Balu pelawak Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali berkongsi anak mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini mencecah usia dua tahun sudah mula bertanya dan mencari bapanya.
Siti Norhidayah atau Hidayah berkata, dia mengambil pendekatan menjelaskan situasi sebenar supaya Hamzah lebih cepat faham. "Selama ini gambar arwah sentiasa ada bersamanya. Kebetulan ada peminat bagi dia bantal yang ada gambar arwah. Kalau ikut saya keluar dan balik rumah dia akan cari bantal itu dulu. Jadi, apabila semakin membesar dia sudah bertanya mengenai arwah. "Memang saya akan terangkan dan tunjuk gambar arwah. Saya akan cakap ayah sudah tiada, ayah di syurga. Dia faham cakap saya. Saya juga tunjukkan video persembahan arwah. Kalau kebetulan ada program arwah keluar di TV, saya akan tunjuk dan beritahu. Saya bawa dia ke depan TV. Jadi dia lebih kenal ayah dia," katanya kepada Harian Metro.
"Rasa rindu masih terasa walaupun tak selalu kemaskini di Instagram, tapi sentiasa ingat dia. Saya letak nama arwah Abam untuk perniagaan dijalankan pun sebab semua orang kenal dia dengan Abam. Sebab ada juga tak kenal. "Jadi, apabila aktifkan akauan Instagram suami, tak salah untuk digunakan dan kembangkan perniagaan yang saya buat selama ini. Sekurang-kurangnya ada juga rezeki anak kami," katanya.
|
ADVERTISEMENT