Penyanyi Aizat Amdan, 32, tidak menyangka lagu sulungnya berjudul The Last Thing untuk pasaran antarabangsa diperdengar dalam program kelolaan Zane Lowe di Apple Music, semalam.
Kini menjenamakan diri sebagai AI.Z, Aizat berkata, dia sendiri terkejut lagu itu dipilih sedangkan pelancaran rasmi lagu ciptaannya bersama Yuna dan terbitan Kuizz itu sepatutnya dibuat, Sabtu ini. "Sekian lama saya mengimpikan untuk menembusi pasaran antarabangsa, tak sangka rezeki itu datang cepat selepas Lowe mainkannya dalam program beliau. Semestinya perasaan saya sukar digambarkan. "Saya ingat ia akan mengambil masa bertahun-tahun untuk mampu berbuat demikian. Apatah lagi saya sendiri baru saja bertatih untuk mencuba nasib di pasaran antarabangsa.
|
SecretLuv replied at 10-6-2021 10:43 AM
Masuk antarabangsa kena perangkan rambut ke
SecretLuv replied at 10-6-2021 10:43 AM
Masuk antarabangsa kena perangkan rambut ke
kakakpositifker replied at 10-6-2021 12:34 PM
maaf bertanya. boleh solat tak kaler kaler rambut inih
ADVERTISEMENT