CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tinggal Nak Hantar Je, Lelaki Sedih Kawan FB Batal 13 Balang Kuih Raya

10-5-2021 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7860| Komen: 46

Siapa sangka dugaan menimpa seorang peniaga di bulan Ramadan apabila tempahan biskut raya yang dijualnya dibatalkan pelanggan pada saat akhir.

Kesedihan itu diluahkan menerusi video di aplikasi TikTok, yang memaparkan tangkap layar mesej pelanggan berkenaan bersama 13 balang biskut raya yang ditempahnya.



Kredit foto: mStar

Berdasarkan mesej tersebut, pelanggan wanita itu membatalkan tempahan tersebut selepas suaminya telah membeli biskut raya daripada seorang rakan.

Peniaga berkenaan, Muhammad Azmi Mohd Suhaimi berkata, pelanggan tersebut baru dikenalinya menerusi Facebook dan tidak pernah bertemu denganya sebelum ini.

Pemuda berusia 23 tahun itu memberitahu, 13 balang yang ditempah pelanggan wanita itu berjumlah RM140 itu telahpun siap ketika pembatalan dibuat saat akhir, pada Rabu.



"Kesemua 13 balang tu dah siap, tinggal nak hantar je. Dengan akak tu saya memang tak ambil wang deposit sebab saya buka tempahan untuk mereka yang saya kenal saja.

"Tapi sebelum ni okay je, tak sangka pula akak tu cancel order, saya sedih dan terkilan. Tapi nak buat macam mana, saya reda dan anggap ia sebagai adat berniaga, ada ujian dan dugaannya," katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Azmi, dia sebenarnya berniaga burger dan hanya membuka tempahan biskut raya secara kecil-kecilan sepanjang bulan Ramadan, sejak usianya 19 tahun.

Dia yang berasal dari Serendah di Hulu Selangor, Selangor itu menetap bersama ibu bapanya, masing-masing berusia 41 dan 46 tahun serta adik lelaki berusia 19 tahun.

"Kedua-dua mak dan ayah pernah bekerja sebagai cleaner di sekolah, tapi mereka tidak lagi bekerja selepas jatuh sakit.

"Mak menghidap tiroid sejak 2018, manakala ayah kena strok sejak tahun lepas. Sejak itu, saya dan adik-beradik menjaga mak ayah," ujar anak kedua daripada tiga beradik itu.

Menurut Azmi, akaun banknya sebenarnya tidak aktif menyebabkan dia sebelum ini hanya mengambil bayaran penuh secara pembayaran tunai semasa serahan (COD).

Namun katanya, kebanyakan netizen menyarankannya untuk menetapkan bayaran deposit terlebih dahulu sebelum tempahan dibuat bagi mengelakkan kejadian berulang.

"Apa yang telah berlaku saya jadikan sebagai pengajaran dan berterima kasih buat mereka yang banyak memberi sokongan kepada saya," katanya sambil menambah antara biskut raya yang dijualnya adalah tart nanas, semperit dan biskut Milo.



Dalam pada itu, Azmi memberitahu 13 balang biskut raya yang telah dibatalkan seorang pelanggan itu telahpun dijual susulan videonya di aplikasi TikTok menjadi tular.

Tambah Azmi, video yang tular itu juga menyebabkan bisnes biskut rayanya mendapat permintaan ramai yang amat menggalakkan.

"Jika sebelum ini, saya dapat tempahan kira-kira 30 balang biskut raya dalam seminggu. Tapi belum pun dua hari penuh selepas viral, saya telah terima tempahan 25 balang dan bayaran ada yang dibuat penuh dan deposit. Alhamdulillah rezeki saya," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ciktiekus 10-5-2021 04:24 PM
Marketing zaman sekarang ke..ramai tiktokers buat gini sekarang..
Quote Normabaru 10-5-2021 04:26 PM
Xkn xamik deposit langsung?

Nway time covid ni kaka mmg beli kuih dr kilang je.. Malas nk suspek kang ada yg beli kuih dpt free covid xpsl2
Quote prettyuglybabe 10-5-2021 04:27 PM
akaun bank tak ada..
akaun tik tok perlu ada ye..
zaman debit ni sapa je nak percaya dekkkk..
Quote salmon-suki 10-5-2021 04:32 PM
Mcm biasa laa ..akan ada cerita mcm ni..more to come?{:smile

Maaf laa..ai nk ckp laa,kalau nk meniaga ni,kena cerdik laa jgk..soal kenal xkenal,hubungn baik xbaik,sila tolak tepi .mtk deposit je..kalau kensel,kira hangus deposit tuh..nak baik hati boleh,hadap laa kalau jd mcm ni.. sbb tu org suka2 order n kensel,sbb peniaga "baik hati" mcm ni..buyer skrg perangai mcm gampang ramai..so,hati2
Quote NataliaLuiz 10-5-2021 04:33 PM
Alhamdulillah. Rezeki tak pernah salah alamat.
Quote putericahaya999 10-5-2021 04:34 PM
Alhamdulillah
Kuih raya akak 5 balang dh hbs
Esok nk g borong 10 balang
Quote KIM.K 10-5-2021 04:35 PM
Cheap marketing
Quote shernazz 10-5-2021 04:39 PM
Huhu..
At least amek 50 persen la.adekkkkk
Quote taji2906 10-5-2021 04:44 PM
citer macamni zaman sekarang susah nak percaya. dgn gambar tgh masak, nk masuk oven la. ntah la.. aku susah la nak percaya. yg aku percaya ni utk marketing, utk viewers.
Quote bakingsoda 10-5-2021 04:49 PM
Edited by bakingsoda at 10-5-2021 04:52 PM

berita viral zaman skrg sukar dipercayai kak anis dgn azmi eja order pon sebijik sama "Oder"  
Quote Skuau 10-5-2021 04:56 PM
biskut x jadi jual....awat ber 'sob story' bak AGT bagai.........
Quote isseliparjepun 10-5-2021 05:12 PM
Budak budak sekarang, tiktok memang la ada. Well, I kenal ada je orang yang memang tak ada online banking tapi, akaun bank aktif la. Adakah adik ni memang tak simpan duit dalam bank? Semua cash sahaja. Dan sebelum ni meniaga burger pun dapat hasil, simpan cash atau terus habis? Bahaya gitu dik. Moga ini jadi teladan untuk dia dan kita juga.

Quote sarah82 10-5-2021 05:38 PM
putericahaya999 replied at 10-5-2021 04:34 PM
Alhamdulillah
Kuih raya akak 5 balang dh hbs
Esok nk g borong 10 balang

Hahaha.. Betul.. Dah habis kuih raya.. Mujur beli lagi 3 balang
Quote ReginaGeorge 10-5-2021 05:54 PM
Suka2 amik order takda depo? 13 balang plak tuh.. Tak berapa cerdik. Sib baik cerdik dalam tiktok. {:spot
Quote putericahaya999 10-5-2021 05:58 PM
sarah82 replied at 10-5-2021 05:38 PM
Hahaha.. Betul.. Dah habis kuih raya.. Mujur beli lagi 3 balang

Takapa esok g beli lg
Taraf mydin je mampu
Makan ulang2 dgn anak2
Quote Nana_Man 10-5-2021 05:58 PM
Amik lah deposit. Tmpt aku ni kalau tempah kene full payment trus. Dah byr deposit tapi tak settle payment pun ada yg kira burn duit tu.
Quote makadek 10-5-2021 06:22 PM
Aku tgk kat grp hero dapur
Bakers laku keras wor bisnes cookies
Serius masing2 nk dekat 1k balang
Tmpt aku banyak gila gak sampai tengelam tuan kedai... Aku beli yg oder sapot jiran2
Quote sarah82 10-5-2021 07:06 PM
putericahaya999 replied at 10-5-2021 05:58 PM
Takapa esok g beli lg
Taraf mydin je mampu
Makan ulang2 dgn anak2

Sama la... Janji ada biskut raya.
Quote zie_indah 10-5-2021 07:20 PM
Mmg ada jenis macam ni... huhu buat diam terus buat alasan pkp mcm2 alasan yg dibagi

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.076238 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top