CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amin Daniell, Anak Jamal Yunos Tak Kemaruk Kejar Glamour

21-5-2021 01:49 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 21727| Komen: 116|Original author: Oleh: Saiful

Amin Daniel mula mencipta nama dalam industri seni selepas menjadi pelakon dalam muzik video (MV) beberapa artis tanah air.

Amin yang juga anak kepada kepada ahli politik sensasi, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata dia tidak menumpang populariti bapanya untuk memasuki dunia glamour.


Foto: IG


"Alhamdulillah rezeki saya untuk menjadi sebahagian anak seni dipermudahkan.

"Jujur kalau ikutkan hati kerjaya sebagai pelakon ataupun model bukan menjadi keutamaan. Tapi kalau sudah dikatakan sudah rezeki, siapa kita untuk menolak," katanya kepada Kosmo.

Tambah Amin, bakat lakonan yang dikurniakan menjadi sebab utama untuk menonjolkan diri dalam bidang ini.




"Semasa awal-awal memasuki dunia hiburan tiga tahun lalu, tak dinafikan ramai yang kata saya menumpang populariti bapa yang cukup terkenal dengan kontroversi politiknya.

"Ada juga yang kata bapa menjadi tiket untuk saya mengecap laluan mudah tidak seperti anak seni lain yang terpaksa bersusah payah sebelum bergelar artis."

Bukan berlakon sahaja, Amin yang berusia 21 tahun dan berketurunan Melayu-Jawa ini juga aktif menguruskan perniagaan keluarga.



Kesibukan ini membuatkan dirinya tidak pernah kemaruk untuk mengejar populariti.

"Insya-Allah saya juga ada dapat tawaran untuk menjayakan beberapa projek seni terbaharu termasuk lakonan dan penggambaran MV selepas ini.

"Kalau ikutkan ada sahaja tawaran itu datang untuk berlakon drama dan sebagainya, tetapi ada beberapa yang terpaksa saya tolak disebabkan sibuk menguruskan perniagaan keluarga."




Amin juga ada cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas pandemik Covid-19 berkahir.

"Saya nak sambung pengajian di luar negara dalam bidang sains politik.




"Jika ditanya mengapa saya memilih bidang tersebut, ringkas dan mudah jawapannya. Selain bisnes dan seni, jiwa saya juga ke arah politik. Mana tahu satu hari nanti saya ikut jejak langkah bapa pula." -CARI 
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 21-5-2021 01:55 PM
Handsome eh. Comey dia.
Quote cikpah27 21-5-2021 01:59 PM
juling ke?
Quote Belibis 21-5-2021 02:00 PM
bluebutter: Handsome eh. Comey dia.

Ensem dah ada.jangan buat perangai macam bapak ko sudahhhh..orang politik ni banyak merapu dari bela rakyat.
Quote codenamedream 21-5-2021 02:01 PM
Macam ni ke muka Jamal jamban waktu muda dulu?
Quote bluebutter 21-5-2021 02:03 PM
codenamedream: Macam ni ke muka Jamal jamban waktu muda dulu?

Hensem kan. In my eyes lah. Mata orang lain I unsure.
Quote bluebutter 21-5-2021 02:03 PM
Belibis: Ensem dah ada.jangan buat perangai macam bapak ko sudahhhh..orang politik ni banyak merapu dari bela rakyat.

For me budak ni hensem. Tinggi dan badan besar.
Quote September14 21-5-2021 02:07 PM
Untong ank orka
Quote beni_nikaido 21-5-2021 02:07 PM
helok rupe dia...
Quote rayna_raynes 21-5-2021 02:13 PM
mamat ni la yg kantoi bercium dgn tyra sampai tyra dgn aazief K break dulu kan
Quote mawarkhayalan99 21-5-2021 02:28 PM
ni ke yg dikatakan CR malaysia huhuhuhu
Quote Skuau 21-5-2021 02:30 PM
Melayu-JAWA???
Quote imanda 21-5-2021 02:40 PM
ohh my.. so dlu2 ms kes dgn tasasilah heols masih keciklah sb tu tasasilah grab apaknyeh? amponnn up nm tasasilah pulak hehe
Quote KIM.K 21-5-2021 02:45 PM
imanda replied at 21-5-2021 02:40 PM
ohh my.. so dlu2 ms kes dgn tasasilah heols masih keciklah sb tu tasasilah grab apaknyeh? amponnn up ...

Tasah tep juling tu eh. Dengan beliau ke
Quote imanda 21-5-2021 02:48 PM
KIM.K replied at 21-5-2021 02:45 PM
Tasah tep juling tu eh. Dengan beliau ke

kat porem ni dlu2 gitulah gosipnyeh
Quote sharlenetexas 21-5-2021 02:56 PM
Melayu-jawa lots of mix.
Quote buapakperut 21-5-2021 03:07 PM
melayu jawa?
Quote sukacactus 21-5-2021 03:13 PM
Can do la jg
Cuma jgn perangai buruk cam bapak dia dah la
Tang suara kecik bapak dia tu kalau menurun jg xleh buat apa la dah kurniaan Tuhan
Quote awanysss 21-5-2021 03:23 PM
helok anaknya..
jgn merapu mcm ayah kamu sudah le..
Quote meah_kelabu 21-5-2021 03:23 PM
bile tgk dia sorg2 ok la jugak
tang bile dia sebelah apak dia terus rase mcm, ok next pls
aura bapak tu melekat kuat smpai tak boleh berfikiran waras dah

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.119689 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top