Penyanyi rap Abubakarxli tidak kisah dengan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya membawa imej ‘rapper rempit’. Pemilik nama lengkap Mohamad Faiz Mohamad Yusuf itu berkata, kalau itu yang orang pandang dalam dirinya, dia tidak kisah asalkan tidak membawa ke arah negatif.
“Saya tak bangga (dengan gelaran itu) tapi saya juga tak nafikan ada yang anggap saya begitu. “Dekat negara-negara luar pun ada mereka punya budaya sendiri. Macam di United Kingdom mereka suka pakai ‘jogger pants’. Kalau di Amerika Syarikat, mereka dengan ‘superbike‘,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini. Kata pelantun lagu NiNiNi itu, sekalipun rempit namun kalau tidak membawa ke arah yang salah, dia merasakan tidak mengapa. “Tiada pun nak bawa imej rempit, memang tiada dalam rancangan karier saya. Tapi kalau itu orang pandang, tidak mengapa, asalkan tak bawa ke arah yang salah. Benda itu (rempit) pun mungkin budaya Malaysia
“Sejujurnya, saya tak kisah pun orang nak cakap apa,” katanya lagi.
|
ADVERTISEMENT