CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isu Hantaran 20k Hina Orang Sabah - Siti Sarah Dedah Rahsia Perkahwinan 10 Tahun Dulu

4-5-2021 10:09 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 5596| Komen: 24|Original author: Oleh: Rikuren

Hantaran Hutang - Siti Sarah Dedah Rahsia Perkahwinan 10 Tahun Dulu

"Alamak kantoi hantaran hutang. Rindu dan indahnya melalui kehidupan dengan awak sayang. Syukur dikurniakan isteri yang selalu mendoakan dan ada di belakang."

Demikian luahan romantis pelawak Shuib buat isteri tercinta Siti Sarah yang mendedahkan kisah rahsia di sebalik perkahwinan mereka sejak 10 tahun lalu.

Kredit foto: Instagram Siti Sarah


Penyanyi Siti Sarah tampil mendedahkan kisah rahsia di sebalik perkahwinannya dengan pelawak Shuib Sepahtu sejak 10 tahun lalu di mana duit hantaran bernilai RM15,000 yang diberikan suami sebenarnya adalah hutang namun selepas berjaya mengumpul duit terbabit bapanya melarang Shuib membayarnya kembali. 


"Sarah teringat masa kahwin dengan Shuib dulu, hantaran ketika itu adalah RM15,000. Tapi Sarah nak beritahu satu rahsia iaitu RM15,000 adalah hutang. Tak tipu sebab Shuib tak mampu nak bayar waktu itu.

Shuib hutang dengan abah Sarah tau. Sarah tahu Shuib bersusah payah nak bina kerjaya tapi apa yang Sarah beli masa itu adalah akhlak, kerajinan dan tanggungjawab. Dia tak pernah lupa tanggungjawab dengan Sarah dan keluarga." katanya memetik laporan Harian Metro.

Kredit foto: Harian Metro

Ini berikutan dia berasa kurang senang terhadap satu hantaran yang dibuat seorang wanita di Facebook yang mengatakan golongan lelaki boleh melupakan hasrat untuk berkahwin sekiranya tidak mampu menanggung hantaran RM20,000.

"Haha kalau takde duit, takyah gatal nak kahwin. Kalau rasa RM20,000 mahal, kahwin je dengan orang kampung Sabah ke, yang duduk kat rumah panjang tu. Dapatlah RM500 centu," tulisnya. 

Hantaran wanita berkenaan mengundang rasa tidak puas hati netizen khususnya netizen Sabah yang merasakan komen tersebut jelas sekali menghina orang Sabah. 


Menurut Sarah lagi, kebahagiaan tidak boleh diukur dengan wang ringgit sebaliknya perlu melihat dari sudut keperibadiannya. Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 27 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata dan sekarang sedang menunggu kelahiran anak keempat mereka.

Janji Allah, kahwin mampu luaskan pintu rezeki. Allah akan mencukupkan rezeki mereka yang akan berkahwin. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HoneyManjer 4-5-2021 10:47 AM
okayyyyyyyyyyyyyyyyyyy
Quote bluebutter 4-5-2021 10:59 AM
okkkayyyyyyyyyyy
Quote Addrianna 4-5-2021 11:25 AM
Menguap nya benda macam ni pun kau nak sembang.benda aib macam ni simpan untuk diri sendiri dah lah
Quote riantika 4-5-2021 11:26 AM
ok...next!!
Quote Kaktusmati 4-5-2021 11:41 AM
ermm okay. tapi setahu aku, orang sabah hantaran diorang tinggi2 tau. plus kenduri mesti 2-3 malam.
Quote shi_jewel 4-5-2021 11:48 AM
Kenapa perlu diwar warkan. X ke malu soib. Dah semua benda nak jd berite... Huhhh
Quote mrsbob87 4-5-2021 11:59 AM
haiyooo suka nau singkap kain sendiri....
Quote kechikchomel 4-5-2021 12:02 PM
Kaktusmati replied at 4-5-2021 11:41 AM
ermm okay. tapi setahu aku, orang sabah hantaran diorang tinggi2 tau. plus kenduri mesti 2-3 malam.

kannn???
lecturer iolss pernah citer. ada satu bangsa apa ntah kat Sabah ni. berian dia kalau 10k tu kira paling murah la tu. dia cerita ni masa tahun 2013. nilai 10k tu utk 5-6 tahun sebelum tu tau. so, uolss kira la. (2013-5/6 tahun)

kawan iolss kawin 2,3 tahun lepas. siap ada acara apa ntah nama dia. dorang pengantin ni menari kat tengah. pastu kat depan dorang ada kain. nanti tetamu letak duit kat atas kain tu.
Quote Brunes 4-5-2021 12:28 PM
ooookkkkkkaaaaaaayyyyyyyyyy
Quote laksmanabentan 4-5-2021 12:34 PM
yuckkssss...
Quote Kaktusmati 4-5-2021 01:09 PM
kechikchomel replied at 4-5-2021 12:02 PM
kannn???
lecturer iolss pernah citer. ada satu bangsa apa ntah kat Sabah ni. berian dia kalau 10k ...

betul. diorang punya adat ikut kaum tu kuat lagi..
Quote tipah89 4-5-2021 01:31 PM
boringla citer kawen dorang ni.
Quote kiahkonar 4-5-2021 01:50 PM
anak dah nak masuk 4 orang.. masih tak move on dengan kisah percintaan dan perkahwinan zuhud dieorg sendiri.. org lain x kagum pon masalah nya..  
Quote cikatilia 4-5-2021 03:32 PM
elok2 la citer buat journal dari mula bernapas sampai stop
Quote BabyOnEarth 4-5-2021 04:50 PM
ok sarah so?
nak juga menempel cite dia
Quote Iimaukasturi 4-5-2021 04:55 PM
Jgn duk puji suami sgt.. Kan kena sondol
Quote kucingitam 4-5-2021 05:17 PM
hmm..nak juga mencapub
Quote sleepandream 4-5-2021 08:33 PM
acik2 pprt ja yang sebok nak tau hantaran berapa....
dolu2 lagi ler letak cek 50 ribu ternganga masing2 ujong2 ropernye cek tendang
Quote damian_lee 4-5-2021 08:34 PM
“Menguap”

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.153167 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top