|
San Juan: Bekas peninju Olimpik Puerto Rico, Felix Verdejo didakwa kerana membunuh kekasihnya dan anaknya di dalam kandungan wanita itu. Kejadian itu menimbulkan kemarahan orang ramai kerana membabitkan keganasan ke atas wanita di wilayah Amerika Syarikat itu.
AFP melaporkan, Verdejo tampil dalam perbicaraan secara maya di Mahkamah Persekutuan San Juan di mana dia berdepan tiga tuduhan iaitu menculik dan membunuh Keishla Rodriguez yang sedang hamil. Hakim Camille Velez tidak membenarkan Verdejo, 27, dibebaskan dengan jaminan. Menerusi aduan diperoleh AFP, Verdejo yang sudah berkahwin dipercayai mempunyai hubungan dengan Rodriguez.
Dia dipercayai menculik mangsa pada 29 April lalu selepas wanita itu memaklumkan dirinya hamil. Di dalam afidavit, Verdejo dikatakan meminta orang lain yang disebut sebagai saksi membantunya untuk menggugurkan kandungan Rodriguez. Sepanjang kariernya, dia memenangi 27 pertarungan dengan 17 secara kalah mati. Difahamkan, Verdejo dan saksi terbabit mengikat tangan dan kaki Rodriguez dengan wayar. Selepas itu mereka pergi ke sebuah lagun dan melemparkan wanita itu dari sebuah jambatan ke dalam air. Peninju berkenaan kemudian menembak Rodriguez ketika mangsa berada di dalam air. Biro Siasatan Persekutuan menemui bukti bahawa Verdejo dan wanita itu berhubung pada hari kejadian. Kamera keselamatan pula menunjukkan sebuah kereta yang sama dimiliki Verdejo berada di atas jambatan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
sharlenetexas replied at 5-5-2021 06:00 PM
Macam kes oscar pistorius.
udah bersedap-sedapan dengan gfnya , bila gf nya hamil tak nak tanggungjawab plus takut kantoi ngan bini. tak cukup di lempar dari jambatan , di tembak pulak perempuan tu. mohon perempuan jadi momok , biar hidup jantan tu tak tenang .msamyrazi replied at 6-5-2021 07:35 AM
udah bersedap-sedapan dengan gfnya , bila gf nya hamil tak nak tanggungjawab plus takut kanto ...
Bunuh org yg lemah. Punyalah cuak dgn bini dia, sanggup dia buat mcm tu dkt gf dia. Kau chot kemain sedap lepas dalam, org tu ngandung, kau bunuh dgn kejam. Harap kau akan sakit dkt jail dgn penyakit yg menyakitkan tubuh badan smpai merana
ADVERTISEMENT