CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bella Hadid turun padang berjuang untuk Palestin!

19-5-2021 06:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2842| Komen: 6|Original author: piao

Bella Hadid turun padang berjuang untuk Palestin!


BELLA Hadid turun padang menyertai protes terhadap konflik Insrael-Palestin di London. FOTO IG

MODEL terkemuka, Bella Hadid menunjukkan sokongan padunya kepada Palestin apabila muncul di jalanan dan menyertai protes terhadap konflik Insrael-Palestin pada hujung minggu lalu.

Di Instagramnya, Hadid berkongsi foto serta video di acara protes yang berlangsung di kota New York itu bagi menunjukkan tanda sokongannya terhadap Palestin.

"Saya rasa berbesar hati dapat berada dalam kalangan warga Palestin yang jelita, pintar, saling hormat-menghormati, menyayangi, baik hati dan tidak lokek, berkumpul di satu tempat.

"Kami generasi yang unik! Kebebasan untuk Palestin!" tulisnya di Instagram.

Hadid yang juga anak kepada mogul hartanah berketurunan Palestin, Mohamed Hadid juga menulis sokongannya dalam foto lama yang dimuat aik semula.

Dalam foto itu, Hadid menyertai protes di London sekitar empat tahun lalu.

"Saya berdiri bersama saudara-saudara Palestin saya. Saya akan jaga dan sokong mereka semampu saya. Saya sayangkan kamu semua.

"Saya faham apa yang kamu semua rasakan dan saya menitiskan air mata untuk kamu," katanya.

Sokongan Hadid itu juga dikongsikan ramai pengguna media sosial Malaysia di pelbagai platform termasuk  Facebook, Instagram dan Twitter.

Sumber:https://www.hmetro.com.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 19-5-2021 06:20 PM
"Saya rasa berbesar hati dapat berada dalam kalangan warga Palestin yang jelita,

Kau dah kenape direct translation sangat, hadoi...akak assume jelita tu translation huntok beautiful?
Quote pxlbb 19-5-2021 10:27 PM
dua_chzy: "Saya rasa berbesar hati dapat berada dalam kalangan warga Palestin yang  jelita , Kau dah kenape direct translation sangat, hadoi...akak assume jel ...


ini sejenis guna translator batang gembira punya kes kohkohkoh
Quote husna_amal 20-5-2021 09:54 AM
sumber harian metro tapi ayat google translate
Quote cyber_mania 20-5-2021 03:33 PM
Bella ni rajin jgk amik tau isu Palestine. Gigi x sangat kan. Kat Twitter bebudak ni share kata Tokwan si bella  ni royalty masa Palestine sebelum 1948
Quote Analisaxx 20-5-2021 04:43 PM
The whole family memang all out support Palestin. Their heritage kan
Quote HangPC2 24-5-2021 11:43 AM














[img]https://i.ibb.co/vsDBLpZ/Bella-Hadid-Pro-Palestine-2021-08.jpg[/img

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.042858 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top