CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Hafal Surah Al-Mulk Dan Al-Kahfi, Berpuasa ,"-Amar Baharin Ajak Banyakkan Amalan

11-6-2021 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2919| Komen: 16

Description: Pelakon Amar Baharin mengajak orang ramai untuk melakukan perkara-perkara baik sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) bagi memutuskan rantaian Covid-19.
Pelakon Amar Baharin mengajak orang ramai untuk melakukan perkara-perkara baik sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Amar berkata, antara amalan yang boleh dilakukan adalah menghafal surah al-Mulk dan al-Kahfi. "Nasihat saya kepada semua sepanjang 'lockdown' ini supaya sentiasa mengamalkan cara hidup sihat ketika berada di rumah. Cuba buat sesuatu yang bermanfaat yang mungkin kita jarang dapat buat sebelum ini kerana kekangan masa.

Foto: IG

"Contohnya hafal surah al-Mulk dan al-Kahfi, berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau puasa Hari Putih, banyakkan solat-solat sunat seperti tahajjud, witir, dhuha dan hajat. Bagi yang memasak, boleh cuba menu-menu baharu untuk keluarga," katanya.

Dalam masa sama, Amar yang juga suami pelakon Amyra Rosli terpaksa akur dengan penundaan sesi penggambaran drama Hati Yang Dikhianati (HYD) yang kini ditayangkan menerusi slot Tiara setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.


Keputusan terbabit sekali gus memberi kesan kepada slot jadual siaran drama itu yang juga terpaksa direhatkan buat sementara waktu bagi episod ke-41 dan seterusnya bermula Isnin lalu.

"Agak terkilan kerana terpaksa ditunda. Namun, kami reda dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan supaya kita sama-sama dapat mengawal kadar kebolehjangkitan Covid-19 untuk kebaikan kita bersama.


"Saya mewakili penonton-penonton setia HYD mengharapkan supaya tayangan HYD dapat diteruskan setelah semuanya beransur pulih, insya-Allah," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 11-6-2021 12:55 PM
Dia ni acah banyak la lately ni. Sangkak hina orang xtau psl dishwasher. Padahal dia yg bodoh.
Quote Pak.dolla 11-6-2021 02:08 PM
Untung dia ni dpt bini cantik pelakon popular tutup aurat dan tak gedik..
Quote Masukkeluar 11-6-2021 02:09 PM
yg ni pn sama..better stop belakon cari job lain. dh berkopiah ni semua tak sesuai dh berlakon atas katil dgn bini org. lol.
Quote akuHavocczz 11-6-2021 04:12 PM
Bukan aku hasad dengki tengok orang naik jadi baik. Tapi ni jenis buat baik asyik nak rakam. Ramai lagi artis hafal alquran / surah tapi rilek je.
Quote eely_shana 11-6-2021 11:32 PM
Baguslah...benda baikkan
Quote Rogue98 11-6-2021 11:49 PM
Apa job si Amar ni....sendu...dah lah cepat sentap...nampak amyra jer ke hulu ke hilir kerja ...masak etc....
Quote ImpianSeroja 12-6-2021 12:27 AM
Semoga terus istiqamah
Quote AcikLijah 12-6-2021 12:39 AM
Alhamdulillah benda baik kan..
Quote Nozot 12-6-2021 03:37 AM
so..macam nak jual produk je @ drama sendu..buatla rambut macam kpop tak jadi pun tetap turn off lakonan. Btw kenapa dia boleh jadi hero ya, turn off sungguh bila tertengok drama dia, tak ada soul.
Quote Nozot 12-6-2021 03:40 AM
Rogue98 replied at 11-6-2021 11:49 PM
Apa job si Amar ni....sendu...dah lah cepat sentap...nampak amyra jer ke hulu ke hilir kerja ...masa ...

ada drama dia yg kena stop sebab covid..katanya dari drama mistreshermanas, tapi tak sesuai sagat hero n heroinya.Kenapala ambil yang tak ada commercial value berlakon. Cerita ti dah best dah. Lepas tu ada lagi drama lakonan  dia juga dengan ex zara zya...pun  sangat turn off. Tak ada yg helok lagi ke nak tengok. Syafiq kyle ke, aedy ashraff ke..ya g kayu juga yang laku
Quote imanda 12-6-2021 04:40 AM
smp laa ni tertanya2 knp amyra blh syok n terkawin dgn heols.. why why...?
Quote Rogue98 12-6-2021 07:36 AM
Nozot replied at 12-6-2021 03:40 AM
ada drama dia yg kena stop sebab covid..katanya dari drama mistreshermanas, tapi tak sesuai sagat  ...

Dia tu budget hensem kut sebab dapat amyra...nak watak hero jer tapi berlakon
kayu. Skrg terpaksa kaut lah apa2 job pun sebab nak dapat nak ke3.n baru beli rumah.
Quote yondu 12-6-2021 08:25 AM
x blh tgk la muka dia ni. ada 1 rupa rasa nak maki2. sbb x hensem kot. knp ramai pmpn cm suka dia eh.muka dia dgn cara ckp dia yg lidah pendek lepas x lepas je ckp tu sgt la menyakitkan hati ini. x prnh tgk dia berlakon sb x suka tgk muka dia
Quote imanjannah 12-6-2021 08:44 AM
moga istiqomah
Quote SweetRehan 12-6-2021 10:04 AM
Tak lama lagi kita akan tgk pic sembahyang berjemaah dik qiempropa pulek ...
Quote Cekgushilla 12-6-2021 06:56 PM
Nozot replied at 12-6-2021 03:40 AM
ada drama dia yg kena stop sebab covid..katanya dari drama mistreshermanas, tapi tak sesuai sagat  ...

Tak sangka santiago ortega msia adalah ammar bahrin dan lisa estrada ialah sapa tu tak kenal hahaha
Dulu top sgt kot cita tu santiago tu kira plg ensem la
Nseb cita 23 thn lps so bbnu tak tau cita ni

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.192839 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top