CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapat RM6,180 Untuk Tidur Siang

7-5-2021 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2561| Komen: 9

Sebuah firma  Amerika Syarikat menawarkan bayaran gaji AS$1,500 (RM6,180) sebulan untuk pekerjaan sebagai pengulas tidur siang, lapor United Press International (UPI) kelmarin.

Calon yang diterima perlu perlu tidur siang pada setiap hari selama 30 hari dan merekodkan pengalaman mereka.



Gambar hiasan/Business - Insider

EachNight.com yang  menawarkan perbandingan tilam, cadar dan barangan lain menyatakan, pihaknya sedang meneliti kebaikan dan keburukan tidur siang dan mencari mereka yang gemar tidur siang untuk merekodkan waktu rehat itu.

“Bagi tempoh 30 hari, pasukan pengulas dikehendaki mengambil bahagian dalam pelbagai eksperimen bagi menguji teori seperti tempoh tidur siang menjadikan badan paling segar, kesan tidur siang kepada tahap keletihan badan, kesan tidur siang kepada ingatan, motivasi dan produktiviti,” demikian kata syarikat tersebut.


Pengulas akan diminta untuk membuat panggilan video sebelum dan selepas setiap sesi tidur untuk mendokumenkan pengalaman tersebut.

Syarikat tersebut mencari lima individu untuk mengisi kekosongn jawatan dan permohonan boleh dibuat sehingga 31 Mei ini menerusi laman web syarikat tersebut. 


Sumber: Kosmo
4

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Somed

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 7-5-2021 12:20 PM
Cmana nak apply..
Quote Tinot7 7-5-2021 12:25 PM
Mcm best je.. takde link ke?
Quote sarah82 7-5-2021 12:26 PM
Nak applyyyyy
Quote NataliaLuiz 7-5-2021 02:06 PM
Ali: Kau kerja apa, mat?
Mat: Kerja aku tidur je
Hahahahah
Quote AyaqMeloSuam 7-5-2021 04:51 PM
Nakkkkkkk  {:run
Quote wirazam 7-5-2021 04:54 PM
kalau lar keje ni di offer kat Malaysia...mesti beribu ribu permohonannya kanm
Quote Artemesiaa 7-5-2021 06:34 PM
Sayang pekerjaan macam ni tak ada di Malaysia
Quote orangbiasaje 7-5-2021 06:55 PM
Hahaha, sangat berminat. Tapi rasanya untuk orang US saja.

Tapi daripada pengalaman sendiri (kerja 3 syif, tidur siang bila kerja syif malam), bangun daripada tidur siang badan masih lesu berbanding bangun daripada tidur malam. Lepas 3 tahun kerja macam tu, dah kena sleeping disorder.
Quote Somed 8-5-2021 10:37 AM
Okey iolss nak~!!!

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.060929 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top