CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Anak saya memang baru balik dari Afrika, tapi bukan pembawa virus" - Nik Abduh

11-5-2021 01:19 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 4875| Komen: 27

Kredit foto - Nik Mohamad Abduh



KOTA BHARU : Kecoh di Facebook Ahad lalu mengenai kepulangan anak Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dikatakan membawa 'pulang' virus Afrika Selatan sehingga mencetuskan kluster Bunut Sarang Burung.

Anak bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Mohamad Abduh tampil menafikan dakwaan tidak berasas itu dan berkata, mengikut makluman daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) varian itu telah menjangkiti seorang remaja berusia 16 tahun sehingga mencetuskan kluster sedangkan anaknya berusia 26 tahun.



"Anak saya berusia 26 tahun, memang betul dia belajar di Afrika Selatan dan pulang ke Kelantan pada 5 April lalu tetapi itu pun selepas selesai menjalani kuarantin wajib selama 10 hari di Kuala Lumpur sebagaimana disyaratkan oleh kerajaan.

"Dia akan kembali semula ke negara berkenaan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Menurutnya, dia dan keluarga tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang telah menyebarkan berita palsu tersebut.

"Biar mereka (penyebar) buat pahala banyak-banyak di bulan Ramadan ini," katanya.

Loading FB Post...

Terdahulu, Nik Abduh memuat naik status di Facebooknya berkongsi kegembiraan menyambut kepulangan anak sulungnya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu yang pulang bercuti dari Afrika Selatan.

Sejurus selepas itu tular tangkap layar Facebook yang mempersoalkan kepulangan anak sulung Nik Mohamad Abduh ke Kelantan sama ada menjalani kuarantin wajib atau tidak.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 11-5-2021 01:28 AM
untunglah dapat balik beraya. hoho
Quote stania83 11-5-2021 01:37 AM
Ye ke maafkan saya yg telah berburuk sangka
Quote jiwarasa 11-5-2021 04:01 AM
boleh ek rentas negara sekarang ni?
Quote Tinot7 11-5-2021 07:13 AM
jiwarasa replied at 11-5-2021 04:01 AM
boleh ek rentas negara sekarang ni?

Utk kayangan sumer voley.. hang kayangan ka?
Quote Rogue98 11-5-2021 07:19 AM
Oh boleh ye rentas dr Afrika ke KL ke KB...org kayangan jugaklah ni...
Quote jalfa 11-5-2021 07:22 AM
Edited by jalfa at 11-5-2021 07:23 AM

Nak renew visa ka kp ka  x boley buat kat ibu pertiwi ke...mmmg kena balik serambi baru boleh buat ke acanerrrr
Quote kerabuBiru 11-5-2021 07:23 AM
Kkm pun dah jadi bangang.... dah alang2 ko dedah ada variant afrika sudah tersebar... kenapa kau tak bgtau punca dari mana... siapa pembawa dari luar negara..... macam kau detect punca2 yg lain... bukankah semua data ko ada?
Quote batmana 11-5-2021 07:26 AM
jiwarasa replied at 11-5-2021 04:01 AM
boleh ek rentas negara sekarang ni?

Boleh aja..urusan kerja,belajar aja..klu pi holiday mmg xdptla.membe balik Korea mggu lpas on bole aja.psl kerja
Quote mamajawie 11-5-2021 07:43 AM
Tu si ebit lew bru n team bru blik afrika tu trus merayap2 g johor la kl la pahang la apsal polis wat bodoh???yg netizen pun buta hati hat ostad wannabe pujaan dorang g merayap xkisah plak sebab hamak sgat tagih nak dpat bantuan dr ostad tu..such a loser..
Quote Jiddin 11-5-2021 07:49 AM
bila masa dia ni jadi mb kelate smpi reporter tulis bekas?
Quote kerabuBiru 11-5-2021 07:53 AM
jalfa replied at 11-5-2021 07:22 AM
Nak renew visa ka kp ka  x boley buat kat ibu pertiwi ke...mmmg kena balik serambi baru boleh buat k ...

Nak renew nak buat baru paspot boleh saja buat kat negara tu... tak perlu balik... tujuaan balik saja nak beraya laa tu... balik buat tahekk apa xtau... duduk saja kat sana
Quote mrsamz 11-5-2021 07:55 AM
mamajawie replied at 11-5-2021 07:43 AM
Tu si ebit lew bru n team bru blik afrika tu trus merayap2 g johor la kl la pahang la apsal polis wa ...

Mmg aku pun rasa tak kenan dah dgn ebit ni..sebelum g afrika dia g sabah ke area sempadan filipin tu kan..yg kontroversi kejap aritu..tah apa dia nak buktikan entah la..padahal bole je hantar bantuan guna mana2 proksi kat tempat tu..melalui mana2 ngo atau badan kerajaan yg mmg dah ada kat area situ contohnya
Quote mrsamz 11-5-2021 07:57 AM
batmana replied at 11-5-2021 07:26 AM
Boleh aja..urusan kerja,belajar aja..klu pi holiday mmg xdptla.membe balik Korea mggu lpas on bole ...

Tu lah aku baca ramai gak yg balik raya kalini..merata dari us jepun saudi bla2..oklah dia nak balik..tp yg kat malaysia ni kes tgh naik ni takde ke kerajaan terpikir nak stopkan dulu kemasukan diorang ni..patut lepas raya cina haritu masa kes naik tu dah stop dah semua rentas negara ni...
Quote highcastle 11-5-2021 08:28 AM
mrsamz replied at 11-5-2021 07:57 AM
Tu lah aku baca ramai gak yg balik raya kalini..merata dari us jepun saudi bla2..oklah dia nak bal ...

Kan kena kuarantin 10 hari dulu.......
Quote highcastle 11-5-2021 08:29 AM
Jiddin replied at 11-5-2021 07:49 AM
bila masa dia ni jadi mb kelate smpi reporter tulis bekas?

Itulah, mungkin dia terlupa nak letak nama anak Menteri Besar.........
Quote mrsamz 11-5-2021 08:32 AM
highcastle replied at 11-5-2021 08:28 AM
Kan kena kuarantin 10 hari dulu.......

Tau je pasal kuarantin semua tu..dah mana yg terlepas dapat balik tu rezeki la..
Tapi kan yg varian ganas dari afrika dan india ni dia lain mcm sikit..kuarantin 10 hari tak cukup ni..
Quote PanjangCool 11-5-2021 08:35 AM
Haa tuuudiaaa anak kayangan rentas negara semata2 untuk pulang beraya kauuu...... korang dah la Jb nk seberang Melaka pon xboleh lepas tu dengar cite smlm tiba2 abahkauu umum PKP nk ziarah rumah jiran dan sahabt satu daerah pon dah xbole raya ni.......   
Quote anony-mous 11-5-2021 09:48 AM
Mcm mana kerajaan boleh lepaskan budak 16 thn tu??? X check dlu ke positip kobid ke x????
Quote innocent_me 11-5-2021 10:21 AM
jiwarasa replied at 11-5-2021 04:01 AM
boleh ek rentas negara sekarang ni?

Boleh je...kalau balik dari negara yang dibenarkan. Asalkan go thru semua proses kuarantin yang telah ditetapkan KKM.
Byk je pelajar dari oversea balik dan pelajar international dah mula masuk malaysia. Bukan anak nik abduh aje.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.108013 second(s), 52 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top