CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki warga Malaysia ini kongsi video bersiar-siar bebas tanpa "face mask" di New Zealand, nikmatnya!

23-5-2021 01:40 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 32230| Komen: 238




Seluruh negara ketika ini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) ekoran peningkatan kes penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan apabila mencecah lebih 6 ribu kes harian.

Walaupun ramai menjangkakan PKP 3.0 akan "full lockdown" seperti PKP 1.0 namun selepas sidang khas, kerajaan mengumumkan hanya mengetatkan SOP ke atas sektor ekonomi dan sosial. Ini bagi mengelakkan ramai yang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan jika "full lockdown" dilaksanakan sekali lagi seperti PKP 1.0 dahulu.

Namun agak-agak anda bagaimana kehidupan di negara lain ketika ini ya! Adakah semua tempat juga sedang melaksanakan "lock down" seperti kita?

Video pendek yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @Hazwanrl ada jawapan tentang soalan diatas. Dalam video yang tular itu memaparkan kehidupan di Wellington, New Zealand ketika ini.


Menerusi video berdurasi 1 minit 36 saat itu, dapat dilihat rakyat New Zealand sudah tidak perlu memakai pelitup muka dan bebas bergerak ke sana ke sini seperti kehidupan sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia.

Perkongsian video tersebut dikicau semula sebanyak 15.6 ribu kali dan mendapat 33 ribu tanda suka. Ada yang cemburu melihat kehidupan disana dan tak kurang juga mengharapkan dapat tinggal disana! itulah antara reaksi warganet.



Melihat video ini pasti timbul perasaan rindu zaman sebelum pandemik kan? Bebas kemana sahaja tanpa halangan dan peraturan.

Namun, jika ada sesetengah negara lain sudah mampu memutuskan rantaian Covid-19 hingga tiada kes baru, mengapa tidak kita? Yang penting kita rakyat Malaysia perlu sentiasa yakin, teruskan berdoa dan sentiasa menjaga SOP seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan.

Kita pasti boleh! Malaysia boleh!.


2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rastaf 23-5-2021 01:49 AM
rakyat dan kerajaan NZ  berdisiplin? tapi bab disiplin ni jepun lagi berdisplin rasanya.tapi lockdown jugak... kes pun manjang naik
Quote Normabaru 23-5-2021 02:02 AM
Poyo eh mamat ni..siap sembang sebab lps ni korg pkp so ko nk show off beli kentang??? Spesis batak.. Walhal msia negara ko kot.. Pastu ajet masakan sedap. Hahaha. Klaka dowh. Sendiri bikin sendiri puji. Xsimpati keadaan msia pon xpe.. Doa yg baik2 dah cukup..ni x.. Siap nk sembang sana xpki mask.. Haih. Jakun
Hrp fmly ko yg kt msia ni xdela ye mati sbb covid..else.. Ko nk blk pon blom tentu lepas. Pftt

Maaf kaka rengsek tgk spesis flex xde sensitivity ni..  
Quote kakikuDibibirmu 23-5-2021 02:04 AM
Selandia Baharu tersenyum sinis
Quote pyropura 23-5-2021 02:10 AM
Kat Niujilen mentori kesihatan nya dipecat sebab langgau SOP.
Quote CiliPadiSedap 23-5-2021 02:23 AM
rastaf: rakyat dan kerajaan NZ  berdisiplin? tapi bab disiplin ni jepun lagi berdisplin rasanya.tapi lockdown jugak... kes pun manjang naik

Dua negara wajar di cemburui new zealand and brunei.

Quote supernaturalee 23-5-2021 02:38 AM
Show off nmpk


Bkn ada timb menteri kita ke kt sini


Btw mamat ni..ehmm
Hensem


Quote jiwarasa 23-5-2021 02:56 AM
rastaf: rakyat dan kerajaan NZ  berdisiplin? tapi bab disiplin ni jepun lagi berdisplin rasanya.tapi lockdown jugak... kes pun manjang naik



PM NZ yg perempuan tu bagus.ingat lagi masa kes terorrist tembak kat masjid dulu.mungkin kerajaan dorang main fungsi..sini bukan tak ada daerah zon hijau aka zero case sebelum ni tapi dipanggil PKPP.tetap juga kena pakai mask.ntah bila zon hijau tempat kita akan bebas macam NZ ni
Quote shark 23-5-2021 03:04 AM
sana tak ada jahlop  
Quote LoveSungmin 23-5-2021 03:14 AM
poyonya
Quote Scheherazade 23-5-2021 03:23 AM
Untung la. Hopefully kita pun akan jd mcm tu jgk satu hari nnt (positive sgt ke aku nih?)
Quote anakjiran 23-5-2021 03:27 AM

jadi adakah disana masjid dibenarkan solat rapat dan tiada had? tolong kongsi pasal masjid sekali dik
Quote Mopiko 23-5-2021 03:36 AM
kenapa laki sekarang ramai suka buat video masak2. perempuan pulak joget2

btw untunglah.... but for me if duduk tempat dia i tetap homesick..rindu tanah kampung halaman..apatah lg masakan mak tersayang walaupun kena berSOP tak boleh rentas negeri bagai atleast tak rasa jauh beribu batu.  
Quote faraway1 23-5-2021 04:55 AM
Selepas dorang berusaha segala mala ikut skop dan dapat jalani kehidupan camtu hari ini, dorang memang layak berlagak suka hati.....

Quote dudaberhias 23-5-2021 05:31 AM
negara pulau apa nak herannya...
sana tak payah sanitize ke apa semua pun tetap la covid case takde sebab pulau dik...
sape nak boleh bawak masuk virus ke sana?
Quote mrsamz 23-5-2021 05:52 AM
Nz brunei takyah vaksin sgt sbb lockdown kaw2..malaysia je bodoh vaksin lembab pastu sombong taknak lockdown
Quote ninja9 23-5-2021 06:02 AM
dudaberhias replied at 23-5-2021 05:31 AM
negara pulau apa nak herannya...
sana tak payah sanitize ke apa semua pun tetap la covid case takde ...

Aku pun rasa betul lah kakak, sebab pulau senang nak kawal keluar masuk... kita ada jalan tikus, kalau dah main tikus2 ni kita dah boleh perangai orang ni, tak peduli sangat nak hindarkan covid, apalagi pti, lebih takut kena kejar polis dari covid ... but then jepun pun pulau, tetap mencanak naik ... very2 tricky this covid

Quote surfin_net82 23-5-2021 06:12 AM
Rasa NZ tutup border awal. Msia jaga org luar lebih..
Quote surfin_net82 23-5-2021 06:14 AM
mrsamz replied at 23-5-2021 05:52 AM
Nz brunei takyah vaksin sgt sbb lockdown kaw2..malaysia je bodoh vaksin lembab pastu sombong taknak  ...

Duit wasted beli vaccine...sebab rakyat n menteri xreti disiplin.. dulu kita jaga kita..skrg kita jaga famili kita je la
Quote rosmahisham 23-5-2021 06:25 AM
Ensem jgk adek ni..manis senyumannye kik kik..adui bg la resepi yg best sikit ni resepi cucur kentang korea je.NZ ni mmg duk sana aman2 je kn..ramai gak jumpa melayu kat sana.tgk negara omputih terus rindu nk travel,tgk mekah terus rindu mekah..yg ye nya dh lama sgt x travel,ntah bila tahun la kita leh jd NZ ni bebas covid jahanam ni!

Lihat semua komen(238)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.042547 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top