Aktres Juliana Evans mempersoalkan isu kewajaran guru wanita membuat pemeriksaan haid ke atas para pelajar mereka. Ini kerana dia turut mempunyai kisah yang hampir sama di sekolah ketika berusia 14 tahun.
Berkongsi di laman Twitter, Juliana 32 menceritakan yang pengalaman pertama didatangi haid di sekolah adalah sesuatu yang memalukan.
Walaupun mendapat pertolongan rakan-rakannya membasuh uniform putih yang dipenuhi darah, Juliana berasa terkilan dengan sikap segelintir guru wanita yang hanya ketawa menyaksikannya.
Foto : IG
Bagi Juliana, sikap ambil mudah guru-guru tersebut serta menganggapnya sebagai bahan gurauan amat menghairankan. Sebagai seorang remaja yang sedang mengalami perubahan hormon, dia dan pelajar lain sangat memerlukan sokongan moral daripada guru agar ianya dapat melegakan mereka bukannya menjadi bahan jenaka.
"There was NO support or comfort from the teachers AT ALL. It would???ve made me feel so much better if a female teacher sat by me, and try to calm me down. But to be laughed at, just doesn???t help especially for a 14 year old girl who???s going through body changes."
Setelah melalui kejadian memalukan itu, ibu Julian datang ke sekolah dan membuat aduan mengenai guru terbabit.
Foto : IG
Dalam isu sama, pelakon filem Hantu Bonceng itu turut tidak menyangka masih ada pelajar perempuan yang terpaksa berhadapan dengan isu pemeriksaan sama ada didatangi haid atau tidak. Ianya adalah trauma yang akan diingati sampai bila-bila.
Jadi, dia sangat bersetuju dengan gesaan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat selamat buat pelajar dengan tanda pagar #makeschoolasaferplace.
Foto : IG
Diharapkan lebih ramai selebriti tampil bersuara agar ramai lebih peka dengan isu yang dibawakan. Atau anda masih merasakan isu sebegini taboo untuk dibincangkan? - CARI |