Kuala Lumpur: Prestasi hambar skuad Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika ini cukup membimbangkan.
Antara yang meluahkan rasa itu adalah pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bimbang dengan kemerosotan pasukan negara. Lantas, Tunku Ismail meminta izin dan menawarkan diri untuk mengendalikan serta menguruskan skuad kebangsaan dalam saingan antarabangsa selepas ini. "Kepada Presiden FAM, izinkan saya mengendalikan pemain dalam pasukan kebangsaan. Saya akan memberi mereka kemudahan latihan dan jurulatih terbaik. "Saya tidak dapat menjanjikan kejayaan segera, tetapi saya dapat memberi jaminan pasukan ini akan meningkat," katanya di laman Story Instagram miliknya hari ini.
Tawaran Tunku Ismail itu susulan kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh skuad kendalian Tan Cheng Hoe dalam empat aksi antarabangsa dilalui setakat ini. Daripada empat aksi itu, Malaysia tewas dua kali dalam aksi persahabatan di tangan Kuwait dan Bahrain dengan keputusan 1-4 dan 0-2. Prestasi longlai itu berterusan dalam dua aksi kelayakan apabila tumbang 0-4 kepada UAE sebelum kalah 0-2 dengan Vietnam pada Jumaat lalu. Ujar Tunku Ismail lagi, terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan kemerosotan mendadak pasukan meskipun skuad kali ini dilabel antara yang terbaik ekoran kehadiran tiga tonggak naturalisasi iaitu Guilherme de Paula, Liridon Krasniqi dan Mohamadou Sumareh. Malah, kekuatan skuad Harimau Malaya di atas kertas semakin ampuh apabila pertahanan kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools diumumkan sebagai pemain ke-26 pasukan. Katanya, beliau akan melakukan perkara sama yang dilaksanakan di JDT sekiranya diberi tanggungjawab untuk menguruskan pasukan negara. "Anda ingin tahu apakah perkara pertama yang saya buat di JDT? Saya mengawal akses atau pasukan. "Dari media, wartawan, syarikat, dan juga pemain menggunakan media sosial," kata bekas Presiden FAM itu. Ujarnya lagi, beliau juga akan memastikan kriteria pengambilan pemain naturalisasi diperketatkan bagi membolehkan mereka yang terbaik sahaja menyarung jersi Malaysia. "Ketika ini menjalankan tugas negara bukan lagi misi atau tugas besar bagi sesetengah pemain. Ia seperti percutian musim panas, sistem mesti berubah. "Lepas ini naturalisasi jangan sebarang sebarang. Akan dikendalikan dan dianalisis oleh pasukan teknikal pasukan kebangsaan. Sama ada pemain sesuai dengan gaya permainan kita".-CARI Sumber: Harian Metro |
axl_bach replied at 14-6-2021 10:31 PM
Telo Vingada The Professor jadah tu bukan yg terbaik ke?
Sembang lah, ramai player JDT yg main di ...
ResellerMaxis replied at 14-6-2021 10:39 PM
Jangan lupa zaman kegemilangan bola sepak negara masa tmj jadi presiden fam.
grouper replied at 14-6-2021 10:31 PM
Bukan dia pernah jadi presiden fam ke dlu....hmmm
dizekni replied at 14-6-2021 10:41 PM
Setuju
jdt dah terbukti from zero to hero
axl_bach replied at 14-6-2021 10:34 PM
Pada masa sama Tunku Ismail turut mencadangkan FAM tidak memberi status naturalisasi kepada mana-man ...
axl_bach replied at 14-6-2021 10:43 PM
utk liga M yer lah..
Formula :
ResellerMaxis replied at 14-6-2021 10:44 PM
Teringat zaman iol minat jdt dulu. Ada satu musim pahang jadi pencabar jdt. Time tu gopinathan jad ...
axl_bach replied at 14-6-2021 10:43 PM
utk liga M yer lah..
Formula :
ResellerMaxis replied at 14-6-2021 10:44 PM
Teringat zaman iol minat jdt dulu. Ada satu musim pahang jadi pencabar jdt. Time tu gopinathan jad ...
dizekni replied at 14-6-2021 10:46 PM
Tak banyak pilihan
urus bolasepak ni memang kena guna cara bisnes besar
axl_bach replied at 14-6-2021 10:31 PM
Telo Vingada The Professor jadah tu bukan yg terbaik ke?
Sembang lah, ramai player JDT yg main di ...
ADVERTISEMENT