CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Jangan Sekat Kandungan Pro-Palestin' - Kakitangan Facebook

4-6-2021 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1953| Komen: 6

Hampir 200 kakitangan Facebook menandatangani surat mendesak syarikat memberi perhatian terhadap aduan suara pro-Palestin disekat oleh sistem penyederhanaan kandungan laman sosial itu.



Menurut laporan The Financial Times, surat itu mendesak barisan kepimpinan Facebook untuk memperkenalkan langkah-langkah baharu bagi memastikan kandungan pro-Palestin tidak disekat atau dipadam, seperti yang berlaku ketika serangan di Gaza baru-baru ini.

Kakitangan Facebook turut meminta pihak pengurusan untuk mengenakan sistem audit daripada pihak ketiga terhadap penguatkuasaan kandungan melibatkan Arab dan Muslim.

Ia turut merujuk kepada satu muat naik oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menyifatkan warga Palestin sebagai pengganas.

Surat berkenaan pada masa sama turut menggesa agar para eksekutif Facebook untuk menubuhkan pasukan khas untuk "menyiasat dan menangani kemungkinan berlakunya berat sebelah" dalam sistem penyiaran kandungannya.


Menurut laporan, surat tersebut telah menerima kira-kira 174 tandatangan tanpa nama pekerja-pekerja yang tidak berpuas hati dengan pihak atasan di Facebook.

"Kami yakin Facebook boleh dan harus melakukan lebih banyak perkara untuk memahami pengguna dan berusaha untuk membina semula kepercayaan mereka,” kata surat berkenaan.

Ketika serangan Israel di Gaza bulan lalu, Facebook melabelkan kata-kata yang digunakan oleh pengguna Palestin, seperti "syahid" dan "jihad", sebagai perkataan berunsur hasutan dan berkaitan keganasan.

Facebook juga telah menarik semula catatan mengenai Masjid Al-Aqsa selepas tersalah kait tempat suci itu sebagai pusat organisasi pengganas.

Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote totokreturn. 5-6-2021 10:22 AM
sekarang baru kita tahu mark zukiberg zionist
Quote Sham143 7-6-2021 07:44 AM
Edited by Sham143 at 7-6-2021 07:48 AM

Sebenarnya Facebook ni pro-Israel.. Mark Zuckenberg tu yahudi kalau tak silap aku..
Quote Janjimanismu123 7-6-2021 08:02 AM
Akhir zaman
Quote hayrin86 7-6-2021 08:41 AM
Dua akaun FB aku kena ban.. Kenapa nih..
Quote notM 7-6-2021 09:01 AM
Buang je kerja siapa pro-Palestin tu.

Viva Israel!
Quote notM 7-6-2021 09:02 AM
Patut la Facebook Aku dah kurang friend 4 orang...penyokong Palestine YG kena ban akaunnye lah tu...elok deactivate terus.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.030471 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top