CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Uqasha Senrose Ucap Terima Kasih Jadikan RASN No.1, Siapa Bakal Anda Rindu?

15-6-2021 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5767| Komen: 22

Pelakon Uqasha Senrose memberikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat di dalam drama terkini lakonannya, Rindu Awak Separuh Nyawa (RASN).



Melalui video di Instagram, bintang cantik itu menyatakan dedikasi khas buat krew produksi, rakan pelakon dan peminat yang selama ini tidak putus-putus memberikan sokongan sepanjang ia bersiaran.

RASN yang mempunyai 48 episod telah pun tamat pada Isnin.



“Terima kasih banyak pada yang ikuti dan sokong drama Rindu Awak Separuh Nyawa dari episod pertama sampailah ke akhir. Terima kasih jadikan drama ini nombor satu.

“Tidak dilupa terima kasih kak Siti Rosmizah kerana pilih saya untuk pegang watak sebagai Kasih Maisara. Abang Along Kamaludin, pengarah yang banyak mengajar serta mengcungkil sisi lain Uqasha Senrose,” antara kata yang diucapkan kakak kepada pelakon, Nelydia Senrose ini.

Melihat ke ruangan komen, para peminat turut memberikan reaksi masing-masing dan rata-ratanya memuji komitmen mereka yang terlibat di dalam drama arahan Jamal Khan dan Along Kamaludin itu.


Kredit foto: IG Uqasha

Selain Uqasha, RASN juga dibintangi Shukri Yahaya, Fizo Omar, Norreen Iman, Fiza Thomas, Fauzi Nawawi, Marsha dan ramai lagi.

Ia sebelum ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).


Sumber: Media Hiburan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 15-6-2021 02:28 PM
Rindu separuh busuk
Quote cikbudu 15-6-2021 02:35 PM
Rindu abg keriii la nokkkk
Quote Mulotkoyak 15-6-2021 02:36 PM
Xtgk... Sorry
Quote ezacbee 15-6-2021 02:38 PM
Aku baru tgk semalam. Sana sayang sini sayang.. 30min tutup jela TV.
Quote chinchan78 15-6-2021 02:44 PM
Mana lg fenomena, cite ni ke atau 7HMK.. x prnh layan cite ni.. bosan jln cite n watak lebih kurang je ..
Quote alieyrina 15-6-2021 02:51 PM
Sapa ja yg tgk ni..aku kdg2 tertengok tp xleh nak teruskan
Quote Orangelily 15-6-2021 03:31 PM
chinchan78 replied at 15-6-2021 06:44 AM
Mana lg fenomena, cite ni ke atau 7HMK.. x prnh layan cite ni.. bosan jln cite n watak lebih kurang  ...

Sama2 hauk..tersayang-sayang x abis2 tp aku suka OST dia..hehehh
Quote amira_adlina 15-6-2021 03:36 PM
Jln cerita lebih kurang 7hari mencintaimu , tp fenomena lg la 7HM1/2 sbb kisah adik beradik duk kmpung tu
Quote babycc 15-6-2021 04:11 PM
chinchan78 replied at 15-6-2021 02:44 PM
Mana lg fenomena, cite ni ke atau 7HMK.. x prnh layan cite ni.. bosan jln cite n watak lebih kurang  ...

Lg fenomena 7HM kot.. sbb RASN ni utk org ada astro je.. tv3 tu.. lebih ramai yg tgk..
Quote biozipstar 15-6-2021 04:28 PM
mak aku penonton setia. mcm nak hujung2 tu agak meleret2 boring.. kalau tambah setakat 2 eps aje dah okay.. hehe...
Quote love_warrior 15-6-2021 04:28 PM
Xpernah tgk
Quote I.K.A888990 15-6-2021 04:42 PM
cerita melayu tlg la creative sikit story. xde best nye cerita ni
Quote Nenasketum 15-6-2021 05:09 PM
Punya lah ramai viewers depa kata, depa yang tengok tak masuk porem kot? Aku pun tak tengok
Quote imanjannah 15-6-2021 05:11 PM
ok x dia dalam cite ni?
Quote bedahmenjuyah 15-6-2021 05:20 PM
amira_adlina replied at 15-6-2021 03:36 PM
Jln cerita lebih kurang 7hari mencintaimu , tp fenomena lg la 7HM1/2 sbb kisah adik beradik duk kmpu ...

Sama ke cerita. Sbb tak tgk pun. Biasa tv3 lebih hype sbb easy access utk semua. Channel free.
Quote helicornia 15-6-2021 05:42 PM
tengok tajuk pun rasa geli bulu ketiak
Quote Perk77 15-6-2021 07:11 PM
Bosan Aku tgk pelakon lelaki Tu...nangis je...
Pastu syg Sana syg sini...watak Bini MCM Jinak2 burung merpati..

Takde hero lain ke kat msia ni ...
Quote babycc 16-6-2021 12:40 AM
biozipstar replied at 15-6-2021 04:28 PM
mak aku penonton setia. mcm nak hujung2 tu agak meleret2 boring.. kalau tambah setakat 2 eps aje dah ...

Kalau baca novel dia lg meleret2.. aku siap skip2.. balik2 ulang syg2 tu.. bila bini da syg.  Laki merajuk.. bila laki syg.. bini nerajuk.. aku perasan drama2 SR ni.. kalau couple/kahwin.. mesti pasangan bg syarat x leh berbual/berckp langsung dgn pompuan lain.. seolah2 semua org nak ke laki dia..
Quote amira_adlina 16-6-2021 02:44 AM
bedahmenjuyah replied at 15-6-2021 05:20 PM
Sama ke cerita. Sbb tak tgk pun. Biasa tv3 lebih hype sbb easy access utk semua. Channel free.

Sama tang watak syukri yahya..laki naif yg ikut je kehendak bini..bila dh tercabar baru la ugut2 nk kawen pempuan lain
Sama tang heroin asalnye jahat tp sbb jatuh miskin, xde sedare mara dh akhirnye mencintai hero sepenuh hati
Sama tang kejap2 merajuk kejap2 pujuk kejap baik kejap gaduh..ego xnk ngaku kalah
Sama tang ade watak bdk miskin iaitu buntat, pastu 7hm2 bdk pempuan tu belakon sama citer RASN ni
Sama tang pempuan jahat bermula dgn nama nurul dan watak alim..7hm nurul ain, ni nurul huda
Sama tang merajuk time pregnant

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.060781 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top