CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kita Tak Boleh Terus Dengan PKP Dan Biar Rakyat Lapar" - Anwar

15-6-2021 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3633| Komen: 32

Pakatan Harapan (PH) berpandangan kerajaan tidak boleh lagi meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh.

Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan harus mencari jalan bagi memastikan rakyat dapat dibela dengan memberikan suntikan kewangan.



Kredit foto: IG Anwar

“Kita tidak boleh terus dengan PKP dan biar rakyat lapar, mesti ada suntikan kewangan. Orang akan tanya dari mana nak dapatkan sumber kewangan kalau pinjam pun pinjamlah,” katanya.

Presiden PKR itu berkata demikian dalam sesi webinar bertajuk Memimpin Negara Pasca Covid-19 dan Melonjak Semula Ekonomi Negara bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Jelas Anwar,  kenyataan bercanggah antara menteri-menteri Kabinet Perikatan Nasional (PN) juga menyebabkan pelaksanaan dasar kerajaan yang tidak seragam.

Justeru itu, perlu ada penyeragaman tindakan lanjutan di peringkat kerajaan pusat, negeri dan daerah bagi memastikan pelaksanaan PKP dapat mengoptimumkan pengawalan pandemik Covid-19.


“Kerajaan sekarang memang gagal kerana setiap hari kenyataan bercanggah, ramai ‘panglima besar’ tetapi tidak seragam pendapat mereka.

“Hari ini buat kenyataan dan esok disanggah oleh menteri yang lain, ada menteri yang kritik keputusan Kabinet dan sebagainya.

“Ini tentunya mengelirukan sebab itu kita perlu ada satu di peringkat pusat, negeri dan daerah,” katanya lagi.

Anwar sebelum ini membidas kerajaan PN kerana didakwa gagal mengawal Covid-19 di Malaysia.

Menurutnya, dengan saiz Kabinet yang besar, mengapa kerajaan masih lagi gagal untuk melaksanakan langkah terbaik bagi menangani pandemik. 


Sumber: MalaysiaGazette
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • arialun


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 15-6-2021 10:53 AM
Amboi sedap ckp, kalo pinjam pun pinjamlah...fuhhh
Quote Skuau 15-6-2021 11:05 AM
Edited by Skuau at 15-6-2021 11:10 AM

ada idea nak pinjam dr IMF lg ke???@'kenangan cinta97'...
Quote testly 15-6-2021 11:48 AM
Hahahaha... Babi pun boleh terbang ko sembang ni ... Bunga2 kempen nak pilihanraya ... Xdpt semua nak tolong..dah dpt lantak pi le hangpa...sapa le yg percaya diorg ni
Quote tungkai 15-6-2021 12:05 PM
Amboii....dalam artikel 3 kali mention gagal siap buat webinar "membina negara pasca Covid19" lagi.  Covid dah habis ke siap sebut pasca...??
Quote me12345 15-6-2021 04:10 PM
Kalau dia PM..habih dia pinjam berhutang,  tergadai mesia...
Quote Daftpunk_shine 15-6-2021 05:40 PM
Bila tak lockdown, bising kerajaan tak pedulikan nyawa rakyat. Bila dh lockdown, kerajaan biarkan rakyat lapar. Lockdown bising, tak lockdown pun bising.

Ada la kt dlm forum ni..Bila lockdown, argue keberkesanan lockdown. Bila dah bagi keluar rumah, suruh vaksin, argue pulak keberkesanan vaksin.
Quote darkness 15-6-2021 05:41 PM
Ada benarnya
Quote batmana 15-6-2021 05:42 PM
anwar pn klu nk bantu, elok transform jadi cm ebit ajala, pi derma apa2, msti org ramai support..
Quote LoveSungmin 15-6-2021 05:44 PM
so nak biar rakyat mati kena covid ke? or nak sistem kesihatan lumpuh? bodoh punya gay tua
Quote syaz_lina 15-6-2021 05:46 PM
Nak repeat idea sengal pinjam offshore IMF lettew..dulu dah kena tendang tak serik2 lg
Quote wirazam 15-6-2021 05:51 PM
msdummy.2018 replied at 15-6-2021 10:53 AM
Amboi sedap ckp, kalo pinjam pun pinjamlah...fuhhh

Kann...idea dah oklah..cuma tang solution Tu salah..patutnya ckp kena sita harta sapa sapa yg tak byr tax lhdn yg berjumlah billion 2 tuh...hahaha..
Quote wirazam 15-6-2021 05:52 PM
batmana replied at 15-6-2021 05:42 PM
anwar pn klu nk bantu, elok transform jadi cm ebit ajala, pi derma apa2, msti org ramai support..

Setuju...skrg nampak saddiq yg kehadapannn
Quote zie_indah 15-6-2021 08:03 PM
Bising betol atuk nuar ni
Quote tripleid 15-6-2021 08:06 PM


Dah buat PKP 3 kali..
Dan berkali-kali buat PKPB, PKPP, PKPD,
termasuklah buat DARURAT..

tetapi kerajaan masih gagal kawal & bendung COVID-19 dlm negara ??!

TIBA-TIBA.. baru sekarang nak merangka pelan pemulihan COVID-19 pulak ?

#KerajaanGagal
#PMlembab
Quote MissYouSayang 15-6-2021 08:21 PM
Apanama depa kata bangnon haramjadah ka apanama haramjadah depa dok kata dok pusing2
Quote msdummy.2018 15-6-2021 08:48 PM
tripleid replied at 15-6-2021 08:06 PM
Dah buat PKP 3 kali..
Dan berkali-kali buat PKPB, PKPP, PKPD,
termasuklah buat DARURAT..

Lembap dia mengalahkan siput babi.ms kes 1k xnk bendung..nk cpi 1pk br nk pkp bagai?lembap!!!!
Quote theotherfriend 15-6-2021 08:52 PM
Sejak Mac 2020 apa yg bang non sumbangkan sewaktu rakyat dalam kelaparan?
Quote meisapoya 15-6-2021 10:06 PM
Sembang sembang sembang. Semuaaa sembang.
Quote pu3_rania 15-6-2021 10:41 PM
Si Anwar tak habis-habis dengan sembang kari dia

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.248150 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top