CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Covid-19 'Rampas' Suami, 14 Jiran

15-6-2021 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1795| Komen: 4

Jitra: "Jangan lupa, hari kelima jemput ayah balik, masa tu mesti dah lega," pesan Ismail Putih dengan penuh yakin kepada anak-anaknya pada 30 Mei lalu, sebelum menaiki ambulans di rumahnya di Taman Mahsuri, di sini.


Seperti dijanjikan, Ismail, 63, benar-benar 'pulang' pada hari kelima, selepas keluar untuk ke pusat kuarantin pesakit Covid-19 di Kulim, dan tatkala mengimbas detik itu, isterinya Fadzilah Kassim, 57, berkata, kali terakhir bertentang mata dengan buah hatinya itu, arwah cukup ceria walaupun 'sakit.'

"Hari tu, sebelum pergi ke pusat kuarantin, arwah sempat bergurau dengan anak-anak dan siap buat video rakamkan perjalanannya ke pusat kuarantin," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

(Gambar kiri) Allahyarham Ismail Putih bersama isteri dan (gambar kanan) Fadlan Aiman dan ibu bapa, Foto: Harian Metro

Fadzilah berkata, dia serta tiga anaknya turut disahkan positif Covid-19 dan wabak itu bukan sahaja menyebabkannya kehilangan tulang belakang keluarga, malah 14 jiran yang tinggal di kawasan perumahan sama turut 'dirampas,' dalam tempoh hanya kira-kira dua minggu.

"Saya kenal mereka semua, kebanyakan dah tua, tapi ada juga yang muda... cepatnya ya Allah, sebaik tiba di Kulim, saya diberitahu keadaan suami terus kritikal dan dia dibawa ke Hospital Kulim dan terus 'ditidurkan', pada 4 Jun tepat jam 12 tengah hari, dia dah tak ada.

"Tapi saya rasa macam dia masih ada, sebab masa pergi dia nampak sihat macam biasa, dia cuma ada kencing manis, umur memang dah 60 lebih, tapi dia masih aktif, fit dan 'handsome,' sekarang rasa macam dia masih dirawat di wad, tak boleh balik lagi," kata Fadzilah cuba menutup duka di hatinya.

Katanya, beliau masih cuba menerima kenyataan dan bersyukur kerana mendapat sokongan yang kuat daripada ahli keluarga serta rakan-rakan, yang tidak jemu bertanya khabarnya dan anak-anak.

"Arwah dikenali ramai sebab dia bekas pegawai kepada wakil rakyat di kawasan kami, arwah selalu turun bersama untuk tengok masalah dan bantu bagi sumbangan kepada masyarakat, jadi ramai yang kenal arwah, ambil berat anjurkan bacaan Yassin serta tahlil untuk arwah," katanya.

Sementara itu seorang guru Muhammad Fadlan Aiman Mhd Fadzy, 28, pula berkata, mendapat berita seorang demi seorang jirannya dijemput Ilahi bukannya suatu perkara yang menyenangkan, malah pengalaman itu menyebabkan kedua orang tuanya trauma dan dirundung kesedihan yang teramat.

"Seramai 15 orang jiran kami meninggal dunia disebabkan COVID-19, kebanyakannya adalah kawan rapat mak dan ayah, saya juga kenal mereka sejak kecil, sebab itu mak dan ayah terlalu sedih dengan apa yang terjadi.

"Esok tamat PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan), tapi mak pesan dekat kakak jangan balik rumah tiga bulan, padahal kakak duduk dekat taman kami saja. Mak terlalu trauma, dia tak mahu ambil risiko benarkan anak cucu datang," katanya yang juga terbabit dalam kluster Dah Mahsuri.

Mengimbas sebelum ini, ibu serta ayahnya mula mendapat simptom Covid-19, Muhammad Fadlan berkata, ibunya Azizah Abdullah, 62, mula demam pada hari raya pertama (13 Mei), diikuti ayahnya Mhd Fadzy Ismail, 66, pada raya ketiga dan akhirnya dirinya turut demam.

"Saya dihantar ke pusat kuarantin di Sungai Petani, emak ke Kulim dan ayah ke Hospital Kuala Nerang kerana paras oksigennya rendah. Kami tak tahu siapa yang dijangkiti dulu, sebab ayah dan mak memang jemaah surau di taman ni, saya pun selalu ke surau," katanya.

Muhammad Fadlan berkata, perit akibat diserang Covid-19 sukar untuk diceritakan, namun dia bersyukur kerana dia dan keluarganya berjaya mengharungi dugaan itu.

"Saya bersimpati dengan rakan-rakan yang kehilangan ahli keluarga, salah seorang rakan saya yang tinggal berdekatan rumah kami, kehilangan ayah dan datuk sekali gus, sangat menyedihkan," katanya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Dr Mohd Hayati Othman mengesahkan, 15 jemaah masjid di Taman Mahsuri yang positif Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh dua minggu lalu.

Beliau dipetik sebagai berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah dan wabak itu dikesan mula menjangkiti jemaah masjid terbabit sejak Mei, hingga tercetusnya kluster Dah Mahsuri, membawa pelaksanaan PKPD di Taman Mahsuri di sini, sejak 18 Mei lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 15-6-2021 12:58 PM
Betul la tu "mesti dah lega". Dah lepas siksa dunia...Takziah...
Quote Artemesiaa 15-6-2021 01:03 PM
Takziah, apa pun thread dah ada semalam
Quote mizzmimi 15-6-2021 01:04 PM
Takziah.

Benda boleh elak tapi.. Hmm..
Quote kerunai 15-6-2021 01:05 PM
marilah paka jemaah ramai2 di stadium bukit jalil buat solat sunat tolak bala covid

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.031797 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top