CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Cikgu Gelakkan Masa Period Kali Pertama, Saya Malu Dan Takut" - Juliana Evans

2-5-2021 09:09 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3480| Komen: 10|Original author: Oleh: Cari-Azza




Aktres Juliana Evans mempersoalkan isu kewajaran guru wanita membuat pemeriksaan haid ke atas para pelajar mereka. Ini kerana dia turut mempunyai kisah yang hampir sama di sekolah ketika berusia 14 tahun.

Berkongsi di laman Twitter, Juliana 32 menceritakan yang pengalaman pertama didatangi haid di sekolah adalah sesuatu yang memalukan. 

Walaupun mendapat pertolongan rakan-rakannya membasuh uniform putih yang dipenuhi darah, Juliana berasa terkilan dengan sikap segelintir guru wanita yang hanya ketawa menyaksikannya.


Foto : IG

Bagi Juliana, sikap ambil mudah guru-guru tersebut serta menganggapnya sebagai bahan gurauan amat menghairankan. Sebagai seorang remaja yang sedang mengalami perubahan hormon, dia dan pelajar lain sangat memerlukan sokongan moral daripada guru agar ianya dapat melegakan mereka bukannya menjadi bahan jenaka.

"There was NO support or comfort from the teachers AT ALL. It would???ve made me feel so much better if a female teacher sat by me, and try to calm me down. But to be laughed at, just doesn???t help especially for a 14 year old girl who???s going through body changes."


Setelah melalui kejadian memalukan itu, ibu Julian datang ke sekolah dan membuat aduan mengenai guru terbabit.


Foto : IG

Dalam isu sama, pelakon filem Hantu Bonceng itu turut tidak menyangka masih ada pelajar perempuan yang terpaksa berhadapan dengan isu pemeriksaan sama ada didatangi haid atau tidak. Ianya adalah trauma yang akan diingati sampai bila-bila.

Jadi, dia sangat bersetuju dengan gesaan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat selamat buat pelajar dengan tanda pagar #makeschoolasaferplace.


Foto : IG

Diharapkan lebih ramai selebriti tampil bersuara agar ramai lebih peka dengan isu yang dibawakan. Atau anda masih merasakan isu sebegini taboo untuk dibincangkan? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epal21 2-5-2021 09:36 AM
Iols dulu masa darjah 6, cikgu memang ada buat penerangan kpd budak2 perempuan tentang perubahan badan bila dah baligh, tentang haid etc. Bila form 1 siap tunjuk gambar perubahan badan dgn video lagi. So boleh expect lah period tu macam mana. Lepas tu cikgu pesan kalau period tapi takde pad bg tahu cikgu, nanti dia bagi pad. Tapi yg pasal raba2 pad tu memang  iols pun ada alami tapi dekat sbp.
Quote supernaturalee 2-5-2021 09:49 AM
1st pic tu silap hr bln ada yg claim ni pic lama dulu2 tp tgk, pegang mask


Quote kucim 2-5-2021 10:50 AM
Masa iols darjah 6 pun ada unit kaunseling mcm tu laa dtg sekolah panggil murid perempuan dlm 1 bilik..penceramah tu terangkan semua pasal haid..guide mcm mana..dia bagi period kit.dlm tu ada buku panduan tentang akil baligh..ada pad...tajaan by whispered.

Yg kelakar ada murid lelaki nakal curi2 dengar talk kami dan masa dlm kelas dia curi pad drp sape tah dia tayang2 dan ejek2...budak laki tu mcm lembam sikit...

Quote KIM.K 2-5-2021 10:53 AM
Cikgu aku dulu banyak kali dah tegur kat perhimpunan dirty pads buh merata. Sekolah B40 uols
Quote alieyrina 2-5-2021 11:07 AM
Aku risau anak aku kalau prd awai..camnaa ..dia dahla aku duk treat mcm baby lagi
Quote Zizi999 2-5-2021 04:05 PM
Dia ni mmg ditakdirkan jumpe org lyn dia elok spjg mase agknye. Cg gelak pun nk trauma smpai tua. Yg raba2 tu logik la jgk terkesan.
Quote TerataiMelur02 2-5-2021 04:22 PM
Cantik jue ni.. Kawin lak dengan kerabat bertambah2 la cantik
Quote midori_katana 2-5-2021 06:30 PM
Akak dulu bila anak2 dah besar tu tapi tak period lagi, akak bekalkan pad letak dlm beg sekolah... akak ajar jugak cara pakai... mana lah tahu kan, tiba2 mengejut ja period. Dan akak ajar anak angkat baju bila nak duduk kat kerusi... itulah rasanya yg kita sbgai ibu boleh buat. Tapi sekolah skrg tak macam dulu.. ada ja sesi penerangan ttg haid ni..

Skolah skrg ni selamat insyaAllah... adalah perkara yg boleh ditambah baik.. teruskanlah...
Quote salmon-suki 2-5-2021 06:39 PM
Nak jgk mencapub ....
Quote PinkyPie 2-5-2021 07:03 PM
Lambat sheols period

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.068548 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top