CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

TMJ berhasrat sambar Dion Cools

5-6-2021 01:05 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2726| Komen: 9

Description: Kuala Lumpur: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui berhasrat untuk membawa masuk tonggak kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools bagi memperkuatkan skuad Harimau Selatan ...



Kuala Lumpur: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui berhasrat untuk membawa masuk tonggak kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools bagi memperkuatkan skuad Harimau Selatan.

Katanya, Cools yang juga pemain pertahanan kelab Denmark, FC Midtjylland jelas berjaya memikat perhatiannya dan tahap permainan tonggak serba boleh itu berada pada kelas tersendiri.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Cools untuk membuat keputusan, sambil akui masa depan pemain berusia 24 tahun itu cukup cerah di pentas Eropah.

"Peringkat yang berbeza. Pemain yang bagus. Perancangan untuk bawa ke JDT sudah lama tetapi itu terpulang kepada pemain tersebut.


"Buat masa ini dia masih muda dan lebih baik bermain di Eropah di peringkat tertinggi seberapa lama yang beliau mampu," katanya ketika menjawab soalan peminat di laman Story Instagramnya, hari ini.

Selain beraksi di Liga Denmark, Cools juga berpengalaman merasai saingan Liga Belgium serta turut membuat penampilan di Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Dia juga pernah menyarung jersi skuad remaja Belgium dalam beberapa kejohanan antarabangsa sebelum memutuskan untuk memilih skuad Harimau Malaya di peringkat senior.

Begitupun penampilan sulung Cools bersama Malaysia berakhir kekecewaan apabila skuad negara tumbang 0-4 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, semalam.



Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aikiko 5-6-2021 07:05 AM
Hhmmm...da agak da
Patutla
Quote wasssup27 5-6-2021 07:08 AM
Edited by wasssup27 at 5-6-2021 07:09 AM

tak ada maknanya. tmj pon tahu cools level lain. kena tunggu cool 35+ itu pon kalau prestasi dia merosot.
Quote boyagombak 5-6-2021 04:40 PM
X payahla Dion Cools, kau balik main Liga M bukan boleh bawak kemajuan, silap2 berkaratla ddk bangku simoanan..Aku rasa bila Cools dh rasa main dgn team HM masa lawan UAE tu, dia pun dah cuak main diliga M? Setakat itu sahajakah prestasi HM, kena lauk daun dgn UAE 4-0..Cuma Dion, Farizal, Shapik Ahmad yg bersungguh2, harapkan striker Mat Don jambang, DPaula Lemau hanya berjogging lenggang kangkung, harap bola sampai kekaki bila terlepas malas nk kejar balik...Hampeh punya Nutralibasi, buat peghabeh bogheh..ddk dkt Perak pun sakit hati...main hanya kerana fulus, sekarang jdt dah kena scam dgn mamat ni, masa lawan jdt pulun score sbb nak berhijrah ke jdt bayar mahal...skrg dh ikat kontrek dgn jdt korang rasalah, lps ni dia main ala kadar shj, ddk bench pun x kisah mcm lokal2 star lain yg dilabu peramkan...lingkop bolasepak Malaysia sbb Nutralibasi yg x ada semangat patriotik, main hanya kerana fulus...
Quote LadyCarefree 18-8-2021 10:33 AM
iols bukan peminat bola tp kenapa perlu nak amek pemain bukan rakyat msia? Bazir duit. Apa nak dibanggakan kalau bukan anak jati or at least pun rakyat msia la. Entahlah. Lagi2 zaman gini duit tu bantu rakyat johor la.
Quote cm_vungtau 18-8-2021 10:41 AM
Bangga ke kalau menang tapi orang dalam tu bukan orang Johor?
Quote MontanaHannah 18-8-2021 10:57 AM
Bagaikan helang bisa menyambar


bawa Cristiano Ronaldo ke mari , jodoh dia ada di Malaysia  tengah breakfast tunggu dia datang.
Quote mxsssgi81 18-8-2021 11:16 AM
Asal ade kacukan Malaysia oversea boleh la..wt koleksi..amik jawa caprut ape kelas khen..drama kampungan nk kene melayan..koser pulak..
Quote Babai 18-8-2021 11:17 AM
boyagombak replied at 5-6-2021 04:40 PM
X payahla Dion Cools, kau balik main Liga M bukan boleh bawak kemajuan, silap2 berkaratla ddk bangku ...

Muahahahaha
Quote Babai 18-8-2021 11:18 AM
MontanaHannah replied at 18-8-2021 10:57 AM
Bagaikan helang bisa menyambar



Hahahahaha

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.046234 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top