Warisan negara yang dikelaskan sebagai Rizab Biosfera UNESCO dan tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia, Tasik Chini kini terancam akibat kegiatan eksploitatif seperti perlombongan di sekitar kawasannya. Pelakon kelahiran Temerloh, Amerul Affendi turut berasa sedih dengan apa yang berlaku. Walaupun merasakan "tidak layak" untuk memberikan teguran atas apa yang berlaku, beliau berharap akan ada tindakan wajar daripada pihak berkuasa agama khususnya Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim). Berkongsi di Twitter, Amerul berkata, adalah tidak menarik melihat pemandangan kawasan di sekitar tasik kedua terbesar di Malaysia itu 'tidak diterangi' secara keseluruhan. Sebelum ini, MalaysiaKini melaporkan Kerajaan Negeri Pahang meluluskan kerja melombong di sekitar Tasik Chini kepada sebuah syarikat berkaitan keluarga diraja di sebalik rancangan kerajaan negeri yang didakwa mahu memulihkannya. Difahamkan, tapak perlombongan baru yang terletak hanya kira-kira tiga kilometer dari Tasik Chini memburukkan lagi keadaan tasik itu yang kebelakangan ini bergelut dengan masalah pencemaran akibat perlombongan dan pembalakan. Terkenal dengan mitos kewujudan naga dan destinasi tarikan eko pelancongan, apakah nasib Tasik Chini yang kini semakin kelam dek penerokaan tanah serta perlombongan terus berleluasa? - CARI
|
Normabaru replied at 8-6-2021 09:00 PM
Dah tu tiga periuk nk bg makan. Klu sekor2 makan jimat xpe.. Ni sume nk gah mewah segala.. Terpaksa ...
Vivagirl replied at 9-6-2021 01:26 AM
Semoga kena sumpahan naga tasik chini
ADVERTISEMENT