CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai, anggota polis ditegah buat pemeriksaan rambang ke atas warga asing - KPN

7-5-2021 05:22 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5245| Komen: 53




KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata beliau akan mengeluarkan arahan menegah pegawai atau anggota polis membuat pemeriksaan ke atas warga asing secara rambang.

Beliau berkata ini adalah untuk mengelakkan segelintir pegawai dan anggota polis menyalahgunakan kuasa mereka.

"Saya akan mengeluarkan arahan untuk dihentikan serta-merta perbuatan itu iaitu memeriksa mereka (warga asing) secara rambang tanpa alasan yang munasabah.

Selain itu, polis juga tidak boleh menahan mereka sesuka hati untuk tujuan reman selama dua minggu atas alasan untuk mengesahkan sama ada mereka mempunyai pasport atau dokumen yang dicap Jabatan Imigresen adalah tulen atau sebaliknya," katanya kepada Bernama di Bukit Aman, di sini hari ini.


Acryl Sani berkata amalan dan budaya sedemikian adalah satu daripada ruang-ruang yang akan membawa kepada salah guna kuasa oleh polis.


-- BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 7-5-2021 05:32 AM
Wuuuu...lagi sukalah warga asing. Lain mcm je punya arahan. Bukan tak bole tapi kena buat pembaikan dan keberkesanan dlm enforcement.
Quote krustykrab 7-5-2021 05:56 AM
Arahan ni akn jadi mcm kucing yg masuk ke rmh ko lps tu selamba badak kencing kt dinding, lps tu dgn selamba badaknya pandang ko sambil senyum sinis...
Haaa cenggitu perumpamaan yg iols bg...
Quote emera 7-5-2021 05:58 AM
Naik lemak laaaaa..
Quote jalfa 7-5-2021 05:59 AM
Bagus la mcm ni...kalo nak tangkap buat operasi..bulan main sembur camni..budaya ni menyebabkan kaki pau dlm pdrm berleluasa
Quote mamarock 7-5-2021 06:01 AM
Warga asing kayangan ke ni?
Quote Mopiko 7-5-2021 06:07 AM

lepas ni warga asing yang kosong jumpa polis dah tak lari dah.siap senyum balik angkat2 kening
Quote mziskandar 7-5-2021 06:26 AM
warga asing yg berkumpulan, melancong naik bas persiaran, ada tour guide, ada agen pelancongan yg bertanggung jawab.
warga asing yg bekerja,  pegi balik dari  hostel ke tempat kerja, ada majikan, ada permit kerja.
warga asing yg belajar, ada pas pelajar tapi ni pun kena random check gak kehadiran kat university/kolej swasta .

yg lain2 bersepah tu semua terlibat dgn penyeludupan/jenayah.

ada warga tempatan,  baru masuk kerja, dah x mo buat kerja.
Quote Normabaru 7-5-2021 07:32 AM
Arahan ni klaka.. Patut betulkan sop bukannya larang cek warga asing.. Before this pon dh bpe ramai masuk msia cara haram.. Korg gk jadi tali barut. Pfftt
Quote sidewinder 7-5-2021 07:51 AM
perhhhhh lain macemmmmmmm.......makin besar kepala geng2 rohingnya.......bangla....china....negro lepas ni.....kata nak bg polis pakai kamera di badan.....apa cite project tu
Quote ToungeSoup 7-5-2021 07:53 AM
bangla,rohingya,indon,vietnam 1 - PDRM 0
Quote stingerbenz 7-5-2021 07:55 AM
Normabaru replied at 7-5-2021 07:32 AM
Arahan ni klaka.. Patut betulkan sop bukannya larang cek warga asing.. Before this pon dh bpe ramai  ...

Lantikan baru..kalau tak buat impak...dlm bentuk arahan samada yg bengap atau murakkab...mana nak masuk news utk dapat highlight....guyz....lets welcome the new chief of polis....


Kahkahkahkahkahkah
Quote TomyamPuteh 7-5-2021 08:07 AM
Xpe. Lps ni blh srh bdk2 Saint John tlg buat pemeriksaan.
Quote syaz_lina 7-5-2021 08:07 AM
Ditegah apooo..naik lemak.la pati2 ni
Quote Buritan 7-5-2021 08:23 AM
rospinki replied at 7-5-2021 05:32 AM
Wuuuu...lagi sukalah warga asing. Lain mcm je punya arahan. Bukan tak bole tapi kena buat pembaikan  ...

Tak tau laa sis.. kejarlaa dunia nii
Quote ally9970 7-5-2021 08:28 AM
Key word dia "tanpa alasan munasabah"...
Mmg selalu berlaku ni, polis tahan pekerja asing, lps tu pau, kalau taknak bayar, bawak gi balai walau ada passport dan permit kerja. Alasan sbb nak verify dgn Imigresen.

Dok dlm seminggu, lepas tu bebas (walau proses verify tu tak ambil masa seminggu).

Jadi mana2 pekerja asing yg tak nak go tru the hassle, duduk dlm lokap, bayar jelah kat polis2 tu...
RM20 pun jadik...this is relialiti
Quote rospinki 7-5-2021 08:30 AM
Buritan replied at 7-5-2021 08:23 AM
Tak tau laa sis.. kejarlaa dunia nii

Kejar akhirat dunia akan mengejar mu
Quote Buritan 7-5-2021 08:32 AM
rospinki replied at 7-5-2021 08:30 AM
Kejar akhirat dunia akan mengejar mu

Aku ni kejar akhirat sikit.. dunia pun sikir.. semualaa serba sikit..tahu amalan tak cukup.. cume laa nii aku kurang skit berkawan nak elak ngumpat
Quote rospinki 7-5-2021 08:33 AM
Buritan replied at 7-5-2021 08:32 AM
Aku ni kejar akhirat sikit.. dunia pun sikir.. semualaa serba sikit..tahu amalan tak cukup.. cume  ...

Haha..jgn salahkan lantai kalau tak tau menari
Quote Buritan 7-5-2021 08:35 AM
rospinki replied at 7-5-2021 08:33 AM
Haha..jgn salahkan lantai kalau tak tau menari

Tak pahe mksd sis

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.089110 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top