CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditegur Masuk Laluan Tikus Di Pasar, Wanita Tumbuk & Baling Pisau Ke Arah Anggota MBPP

17-5-2021 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4357| Komen: 25

Polis sedang mengesan wanita yang menumbuk serta membaling pisau ke arah anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Pasar Awam Pulau Tikus di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima laporan daripada pegawai MBPP berhubung kejadian itu pada jam 1.38 tengah hari semalam.




Katanya, hasil siasatan awal mendapati wanita itu ditegur anggota MBPP susulan memasuki laluan tikus di pasar berkenaan tanpa memakai pelitup muka.

“Susulan itu, wanita berkenaan menumbuk perut anggota berkenaan sebelum masuk ke dalam pasar dan membaling pisau ke arah pegawai MBPP yang bertugas.

“Tidak lama kemudian wanita  itu beredar dari lokasi  dan tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden terbabit,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Soffian, hasil soal siasat, saksi awam di kawasan pasar mendakwa wanita itu kerap melakukan kekecohan setiap kali datang ke pasar tersebut.


“Usaha mengesan wanita itu sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam melakukan tugas,” ujar beliau.

Dalam perkembangan sama, Soffian turut menasihatkan semua orang mematuhi arahan yang ditetapkan serta memberi kerjasama  kepada pihak berkuasa ketika mereka melaksanakan tugas. 


Sumber: MalaysiaGazette
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 17-5-2021 01:45 PM
tekanan jiwala tu yg mcm kes aritu ,bdk kedai kena tampar. luaran nmpak normal, dalaman sape la yg tau
Quote Ninjanunu 17-5-2021 01:51 PM
Ya.. sakit jiwa sudah..
Quote Kurex 17-5-2021 01:52 PM
Tabur kerengga dekat cikpet dia
Quote otai_g 17-5-2021 02:13 PM
Cubaan membunuh kot. Polis wake up lah. X kan nak tgkp org yg x pki mask je. Takat mcm tu baik upah pengawas sekolah je jd polis
Quote krustykrab 17-5-2021 02:17 PM
TT ni mcm mana la blh dilantik jd wartawan, tajuk pun dh tak betui...
Sila register kertas bm tt
Quote rosasen 17-5-2021 02:24 PM
gangster betuiiii
Quote tikusmontok 17-5-2021 03:09 PM
Laluan tikus pasar ...aku ingat kan dia merangkak ikut lobang tikus...bodo punya tajuk thread
Quote kiah78 17-5-2021 03:14 PM
Kenapa sempat masuk dlm pasar? Polis tak sempat sampai ke? Kiah betul2 geram manusia macam nie.
Quote Skuau 17-5-2021 03:19 PM
tikusmontok replied at 17-5-2021 03:09 PM
Laluan tikus pasar ...aku ingat kan dia merangkak ikut lobang tikus...bodo punya tajuk thre ...


dia ikut laluan hang la tu.....'TIKUSMONTOK'....
Quote eyansss 17-5-2021 03:54 PM
dia tumbuk perut polis?  polis lelaki ke perempuan yang dia tumbuk?
Quote Zaien 17-5-2021 04:04 PM
wah btol punya gengster mkcik tu hahahaha
Quote imransulaiman 17-5-2021 04:14 PM
eyansss replied at 17-5-2021 03:54 PM
dia tumbuk perut polis?  polis lelaki ke perempuan yang dia tumbuk?

Pekerja majlis bandaraya rasanya...bukan polis.

Aku harap perut dia kena tumbuk balik...!
Quote haluz 17-5-2021 04:37 PM
Laluan tikus di pulau tikus...
Sesuai sangat.
Quote darkness 17-5-2021 04:38 PM
Bagusnya prangai
Quote damsel_fiji 17-5-2021 06:39 PM
gengster nya akak ni..
Quote Ciktiekus 17-5-2021 08:08 PM
Pulau tikus,laluan tiku..byk betei tikus
Quote tikusmontok 17-5-2021 08:58 PM
Skuau replied at 17-5-2021 03:19 PM
dia ikut laluan hang la tu.....'TIKUSMONTOK'....

Hahaha nice try
Quote CikYaYaYa 17-5-2021 09:07 PM
Auntie niee mesti nak marah dr rumah dah pastu gi pasar pguatkuasa puleksss cari psal.. Terus di bantai nya pguatkuasa ituu wlaupon terang lagi bsuluh diri sndri salah. Gitu laaa spekuan iolss
Quote budaktua 17-5-2021 10:15 PM
tumbuk..baling pisau... pulau tikus...

hmm.. aku terbayang filem Crouching Tiger, Hidden Dragon...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.064876 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top