CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ali Puteh Dah Lali Dengan Kecaman

21-5-2021 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14585| Komen: 108

"Saya dah lali dan tak kisah netizen nak cakap apa kerana mereka tidak menentukan keputusan mahkamah," kata pelawak Ali Puteh mengenai kecaman berterusan yang dilemparkan kepadanya menerusi media sosial.


Ia berikutan laporan Harian Metro kelmarin mengenai kegembiraan Ali apabila perbicaraan kes saman terhadapnya sudah tamat selepas semua pihak tampil dengan keterangan masing-masing.

Ali, 32, berkata, netizen tiada hak untuk menentukan siapa betul dan siapa salah dan dia tidak perlu ambil kisah dengan mereka.


Kredit foto: IG
"Hanya mahkamah yang boleh tentukan keputusan. Ada juga netizen yang mengata macam-macam dekat Instagram, tapi saya jawab komen elok-elok kerana kita masih meraikan Syawal.


"Kalau mereka kata Nor Hidayah (kakak ipar) menang tak apalah. Saya tak nak cemarkan bulan Syawal ini dengan perbuatan yang kurang manis. Saya dah biasa dengan kejian orang. Alhamdulillah saya okay saja," katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan akan mengambil tindakan terhadap netizen yang menghina fizikalnya secara keterlaluan.



"Kalau ada yang panggil saya dengan gelaran Ali Hitam dan bermain dengan body shaming (ejekan tubuh) agak melampau dan babitkan keluarga, saya takkan teragak-agak untuk ambil tindakan mahkamah. Negara kita ada undang-undang dan kalau mereka melampau sangat, perkara ini akan dibawa ke mahkamah. Jangan pula kata saya asyik nak saman saja, sebaliknya mereka sendiri yang nak jumpa saya. Saya akan 'print screen' dan ambil tindakan," katanya.

Ali berkata, dia sudah malas untuk bergaduh dengan mereka di media sosial kerana ia hanya membuang masa.

"Cara untuk ajar mereka ialah bawa ke mahkamah. Kalau sembang dalam media sosial takkan habis sampai bila-bila.

"Kalau dia salah dan kena bayar denda contohnya RM500,000, barulah kesal dan nak minta maaf. Saya harap doakanlah yang baik-baik dan jangan memaki hamun kerana ini bulan Syawal. Kalau betul nak jumpa saya boleh datang mahkamah," katanya.



Terdahulu, kemelut keluarga membabitkan Ali dan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali memaksa kes ini dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ia sudah didengar di hadapan Hakim menerusi prosedur yang berlangsung secara dalam talian pada 16 dan 17 Februari lalu.

Ali memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman pada 27 Ogos tahun lalu.



Ibunya Sabariah Arshad adalah plaintif pertama diikuti bapa, Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua), kakaknya Sharifah Norwahidah (plaintif ketiga) dan Ali (plaintif keempat).

Tindakan ini dibuat sebagai tindak balas terhadap kakak iparnya yang terlebih dulu bertindak menyamannya dengan tuntutan mencecah RM900,000. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cap_ayam 19-5-2021 08:56 PM
rengsa tengok mask kat dagu.
Quote manehnya 19-5-2021 09:03 PM
Okeeee....
Quote haruslah 19-5-2021 09:08 PM
Confident + petik nama tuhan
Quote navyna 19-5-2021 09:15 PM
Alahai.. blum settle dh berbunyi. Kalau kalah nanti x ke malu
Quote sharlenetexas 19-5-2021 09:15 PM
Geli.....


Quote salmon-suki 19-5-2021 09:17 PM
""Moga ada sinar buat keluarga kami.""

Kan dah dapat? I-sinar tu..hehehe~
Quote marikhgirl 19-5-2021 09:18 PM
Tengok kat fb td. Ingatkan dah menang bila baca rupanya hmmm
Quote meteorspeed 19-5-2021 09:18 PM
haruslah replied at 19-5-2021 09:08 PM
Confident + petik nama tuhan

Biasa la penunggang agama bnyk zaman skrg
Quote Sachacha 19-5-2021 09:26 PM
Menyampahnya tengok dia ni..
Quote Rogue98 19-5-2021 09:29 PM
Ingat dah menang...
Ntah apa2 berebut harta yg bukan milik kau.
End up saman menyaman....
Quote Normabaru 19-5-2021 09:33 PM
Semoga kalah besar
Quote ellZack 19-5-2021 09:36 PM
Dayah pakai lawyer mana?
Quote Raline 19-5-2021 09:44 PM
busuk je bau
Quote Nurul8001 19-5-2021 10:27 PM
Saya risau sungguh dgn kes ni. Kes ni boleh jadi rujukan.

Ada penjual hibah takaful kata, apabila meninggalnya seorang lelaki dan dia meninggalkan balu serta anak lelaki, pemegang amanah yg layak adalah ibu si mati. Bukan ibu kepada anaknya. Betul ke?
Quote eyansss 19-5-2021 10:34 PM
Nurul8001 replied at 19-5-2021 10:27 PM
Saya risau sungguh dgn kes ni. Kes ni boleh jadi rujukan.

Ada penjual hibah takaful kata, apabil ...

tak la...  pemegang amanah si balu, melainkan keluarga arwah boleh buktikan yang balu tara guna satu sen dan akan menghabiskan harta si anak yatim, dan hakim bersetuju then baru la boleh pass pemegang amanah ke orang lain...  tu pun hakim yang akan decide...
Quote eyansss 19-5-2021 10:35 PM
Rogue98 replied at 19-5-2021 09:29 PM
Ingat dah menang...
Ntah apa2 berebut harta yg bukan milik kau.
End up saman menyaman....

dah kalau rebut harta orang, merempan la menyaman...  dengan harapan menang wang besau...  hahaha...
Quote Nurul8001 19-5-2021 10:38 PM
eyansss replied at 19-5-2021 10:34 PM
tak la...  pemegang amanah si balu, melainkan keluarga arwah boleh buktikan yang balu tara guna sa ...

Betulke? Tiba2 rasa lega. Astaghfirullah. Bukanlah saya nak jadi balu. Saya harap, saya yg mati dulu sebelum suami. Tapi, kalau jadi apa2 pada dia, takut jugak.

Penjual hibah takaful ni, suka takut2 kan orang. Geram pulak rasanya.

Quote nuryakmal 19-5-2021 10:39 PM
Nurul8001 replied at 19-5-2021 10:27 PM
Saya risau sungguh dgn kes ni. Kes ni boleh jadi rujukan.

Ada penjual hibah takaful kata, apabil ...

Suruh dia bukak kitab faraid. Belajar balik.
Nak jual insurance tapi bagi input salah. Apoooo
Quote timah03 19-5-2021 10:39 PM
Lahhh... Baru habis perbicaraan je... Kalut sangat la..
Tapi, kalau dah habis bicara, bukan terus dpt keputusan ke...?

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.085200 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top