Sebuah firma Amerika Syarikat menawarkan bayaran gaji AS$1,500 (RM6,180) sebulan untuk pekerjaan sebagai pengulas tidur siang, lapor United Press International (UPI) kelmarin.
Calon yang diterima perlu perlu tidur siang pada setiap hari selama 30 hari dan merekodkan pengalaman mereka.
Gambar hiasan/Business - Insider
EachNight.com yang menawarkan perbandingan tilam, cadar dan barangan lain menyatakan, pihaknya sedang meneliti kebaikan dan keburukan tidur siang dan mencari mereka yang gemar tidur siang untuk merekodkan waktu rehat itu.
“Bagi tempoh 30 hari, pasukan pengulas dikehendaki mengambil bahagian dalam pelbagai eksperimen bagi menguji teori seperti tempoh tidur siang menjadikan badan paling segar, kesan tidur siang kepada tahap keletihan badan, kesan tidur siang kepada ingatan, motivasi dan produktiviti,” demikian kata syarikat tersebut.
Pengulas akan diminta untuk membuat panggilan video sebelum dan selepas setiap sesi tidur untuk mendokumenkan pengalaman tersebut.
Syarikat tersebut mencari lima individu untuk mengisi kekosongn jawatan dan permohonan boleh dibuat sehingga 31 Mei ini menerusi laman web syarikat tersebut.
Sumber: Kosmo |