CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Tak Mengaku Salah Rotan, Cederakan Pelajar Tahfiz

6-5-2021 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2351| Komen: 6

Sepasang suami isteri yang juga pengurus sebuah tahfiz didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mendatangkan kecederaan dan merotan seorang pelajar berusia tujuh tahun, Mac lalu.


Norizan Yahya, 53 dan suaminya, Muhammad Yaqoob, 35, warga Pakistan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar dan Majistret Normaizan Rahim.


Gambar hiasan

Berdasarkan kertas pertuduhan, Norizan didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera terhadap seorang pelajar lelaki berusia tujuh tahun enam bulan, di Taman Tun Abdul Razak, di sini, antara jam 6 petang, 9 Mac hingga 23 April lalu.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau sebat atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Sementara itu, Muhammad Yaqoob dituduh mendatangkan cedera dengan menggunakan rotan terhadap mangsa sama, di tempat, tarikh dan masa sama serta didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shazwani Abdullah dan Suriantiazilla Muhammad, masing-masing membantah sebarang jaminan diberikan terhadap Norizan dan Muhammad Yaqoob kerana membabitkan kesalahan serius.

Sementara itu, kedua-dua tertuduh dalam rayuan mereka menerusi peguam Dony Abdullah, memohon dibenarkan ikat jamin rendah.

Tertuduh, Norizan menghidap penyakit sendi, jantung dan kencing manis, manakala suaminya mempunyai dokumen visa yang sah.

Kedua-dua tertuduh dalam kes ini adalah pengurus tahfiz berkenaan dan sepanjang direman selama 12 hari, pusat itu tidak beroperasi.

Mahkamah membenarkan Norizan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Muhammad Yaqoob pula dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin dan melaporkan diri di balai polis berhampiran serta tidak mengganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 18 Jun ini untuk sebutan semula kedua-dua kes.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swateng1 6-5-2021 02:52 PM
amboi berpenyakit sendi, jantung dan kencing manis pun kemain dapat pucuk muda. pakistan plak tu... larat ka makcik menadahhhh?
Quote squeeze 6-5-2021 04:20 PM
amboi..mude laki
Quote squeeze 6-5-2021 04:21 PM
swateng1 replied at 6-5-2021 02:52 PM
amboi berpenyakit sendi, jantung dan kencing manis pun kemain dapat pucuk muda. pakistan plak tu...  ...

hilang sakit dpt laki hidung mancung

Quote 3chanceno 6-5-2021 04:48 PM
Nie tahfiz swasta ke atau milik makcik nie???laki dari paki, dapat visa sah untuk menetap di sini tapi ambik kesempatan dera budak!
Quote helicornia 7-5-2021 08:25 AM
camne paki umo 35 bole kawin dgn acik umo 53tahun?
Quote Suchi 7-5-2021 08:46 AM
Untung ler dah menopos buleh laki muda lagi tp warga asing emm paham2 laa kan motif dia sanggup kawen ngn org tua.
Tengok gambo okt kat fb kemain pakai niqab sampai tak nampak mata.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.113015 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top