CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dron Polis Memerhati Di Bazar Ramadan

5-5-2021 06:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2063| Komen: 5

Dron sekali lagi menjadi 'mata' kepada pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila teknologi itu turut digunakan memantau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 dalam kalangan pengunjung bazar Ramadan di sekitar ibu kota.


Tinjauan Bernama di Bazar Ramadan Desa Pandan petang tadi mendapati pengoperasian dron itu digunakan untuk memantau pergerakan serta memberi amaran dan peringatan kepada pengunjung menerusi pembesar suara yang ada pada dron itu.


Sebuah dron milik Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM Bukit Aman sedang melakukan pemantauan udara dan hebahan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Bazar Ramadan Desa Pandan hari ini. - BERNAMA

Video dan gambar akan dirakamkan dan boleh dilihat di pusat operasi unit dron yang ditetapkan bagi memantau pergerakan pengunjung di bazar.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah ketika dihubungi berkata pemantauan menggunakan dron selain kehadiran anggota polis di bazar Ramdan akan diteruskan sehingga menjelang Aidilfitri.


"Hari ini pengunjung tidak ramai seperti hari cuti dan hujung minggu... walau bagaimanapun polis tetap mengetatkan kawalan di semua pintu masuk bazar bagi memastikan penjarakan fizikal dipatuhi," katanya.

Pada 1 Mei lepas, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani (kini Ketua Polis Negara) berkata polis menggunakan dron untuk memantau pematuhan SOP di bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri di sekitar Lembah Klang.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 5-5-2021 06:10 AM
Br lh 2021
Guna voice over diva aa
Live would be better

Quote Normabaru 5-5-2021 07:00 AM
Kaka xphm.. Kenapa xblh sacrifice param and buat order secara online utk juadah bbuka..

Pdhl dh setahun covid.. If siap2 bt online menu and ordering system kan bagus.. Tempah2 terus pick up je xperlu nk bersesak2

Polis pon xbyk keje.kes pon xmencanak naik..
Quote merrissa 5-5-2021 07:06 AM
Normabaru replied at 5-5-2021 07:00 AM
Kaka xphm.. Kenapa xblh sacrifice param and buat order secara online utk juadah bbuka..

Pdhl dh  ...

ntah maybe sebab tak leh jerit airrr airrr aiirrrr....murtabaaak murtabaaaakkk
n kedekut duit nak bayar upah rider kot

n kawasan kmpung, x semua ada rider (macam kawasan aku, kampung siot, rider pon xde, dulu time pkp 1.0 ramai la jd rider, now yilekkk)
Quote Normabaru 5-5-2021 07:13 AM
merrissa replied at 5-5-2021 07:06 AM
ntah maybe sebab tak leh jerit airrr airrr aiirrrr....murtabaaak murtabaaaakkk
n  ...

Ni kat mana ni.. Okla.. Kaka tambah skit komen kaka..

Kaw param hotspot sekitar klang valley dah blh kot adopt sistem mcm ni.. Pki la apps ke apa.. Pastu buat secara teratur.. Gunakan geran fund Magic cyberjaya tu utk pilot projek.. Blh jana income kot.. Yang PBT pon blh pantau peniaga dan pembeli.. Kedai pon xkotor tapak warung kena tempias hujan etc.. Xsemestuninya kena pakai rider. Pick up pon ok. Syarat dia pay in advance la. Kang order2 xmai plak naya peniaga
Quote CiliPadiSedap 5-5-2021 07:47 AM
teringat dron negeri wakanda beli untuk elak catuan air sungai tercemar , asyik tercemar je sungai. nasib baik kaka dah simpan air di kolam renang nilaifa

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.387471 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top