Dua diva popular Bollywood iaitu Kareena Kapoor dan Karisma Kapoor pernah berdepan kesukaran hidup ketika usia remaja selepas ibu dan bapanya berpisah.
Meskipun orang tua mereka tidak bercerai dan hanya membawa haluan masing-masing, Kareena berkata ibunya Babita Shivdasani membesarkan mereka adik-beradik tanpa sebarang bantuan kewangan daripada keluarga Kapoor. Mujurlah dalam tempoh sukar itu Babita ada terlibat jualan hartanah dan memiliki beberapa perniagaan kecil-kecilan. Justeru itu, Kareena berkata dia dan kakaknya dididik menjadi gadis yang mampu berdikari. Hubungan mereka sekeluarga bagaimanapun kembali pulih selepas Kareena dan Karisma mula meningkat dewasa. "Sekarang kami memiliki satu keluarga yang semakin utuh," katanya. Untuk rekod, Radhir Kapoor dan Babita berkahwin pada 1971 selepas terbabit cinta lokasi dalam filem Kal Aaj Aur Kal. Pasangan pelakon ini dilaporkan berpisah dan tinggal berasingan pada tahun 1988. Sejak beberapa tahun lalu, Radhir dikatakan sudah kembali bersama Babita. -CARI Sumber:mStar Online/ Hindustan Times
|
cikperiukkera replied at 16-6-2021 08:09 AM
Kat yindia kalau aktor senang2 jer letak rate berjuta aktress mmg susah...masih amalkn kasta mcm dor ...
anony-mous replied at 18-6-2021 08:08 PM
I pon rasa layak dia ni nk letak hrga juta2. Berapa byk filem dia box office? Heroin lain yg sezam ...
ADVERTISEMENT