Dua diva popular Bollywood iaitu Kareena Kapoor dan Karisma Kapoor pernah berdepan kesukaran hidup ketika usia remaja selepas ibu dan bapanya berpisah.
Meskipun orang tua mereka tidak bercerai dan hanya membawa haluan masing-masing, Kareena berkata ibunya Babita Shivdasani membesarkan mereka adik-beradik tanpa sebarang bantuan kewangan daripada keluarga Kapoor.
Kredit foto: Hindustan Times
Mujurlah dalam tempoh sukar itu Babita ada terlibat jualan hartanah dan memiliki beberapa perniagaan kecil-kecilan.
Justeru itu, Kareena berkata dia dan kakaknya dididik menjadi gadis yang mampu berdikari.
Karisma, Kareena, Babita, Kredit foto: Hindustan Times
Hubungan mereka sekeluarga bagaimanapun kembali pulih selepas Kareena dan Karisma mula meningkat dewasa.
"Sekarang kami memiliki satu keluarga yang semakin utuh," katanya.
Untuk rekod, Radhir Kapoor dan Babita berkahwin pada 1971 selepas terbabit cinta lokasi dalam filem Kal Aaj Aur Kal.
Pasangan pelakon ini dilaporkan berpisah dan tinggal berasingan pada tahun 1988.
Sejak beberapa tahun lalu, Radhir dikatakan sudah kembali bersama Babita. -CARI
Sumber:mStar Online/ Hindustan Times |