CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Batuk, Hilang Selera- Lapan Singa Asia Dalam Zoo Positif Covid-19

5-5-2021 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3279| Komen: 12

Description: New Delhi: Lapan singa Asia di sebuah zoo di Hyderabad, India, disahkan positif Covid-19, sekali gus menjadikan kes pertama seumpamanya di negara itu.
New Delhi: Lapan singa Asia di sebuah zoo di Hyderabad, India, disahkan positif Covid-19, sekali gus menjadikan kes pertama seumpamanya di negara itu.

Media tempatan melaporkan bahawa doktor haiwan di Nehru Zoological Park itu pada mulanya melihat binatang terbabit menunjukkan gejala Covid-19, pada akhir April lalu.

Daripada 12 singa di zoo itu, lapan daripadanya mengalami batuk-batuk dengan cecair keluar dari hidung, serta hilang selera makan.

Pemeriksaan lanjut mengesahkan bahawa kelapan-lapan singa berkenaan positif Covid-19.

Foto: AFP

"Singa terbabit kini diletakkan dalam kandang yang berasingan dengan haiwan lain dan menerima rawatan dan penjagaan sewajarnya," kata pengarah zoo itu, Dr S Kukrety, seperti dilaporkan The Independent.


Sementara itu, Kementerian Alam Sekitar, Hutan dan Perubahan Iklim India berkata, lapan singa berkenaan itu menunjukkan perkembangan positif selepas menerima rawatan.


Menurutnya, ia kini dalam pemulihan, sudah menunjukkan tingkah laku yang normal dan makan seperti biasa.

Difahamkan, zoo itu ditutup untuk pengunjung bagi mengelak ada kontak antara manusia dan haiwan yang ditempatkan di situ.

Selain itu, pengurusan sudah mengambil langkah pencegahan sewajarnya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 5-5-2021 04:06 PM
Siannya la kt dia...
Quote merrissa 5-5-2021 04:58 PM
dahsyatnya covid ni sian singa....singa kita pon sedih...sedih x hbs2 berpkpkpkpkpkpkp.....pak monterik relax ziarah sana sini, dpt p mekah lagi...hebat betul
Quote Boomibulat 5-5-2021 05:00 PM
merrissa replied at 5-5-2021 04:58 PM
dahsyatnya covid ni sian singa....singa kita pon sedih...sedih x hbs2 berpkpkpkpkpkpkp.....pak monte ...

Agak2 pagi idulfitri ni zoo buka tak..blh jugak bwk budak jln2..
Quote pasa 5-5-2021 05:19 PM
binatang kat zoo tak diberi vaksin.

tak ada penjarakan sosial barangkali.

sebat pakai rotan pun tak jalan..mmg padayapa la nalerekek..
Quote Adrif 5-5-2021 05:26 PM
singa mohon pakai gelang merah
Quote pinksarah 5-5-2021 05:30 PM
merrissa replied at 5-5-2021 08:58 AM
dahsyatnya covid ni sian singa....singa kita pon sedih...sedih x hbs2 berpkpkpkpkpkpkp.....pak monte ...

i baca komen you psl singa lps tu tertengok plak avatar you..

jelas terkejut bila kaum kerabat jauh terkena musibah covid...

hehehe..


Quote AbukRokok 5-5-2021 06:51 PM
singa buat swab test?
Quote NataliaLuiz 6-5-2021 07:02 AM
Sampai singa pun kena..tsskk
Quote mbhcsf 6-5-2021 08:07 AM
sian plak kena Covid-19, wow virus ni  bebetul virulent habis. Tapi sesinga ni semua okay je ye sembuh, hmm interesting.

Tapi memang ada cross specis infection ? sehala dari pet  or animal handlers kan kepada binatang di bawah jagaan mereka.

dulu gaduh dengan Mink.

https://www.cdc.gov/coronavirus/ ... coping/animals.html
Quote Carcosa 6-5-2021 09:29 AM
Adoi... Kesian nya lahhh.... Ya Allah..
Me'ols takboleh lah haiwan2 sakit mcm ni. Sedih sgt2 sbb mereka tak boleh berkata2... Tahan je sakit tu. Ya Allah kau bantulah mereka....
Quote stingeraya 6-5-2021 09:33 AM
mbhcsf replied at 6-5-2021 08:07 AM
sian plak kena Covid-19, wow virus ni  bebetul virulent habis. Tapi sesinga ni semua okay je ye semb ...

self pkp.....

kahkahkahkahkah
Quote FanTasyCreaTioN 6-5-2021 12:06 PM
Thread dah ada
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1249886


Mohon mergekan .. @CARI-MRO


Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.054878 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top