CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Akan mati lepas 2 tahun ambil vaksin? Awak kawan malaikat Maut ke?" - bidas Doktor Malar

11-6-2021 07:26 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 13845| Komen: 111




Ketika seluruh dunia sedang dalam keadaan getir berdepan virus maut Covid-19 dan vaksin pula menjadi ikhtiar terbaru, masih ada lagi segelintir manusia yang mengeluarkan dakyah tidak berasas mengenai vaksin yang dikatakan boleh memudaratkan.

Kenyataan yang tidak berasas ini telah menimbulkan kegusaran dan ketakutan kepada orang ramai untuk mengambil vaksin bagi mengurangkan kesan buruk kepada kesihatan jika terkena Covid-19 dimasa akan datang.

Bukan sahaja ada dakwaan vaksin mengandungi mikrochip, malah ada pula kenyataan terbaru mengatakan kesan vaksin akan membuatkan penerima vaksin maut dalam masa 2 tahun akan datang.

Tampil menjawab kenyataan tular yang dianggap paling mengarut pernah didengarinya, Dr Malar dengan lantang membidas individu-individu tidak bertanggguhjawab menyebarkan dakyah tersebut.



"Saya nak mengambil kesempatan ini untuk mejawab soalan yang best ini"

Apa komen doktor tentang kalau ambil vaksin akan mati dalam masa 2 tahun?

"Saya nak tanya eh, siapa yang mula-mula sebar berita ini? awak dapat email ke dari malaikat maut ke?"

"Ke awak ni kawan baik malaikat maut, mana awak dapat berita lepas 2 tahun akan mati kenapa tidak tiga tahun? kenapa bukan setahun setengah? kenapa bukan 2 bulan, kenapa kena 2 tahun jugak? saya tak faham", soal doktor Malar.

Tambahnya lagi, mati adalah rahsia sejak dari zaman Nabi Adam A.S lagi.

"Pandai-pandai je, eh mati ni sejak dari zaman Nabi Adam tak ada siapa tahu siapa mati bila. Yang awak ni pandai-pandai sangat nak jadi "assistant" Tuhan ni pasai pa?"

"Awak ingat vaksin tu apa? benda alah kecil cinonet tu yang korang dok takutkan. Yang arak banyak-banyak tu korang tak takut? tak pernah pula cakap kalau ambil arak akan mati dalam masa 2 tahun? 

Kalau ambil rokok boleh mati dalam masa 4 tahun? Tak pernah pula korang sebar benda-benda macam tu dekat Whatsapp? vaksin juga yang difitnahnya " jawabnya tegas.

Jawapan pedas menusuk kalbu dari Dr Malar mendapat sokongan netizen.


Untuk info, Doktor Malar Santhi Santherasegapan merupakan seorang doktor bilik kecemasan (ER) di Columbia Asia Hospital di Cheras dan kerap berkongsi ilmu kesihatan, pengalaman dan tip memerangi Covid-19 serta penerangan mengenai vaksin di Facebook rasminya "Celoteh Dr Malar". - CARI

1

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 11-6-2021 07:29 PM
Deyy aci..  Ajal di tangan tohan.  Ko tengok kavadi Thaipusam.  Cucok sana cucok sini pon tarak mati punye..  Itu pon tak tau.  Chaitttt!!
Quote URUHA 11-6-2021 07:38 PM
Makhluk yg duk kata akan mati lepas 2 tahun amik vaksin tu PA tuhan ke? Kemahen lagi siap tau ajal org lain. Agak2 yg x amik vaksin tu mati bila pulak?
Quote MeghanK 11-6-2021 07:46 PM
iols suka dr malar ni..dengar dia potpet2 tu best
hari ni ada sorang pakcik pegi vaksin siap mention dr malar..comel je
Quote ifanonline 11-6-2021 07:47 PM
dr. malar ni andartu ke?
Quote Mopiko 11-6-2021 07:55 PM


muda lagi kot ni.ntah2 dah berlaki

Quote MeghanK 11-6-2021 07:56 PM
ifanonline replied at 11-6-2021 07:47 PM
dr. malar ni andartu ke?


dr malar ada 2 anak
Quote ifanonline 11-6-2021 07:56 PM
Mopiko replied at 11-6-2021 07:55 PM
muda lagi kot ni.ntah2 dah berlaki

doktor jarang muda, at least 28 tahun...kategori andartu junior dah tu
Quote ifanonline 11-6-2021 07:57 PM

owh ok...bini tambi...
Quote pyropura 11-6-2021 08:10 PM
Duktur koliang ni dah hina islam. Jangan memandai2 masok campor ehwal igama urang ye?
Quote LautBiru52 11-6-2021 08:11 PM
Kalau kita ambik dari sudut positif betul la ape yang doktor ni cakap
Quote haruslah 11-6-2021 08:15 PM
Lg 2 tahun donia akan bersih
Dipenuhi golongan suci
No more yg telah divaksin
Quote MeghanK 11-6-2021 08:18 PM
pakcik ni pon dah divaksin..anda bila lagi
Quote mclaren 11-6-2021 08:20 PM
tumpanglalu74 replied at 11-6-2021 07:29 PM
Deyy aci..  Ajal di tangan tohan.  Ko tengok kavadi Thaipusam.  Cucok sana cucok sini pon tarak mati ...

Betul lah sama macam apa yang dia maksudkan
Quote Moyangkucing 11-6-2021 08:42 PM
Edited by Moyangkucing at 11-6-2021 08:43 PM

Pernah juga baca pasal mati dalam masa 2 tahun ni. Tak ingat baca di mana... masa baca tu gerun la juga...
Quote Tinot7 11-6-2021 08:47 PM
Kenapa 2 tahun?
Quote slavehunter 11-6-2021 08:49 PM
Baru tadi aku baca posting kawan aku baru kena operate leher dia due to saraf leher kiri vocal cord mati, so kena ambik saraf kanan dan sambungkan untuk regenerate balik. Dan dia baru di Vaccine bulan May!
Camner tu? Nak dapat herd immunity tapi possibility leher korang kena operate? Nak tak?


-bukan anti,cuma berhati hati-
Quote slavehunter 11-6-2021 08:52 PM
Moyangkucing replied at 11-6-2021 08:42 PM
Pernah juga baca pasal mati dalam masa 2 tahun ni. Tak ingat baca di mana... masa baca tu gerun la j ...

Baik you hibahkan harta harta ismet ulam raja you kat i, duit duit dalam account kepulauan Cayman tu semua bagi kat i. Ada gak pekdahnye.
Quote aechae 11-6-2021 08:53 PM
Now siapa meninggal setahun 2 ni, mmg jd modal org gila buat cerita ye... harap2 x blk kt diri sndri n family sndri lh. Org kata buat dosa kering
Quote hyie 11-6-2021 08:56 PM
seronok dengar sheols bercakap kat tv1 beberapa hari lepas dalam rancangan Bual Dulu 7pm. Sangat bermaklumat.

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.118425 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top