Wan Sharmila dan enam tahun tak sambut raya. Kata pelakon ini, sejak ibunya meninggal pada 2015, dia sudah tiada perasaan untuk menyambut raya dan memilih untuk mengurung diri di rumah.
Biasanya pada waktu perayaan Sharmila akan bercuti ke luar negara. "Sebenarnya saya memang dah tak beraya seorang sejak arwah ibu meninggal dunia pada 2015. Jadi tahun ini genap enam tahun saya tidak beraya. Arwah bapa saya pula memang dari saya kecil sudah meninggal. "Saya ada seorang abang tapi dia menetap di JB. Bila ibu saya dah tak ada, perasaan nak beraya itu terus hilang. Jadi, saya dah biasa tinggal seorang diri rumah pada hari raya.
"Macam tahun lalu, saya duduk rumah seorang diri sahaja... memang tak beraya pun. Kalau sebelum ada Covid, separuh bulan Ramadan saya akan pergi bercuti ke luar negara dan dah rasa berpuasa di tempat orang," katanya kepada mStar.
|
Minami2013 replied at 14-5-2021 12:51 PM
Kadang itu ler antara kesan negatif media sosial.. ada org fikir nk share kebahagiaan raya meriah dg ...
ADVERTISEMENT