CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Cameron Highlands Jadi Pekan Koboi - 'Strawberi, Jagung, Ubi Siapa Nak Makan?'

4-6-2021 01:49 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12040| Komen: 59|Original author: Oleh" Cari-Azza





Akibat pandemik Covid-19, banyak industri terkesan ekonominya termasuklah industri perlancongan. Malahan, banyak lokasi yang dahulunya sesak kini suram dek ketiadaan pengunjung.

Seorang pengguna platform TikTok, Ekin Ramli berkongsi video mengenai kunjungannya ke Cameron Higlands sebelum 'total lockdown' baru-baru ini.

Perkongsiannya tular dengan paparan pasar yang sunyi, buah strawberi dan sayuran juga tidak diusik walaupun segar belaka. Apatah lagi para penjual yang seakan terdesak memanggilnya membeli barangan jualan mereka juga membuatkan penonton berasa sayu.




Foto :Tik TOk

Menurut Ekin yang sudah empat tahun tinggal di Cameron Highlands, pasar kea Farm yang sentiasa sesak di hujung minggu kini lengang.

"Masa pergi tu memang takda orang, saya seorang ja. Dan memang beberapa buah kedai saja buka. Yang lain tutup atau pun gulung tikar."


Foto : Tik Tok

Menurut Ekin lagi, dia ingin membantu peniaga di sini melakukan barangan peniaga dan memang banyak permintaan daripada mereka yang di luar Cameron Highlands inginkan buah strawberi, tetapi ianya tidak dapat dilakukan kerana bimbang rosak dalam perjalanan.

Bagaimanapun sayur-sayuran seperti jagung dan ubi boleh dipertimbangkan kerana ianya lebih tahan lama.



Foto : Tik Tok

Diharapkan pandemik Covid-19 ini cepat-cepat berlalu agar ramai yang boleh memulakan kehidupan seperti biasa kembali. Agak-agak bila ya dengan situasi politik tidak menentu sekarang? - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kivio 4-6-2021 01:56 PM
Aik, waktu musim cuti sebelum ni kaya-raya semua duit joli ke?

Quote whimsicalmusic 4-6-2021 02:05 PM
nak order tp takut risiko rosak kena peram kt courier je..
Quote Missrarara 4-6-2021 02:15 PM
Cepat la malaysia ni bebas covid
Quote nazzse 4-6-2021 02:20 PM
Buah, sayur2 tu kat cameron je manis, turun bawah terus masam, tawar.

Beli kena habiskan terus kat atas baru berbaloi.
Quote sharlenetexas 4-6-2021 02:30 PM
Orang kaya dermawan sila beli sedekah kat zoo. Sebab simpan lama2 takut lebam rosak.
Quote belacan_gurl 4-6-2021 02:45 PM
Huiii sedap nya strawberry kering...lama x mkn...aku kalo mai sana beli benda tu sesaja ... Buah strawberry xlayan sbb masam... Kalo hat jenis kering.. perghhh rasa can makan asam masin yg sedap
Quote helicornia 4-6-2021 02:55 PM
pelik la.dh tau kt sana terlebih supply, kenapa tk edar ke seluruh negara. wpun pkp edaran brg makanan pertanian masih boleh kan
Quote biozipstar 4-6-2021 02:56 PM
kalau nasi kandar penang ada transporter, cameron tak ada ke siapa2 nak jadi transporter??
Quote Artemesiaa 4-6-2021 03:19 PM
Kalau ada yang nak bawak turun ke Lembah Kelang pasti ramai yang nak beli.  Geng Harum Manis boleh buat takkan geng Cameron tak boleh.
Quote Cari-Azza 4-6-2021 03:22 PM
Artemesiaa replied at 4-6-2021 03:19 PM
Kalau ada yang nak bawak turun ke Lembah Kelang pasti ramai yang nak beli.  Geng Harum Manis boleh b ...



Kan? Betul tu, mesti ramai ja yang nak beli


Quote cyber_mania 4-6-2021 03:23 PM
Ala bukan PKP kali pertama. Mcm biasalah buka order online.
Mak aku order mangga Perlis, 24 jam dah sampai kat rumah.
Quote AznieBunnie 4-6-2021 03:32 PM
nazzse replied at 4-6-2021 02:20 PM
Buah, sayur2 tu kat cameron je manis, turun bawah terus masam, tawar.

Beli kena habiskan terus k ...

selalu usung polisterin box tu, isi ais ketul, letak buah/sayur then tutup bawa balik bawah.
tu je cara nak pastikan rasa tak terjejas...
Quote Mulotkoyak 4-6-2021 04:02 PM
Bagus gak kekdg pandemik cmni.. Bg bukak mata sikit peniaga yg tamak kat luar sana tuh. Jual harga yahudi, product plak sampah ke daun... Tu pun masih lg xfhm bhs tuhan dh tarik nikmat ko. Masih jugak ko degil.
Quote sribayu 4-6-2021 04:59 PM
Padan muka Yang bukak kebun haram. Biar X dapat balik modal
Quote potpetpotpet 4-6-2021 06:51 PM
Iolls selalu je beli jagung susu from cameron thru shopee.
So far i beli semua elok2 manis2 sedap nyaaaa.

Maybe kurang promosi kot. Boleh je benda macam tu jual online.
Quote ReginaGeorge 4-6-2021 07:58 PM
There must be a way la untuk hantar makanan ni kat bawah. Takkan nak biar rosak. Sayangnyq especially strawberry tuh
Quote KIM.K 4-6-2021 08:07 PM
nazzse replied at 4-6-2021 02:20 PM
Buah, sayur2 tu kat cameron je manis, turun bawah terus masam, tawar.

Beli kena habiskan terus k ...

Biar betul rasa macamtu
Quote KIM.K 4-6-2021 08:09 PM
cyber_mania replied at 4-6-2021 03:23 PM
Ala bukan PKP kali pertama. Mcm biasalah buka order online.
Mak aku order mangga Perlis, 24 jam dah ...

Diorg pakai kurier apa
Quote Pikapikachu 4-6-2021 08:23 PM
Strawberry tu boleh buat homemade jam. Then jual kat shopee

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.092713 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top