CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lelaki Segan Dekat Sebab Anak Ustazah- Wani Syaz Tak Ada BF, Mungkin Jodoh Masih Bayi

17-5-2021 10:23 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 9927| Komen: 58|Original author: Oleh: Saiful

Wani Syaz mengakui dia tidak pernah bercinta atau mempunyai kekasih walaupun sudah berusia 24 tahun.

Kata penyanyi ini, meliat rakmai rakan sebaya sudah berpunya dan berkahwin, dia teringin juga.



Foto: IG

"Saya tak nafikan dalam hati pernah ada keinginan itu. Tapi nampaknya, hingga kini masih tiada calon dan saya pun belum berkenalan atau berkawan rapat dengan seseorang pun.

"Selain menyanyi, aktiviti saya sibuk menguruskan perniagaan restoran keluarga. Jadi, saya rasa jodoh itu mungkin lambat lagi dan positif sahaja menunggu dengan teruskan berdoa. Tak perlu sedih atau rasa diri kekurangan.

"Mungkin juga, jodoh saya masih bayi atau bersekolah tadika. Mana tahu, sebab urusan jodoh, rezeki, kesihatan dan ajal, segalanya ketentuan Allah. Lagi pula, saya tengok ramai sahaja wanita berusia yang berkahwin dengan pasangan lebih muda," katanya kepada Harian Metro.




Tambahnya dia juga kagum dengan kisah percintaan  Intan Ladyana dan suami, Harris Alif, yang tidak mengenal usia.

Wani kata mungkin disebabkan dia anak bongsu dan ibunya guru agama menjadikan ramai lelaki segan untuk mendekatinya.




"Selain makan minum, pendapatan, saya percaya jodoh juga adalah rezeki. Bagaimanapun, buat masa sekarang saya belum ada rezeki untuk itu (jodoh), namun Allah tetap berikan nikmat kebahagiaan buat saya bersama keluarga.

"Saya kini baru berusia 24 tahun dan tiada sasaran pun umur berapa nak berkahwin. Bagi saya, perancangan Allah itu lebih baik dan kita 'go with flow' sahaja. Tak perlu fikir sangat." -CARI



1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 17-5-2021 10:34 AM
Wani Syazwani
Wani Kyrie
Wany Hasrita


hahahhahaha.... da xde nama lain ker camna nih....
Quote Normabaru 17-5-2021 10:43 AM
Bkn.. Sebab muka mcm 34 instead 24.so pls terima hakikat..
Quote silampumeja 17-5-2021 10:53 AM
wartawan pun mencucuk betul ye tanya jodoh org..hahaha org tu rilex rilex je... tajuk headline pulak kait dgn mak ustazah... ustazah pun ada je bercinta kan..hahahaha
Quote slyfynx 17-5-2021 11:40 AM
Laki bukan segan nk dekat dik.
Laki xnk dekat.
Quote yondu 17-5-2021 11:43 AM
kalau aku pun takmo dekat. Dari mata turun ke hati kan. Muka dia ada 1 rupa org yg membosankan. Buat lawak konpem dia buat muka blur. Tak minat pattern2 muka sengal
Quote Ninjanunu 17-5-2021 12:11 PM
Soalan yg paling tak disukai oleh orang yang belum berkahwin.
Quote MontanaHannah 17-5-2021 12:33 PM
xde salah apa pun ,cuma jodoh ko belum sampai

buruk ,lawa jodoh ada tetaplah dia datang


jodoh mcm rezeki xpernah salah alamat

nak cepat sampai boleh guna perkhidmatan  express delivery ,,,boleh pilih
Quote Kurex 17-5-2021 12:40 PM
Yakinnya kata masih bayi. Buatnya laki kau tu dah tua ke......
Quote Ciktiekus 17-5-2021 12:50 PM
Kurex: Yakinnya kata masih bayi. Buatnya laki kau tu dah tua ke......


Tua Xpe..jgn laki org..kohkoh
Quote missyL 17-5-2021 01:35 PM
Followers 604k
Likes 5k je..huu..
Quote aemon 17-5-2021 02:21 PM
sabar la.sebab muka awak basic sgt..
Quote Plain-tif 17-5-2021 02:31 PM
"Mungkin juga, jodoh saya masih bayi atau bersekolah tadika. Mana tahu, sebab urusan jodoh, rezeki, kesihatan dan ajal, segalanya ketentuan Allah. Lagi pula, saya tengok ramai sahaja wanita berusia yang berkahwin dengan pasangan lebih muda," katanya kepada Harian Metro.
Mungkin masa bg statement ni dia berseloroh dgn reporter
Quote 234126 17-5-2021 02:37 PM
Baru 24 belum 42. kwn iol umur 40 pun belum kawin tak penah bercinta tu layak la nak mengeluh pun. Holohhhhhhhhhh
Quote umbut 17-5-2021 02:59 PM
Aku ingatkan kawan baik wani... Muko ko x komersial lah.. Jadi cikgu sesuai
Quote eely_shana 17-5-2021 03:06 PM
Belum jodoh tu
Quote damsel_fiji 17-5-2021 03:30 PM
Plain-tif replied at 17-5-2021 02:31 PM
"Mungkin juga, jodoh saya masih bayi atau bersekolah tadika. Mana tahu, sebab urusan jodoh, rezeki,  ...

kemain ko dek..fefeeling cougar gituhh
Quote mendeluk 17-5-2021 04:33 PM
aemon replied at 17-5-2021 02:21 PM
sabar la.sebab muka awak basic sgt..

Iols ade je kawan cantik mcm minah salleh, tak pernah couple pon. suka2 mcmtu je. sbb dia pernah trauma. tu apa pulak?
Quote makadek 17-5-2021 05:06 PM
Dia ni penyanyi ke staf n17 gomen
Quote cheezel 17-5-2021 05:13 PM
Edited by cheezel at 17-5-2021 05:15 PM

bukan sebab anak ustazah tapi sebab muka biasa sgt

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.047950 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top