CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wan Sharmila dan ramai lagi artis jadi mangsa akaun porno

27-5-2021 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3376| Komen: 3|Original author: Raline


WAN Sharmila berang apabila fotonya sidalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab.

Wan Sharmila jadi mangsa akaun porno

PETALING JAYA – Pelakon, Wan Sharmila berang apabila menjadi mangsa sebuah akuan Instagram palsu yang membuat suntingan gambarnya dalam keadaan mengaibkan.

Katanya, pihak tidak bertanggungjawab itu turut menjadikan artis lain sebagai mangsa menerusi kaedah mencantumkan gambar wajah mereka dengan tubuh bogel orang lain.

“Tolong laporkan akaun Instagram ini. Edit gambar bogel atau porno, lepas itu letak muka artis perempuan. Boleh pula hantar gambar-gambar itu pada saya.

“Ada banyak pula (gambar). Meloyakan! Minta tolong ye pada semua (melaporkan),” katanya menerusi hantaran di Instagramnya, baru-baru ini.



Enggan berdiam diri, bintang 7 Hari Mencintaiku itu membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Wan Sharmila atau nama sebenar, Wan Sharmila Wan Mohamed, 39, bukan satu-satunya mangsa akaun berkenaan, antara artis lain yang turut ‘terkena’ adalah Mira Filzah dan Anis Nabilah.

Di ruangan komen, chef selebriti, Anis Nabilah mendedahkan dirinya turut berdepan isu serupa malah selain laporan kepada SKMM, dia juga mahu membawa kes ini ke pihak polis.

Bagaimanapun, difahamkan akaun berkenaan sudah dipadamkan apabila tidak lagi dijumpai dalam laman sosial tersebut. – K! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 27-5-2021 08:08 PM
kesian nya.... pkai tudung pun boleh kena
Quote pxlbb 28-5-2021 10:27 AM
So pakai la niqab utk elak fitnah

Takpun jadi mcm aku tak reti share wajahku yg jelita ni kat medsoc

Bertenggek kat porom jahhh kekal privacy
Quote biozipstar 28-5-2021 01:36 PM
moga dijaga aibnya ....

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.031688 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top