Bagi yang pernah menonton filem berjudul Pasrah, sudah pasti mengenali dengan watak hero filem tersebut, Hafsham yang dilakonkan Norman Hakim. Berkongsi cerita, pelakon tampan berusia 43 tahun ini mengimbau kenangan saat digandingkan buat kali pertama bersama primadona alaf baru ini menerusi filem yang diterbitkan lebih 20 tahun lalu.
Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon mendedahkan, dia ketika itu berasa kagum dengan semangat serta komited yang ditonjolkan bintang berkenaan. “Bila imbau kembali kenangan apabila bergandingan dengan Erra Fazira, saya rasa sangat seronok dapat bergandingan dengannya dalam satu naskhah. “Pengalaman berlakon bersamanya juga sangat mudah dan kami berdua ada keserasian bersama bila di hadapan lensa. “Selain memiliki bakat besar, Erra bagi saya merupakan pelakon yang komited dan kerja kerasnya dalam dunia lakonan boleh dipuji,” katanya.
Norman yang dicungkil bakatnya menerusi Pencarian Hero Remaja juga mengakui sikap kerja dimiliki Erra boleh dijadikan panduan buat pelakon baru. “Ini antara satu sikap yang saya kagum mengenai Erra dan patut dijadikan contoh kepada pelakon lain juga,” katanya kepada MH.
|
EjenAlisya2 replied at 10-6-2021 01:23 PM
Yelahhhh tu. Padahal normiang SS. Pastu yebbi lak dikatakan kembar ratu. Maka disauknya la dia khuen ...
MontanaHannah replied at 10-6-2021 09:39 PM
sunggu laaaa ,kalau nak kenang kenangan ko dgn abby org akan ingat kisah laki bini bergaduh bawah ...
Rogue98 replied at 10-6-2021 10:46 PM
Geli aku tengok dia ni...teringat kes khalwat dgn anak dara orang...siap lari panjat bumbung...ntah ...
ADVERTISEMENT